Saturday, May 28, 2016

FENOMENA ALAM SENTIASA BERUBAH MENGIKUT PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada28. 5. 2016)
               Ketahuilah bahawa semua makhluk di alam kehidupan adalah alam kecuali Allah s.w.t.. Allah bukan alam dan Allahlah yang menciptakan segala bentuk alam sama ada yang bersifat nyata atau sebaliknya. Orang mukmin beriman kepada alam yang ghaib, tetapi orang musrikin tidak meyakininya.
                Perubahan alam sebagai sunat Allah. Perubahan itu  untuk kemanfaatan kepada makhluk lain yang hidup sama ada di luar atau di dalam alam yang telah berubah. Allah telah mewujudkan keadaan alam sedemikian rupa kerana Allah inginkan makhluk lain untuk mengambil iktibar darinya demi membuat perubahan pada kehidupannya.
               Membuat perubahan sebenar adalah merupakan pembangunan kepada kehidupan kerana untuk membangun semestinya Allah memberi kita satu petunjuk bagaimana hendak  berubah atau menyelesaikan  masalah fenomena yang dihadapi.
Sebagai contoh, kehidupan zaman Nabi Adam a.s., anak-anaknya yang bernama Khabil telah membunuh abangnya Habil gara-gara tidak merestui perintah Allah supaya perkahwinan anak-anak Adam semestinya dilakukan dengan cara bersilang, iaitu mengawini anak yang bukan kembarnya sendiri. Semua anak Nabi Adam dilahirkan kembar, lelaki dan perempuan.
Perkahwinan sedemikian cara dalam masyarakat manusia pertama dibenarkan Allah swt. kerana belum ada manusia lain lagi yang boleh disunting. Cara demikian juga adalah untuk mempercepatkan pembiakan manusia. Di zaman moden ini tidak dibenarkan cara perkahwinan seperti itu kerana manusianya sudah mempunyai berbagai-bagai keturunan sehingga berbangsa-bangsa dan bersuku-suku.
Khabil tidak merestui perintah Allah kerana adik kembarnya sendiri, Ikhlimah, raut wajahnya cantik berbanding dengan Labudah, adik kembar kepada Habil yang kurang penampilannya. Khabil merasa cemburu kepada Habil maka dia membunuh abangnya. Demikianlah berlakunya riwayat pembunuhan manusia pertama. Ini bermakna setiap berlakunya pembunuhan manusia selepas itu hingga akhir hayat manusia atau kiamat Khabil akan mendapat ganjaran kedosaannya!
               Setelah Khabil membunuh abangnya, maka ia tidak tahu macam mana mengurus mayat abangnya. Lalu Allah beri pentunjuk kepada kejadian makhluk lain. Dua ekor gagak berpatuk (berkelahi) dan tidak ada yang mengalah, akhirnya seekor daripadanya mati. Kemudian gagak yang hidup itu mengorek tanah dengan paruhnya. Setelah lobangnya cukup besar kemudian ditarik kawan yang telah mati itu ke dalam lobang yang disediakan. Setelah itu gagak menimbunnya dengan tanah.
               Kejadian tersebut disaksikan oleh Khabil, maka dapatlah ia bagaimana menyelesaikan mayat abangnya  yang telah mati dibunuhnya. Demikianlah satu petunjuk yang diberi Allah kepada Khabil untuk menangani perubahan pada dirinya itu. Perubahan itu sebenar menjadi ilmu kepada Khabil dengan membaca alam kehidupan yang ada di hadapan matanya.
                Keadaan alam yang sentiasa berubah mengikut pergerakan masa ialah usia manusia. Setiap detik masa usia manusia berubah menjadi tua, atau dalam erti kata lain perjalanan manusia menuju ke liang lahad semakin dekat. Inilah fenomena alam kehidupan yang membuat makhluk manusia sentiasa alpa.
               Kealpaan manusia dalam menangani perubahan usianya akan merugikan pembangu nan dalam kehidupan kehidupannya. Kepentingan dalam menangani hidup ialah mengilmu kan diri dengan ilmu dunia dan juga ilmu ukrowi atau ilmu akhirat (agama). Apabila manusia dilengkapi dengan kedua-dua ilmu tersebut, maka perubahan pada kehidupan akan sentiasa menuju kepada kecemerlangan dunia dan akhirat. Segala agenda pembangunan dapat dilak sanakan sebagai khalifah Allah s.w.t..
               Jiwa manusia selalu mengalami perubahan demi perubahan. Baik perubahan yang positif mahupun perubahan ke arah negatif. Maka itu  jiwa manusia perlu diberikan pendidikan agar sesuai dengan matlamat yang ingin diperolehi. Jika seseorang menginginkan agar jiwanya ataupun jiwa-jiwa orang lain melakukan pekerjaan yang bermanfaat, maka ia harus mendidik  jiwa seseorang itu sesuai dengan matlamatnya itu. Sebaliknya jika mengingin kan ke arah yang negatif maka mereka berusaha mendidik jiwa ke arah yang diingini itu pula.
               Pada dasarnya kesalahan-kesalahan serta penyakit yang menimpa diri seseorang itu dapat dibahagi kepada dua bahagian. Pertama maksiat atau kesalahan yang bersumber dari fisikal. Kedua, maksiat atau kesalahan yang bersumber dari batin atau jiwa.
               Untuk mendidik diri agar terhindar daripada perbuatan dosa yang disebabkan oleh anggota badan kita, ialah dengan menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan oleh anggota tersebut. Tujuh anggota yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antara nya, mata, telinga, lidah, perut, kemaluan(faraj), tangan dan kaki. Sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat penyeksaan terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
               Oleh sebab itu maka mata  hendaknya digunakan melihat kepada yang baik dan indah, jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar bacaan ayat Al-Qur’an dan Hadith Rasulullah saw. dan tidak menggunakan untuk mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucapkan zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdakwa dan sebagainya.
               Begitu juga perut, harus diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan yang haram, sebab makanan yang haram itu dapat menutup pintu hati. Kemaluan atau  faraj itu hendaklah dikendalikan jauh dari perbuatan zina dan sebagainya. Tangan, hindarkan dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri, memukul orang lain, membunuh,
memegang sesuatu yang haram dan sebagainya. Kaki, juga harus digunakan untuk pergi mengerjakan ibadah, ke masjid dan sebagainya, sebaliknya tidak digunakan untuk pergi ke tempat-tempat maksiat.  
                Pastikan bahawa setiap anggota kita sentiasa terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan kepada Allah swt. Jangan gunakan anggota itu untuk berbuat kemungkaran. Kerana pada dasarnya anggota itu  Tuhan ciptakan sebagai nikmat dan amanah kepada manusia.
               Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa menggunakan nikmat dan amanah Allah swt. itu  untuk berbuat dosa dan maksiat adalah kederhakaan terhadap Allah. Bahkan menjadi kewajipan manusia memelihara dan mengambil manfaat untuk kebajikan yang sebesar-besarnya daripada nikmat dan amanah yang diberikan Allah swt. itu.
               Mendidik  jiwa itu dapat kita lakukan dengan menjauhkan diri dari dosa yang disebab kan oleh jiwa manusia. Oleh sebab itu setiap individu harus membersihkan jiwanya dari sifat-sifat yang tercelah dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji.
               Akhlak menurut Imam Al-Ghazali adalah mengubah bentuk jiwa dan mengembalikan nya daripada sifat-sifat yang buruk dan tercela kepada sifat-sifat yang terpuji menurut agama Islam, sebagaimana yang telah menjadi perangai ulama-ulama syuhada, Sadiqin dan Nabi-
nabi.
               Dalam kitab al Mizan, Al-Ghazali mengemukakan bahawa akhlak yang baik itu dapat mengadakan pertimbangan antara tiga kekuatan yang terdapat dalam diri manusia, iaitu kekuatan berfikir, kekuatan hawa nafsu dan kekuatan amarah.
               Keperibadian yang baik itu selalu bertentangan dengan sesuatu yang disukai oleh manusia. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2:216 yang bermaksud:
               “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Ketujuh-tujuh anggota badan tersebut yang Allah bekalkan kepada manusia amat penting dalam kehidupan kerana tanpanya kehidupan manusia sukar dikendalikan kalau tidak pun tidak dapat menikmati hidup sebenar. Antara anggota badan yang amat penting dalam kehidupan ialah nikmat mempunyai mata.
                Benda-benda bermacam-macam bentuk, warna dan sebagainya dapat difahami melalui anggota mata. Segala  aktiviti kehidupan sama ada menimba ilmu pengetahuan, bermasyarakat, berkasih sayang dapat dilakukan dengan mudah disebabkan adanya anggota mata. Apabila manusia tidak bersyukur mempunyai mata, tidak melaksanakan ibadat yang sewajarnya, Allah akan mengambil balik nikmat mempunyai mata.
               Satu peristiwa berlaku kepada seorang Mualaf yang telah mengalami nikmat mata ditarik balik oleh Allah swt. Individu berkenaan adalah bekas pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan di salah sebuah negeri di Malaysia. Sejak memeluk agama Islam tidak pernah menjejaki kaki di masjid.
               Pegawai berkenaan, tubuh badannya tinggi lampai dan gempal berumur lebih kurang dalam lingkungan tiga puluhan. Matanya jelas seperti mata orang biasa tetapi tidak dapat melihat. Ia melihat dunia dalam keadaan putih semata. Ia
menceritakan riwayatnya dengan memulakan mengenai amalan dalam hidupnya.
               Ia berkeluarga dengan tiga orang anak berumur 3, 5, dan 7 tahun. Ia tidak melaksana kan ibadah, jauh sekali melaksanakan solat lima waktu. Amalannya berbuat maksiat.  Dia mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang bukan seakidah dengannya. Dia menjadi “Ring Leader” dalam kumpulan itu.
               Suatu hari ia termimpi bertemu dengan orang tua yang menasihatinya supaya meng hentikan amalannya. Kalau tidak dia akan mengambil anaknya. Pegawai bekenaan mempun yai pembawaan diri yang kasar, tidak menghirau sedikitpun nasihat orang tua itu. Selepas tiga bulan berlalu tiba-tiba seorang daripada anaknya meninggal dunia tanpa apa-apa penyakit. Pegawai tersebut tidak ada keyakinan bahawa kematian anaknya itu ada kaitan dengan nasihat orang tua dalam mimpinya.
               Setelah selesai pengkubumian anaknya, tidak ada kesan kepada amalannya maka ia meneruskan tanpa batas. Setelah beberapa hari berlalu kemudian dia termimpi lagi orang tua yang sama. Orang tua itu menasihati lagi dengan nada yang keras: “Kalau kamu tidak menghentikan amalan kamu, saya akan ambil anak kamu lagi.”
               Setelah bangun dari tidurnya, ia terpegun sejenak memikirkan mimpinya berulang lagi dengan nasihat yang serupa. Ia berfikir selama seminggu untuk  mentafsirkan mimpinya itu. Walaubagaimana pun rakan-rakan dalam kumpulannya sentiasa menjemputnya menghadiri amalan seperti biasa. Mereka rasa kesunyian tanpa kepimpinannya.         
Lewat beberapa hari kemudian kedua-dua anaknya yang hidup meninggal dunia bersama tanpa sebab. Kali ini ia sedar bahawa yang berkuasa untuk menghidupkan kembali anak-anaknya ialah Allah s.w.t.. Maka ia berkunjung ke masjid pada kali pertamanya sejak mengucap dua kalimah syahadah, hendak melakukan iktikaf, memohon ampun kepada Allah. Di tengah-tengah masjid bertentangan dengan kubahnya ia berdoa menadakan tangannya ke atas, menangis dan merintih dengan hati yang khyusuk dan tawadhu meminta ampun kepada Allah dan meminta kembalikan kedua-dua anaknya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi amalan yang bersifat  kemaksiatan itu.
               Kemudian ia kembali ke rumah dengan hati yang yakin Allah terima doanya. Sampai nya di rumah kelihatan anaknya telah sedarkan diri dan meminta air untuk diminum. Amat  gembira dalam hatinya melihat anak hidup semula. Dari peristiwa tersebut pegawai itu bertaubat tidak berbuat kemaksiatan lagi. Ia sentiasa mengisi masa hidupnya ke masjid beribadah.
               Oleh kerana akhlak yang berpangkal kepada hati yang bertentangan dengan akidah Islam jiwanya tidak bertahan lama. Setelah tiga bulan berlalu ia merasakan hidup dengan agama Islam kurang menyeronokkan. Rakan-rakannya juga sentiasa memujuk dan merayunya iuntuk kembali bersama mereka kerana hidup tanpa kehadiranya kurang seronok. Akhirnya ia kembali semula bersama mereka bermaharajarela tanpa segan silu kepada masyarakat di mana sahaja mereka berada.
               Pada suatu malam ia termimpi lagi orang tua yang sama pada kali ketiganya. Kali ini ia menasihatinya dengan nada yang amat keras. “Kamu keras kepala! Kali ini kalau kamu tidak hentikan amalan kamu yang tercela itu, saya akan ambil kamu.”
               Memikirkan hidupnya amat susah dikendalikan maka ia reda dirinya diambil Allah. Maka ia meneruskan amalannya yang tercela itu. Ia kembali menjadi “ring leader”kepada kumpulan yang sedia ada. Rakan-rakan pun kembali seronok dengannya.
Pada satu ketika apabila ia terbangun dari tidurnya ia merasakan matanya gatal tidak tertahan. Lalu ia mengosok dengan jarinya. Semakin mengosok rasa gatalnya semakin parah. Ia terus mengosoknya sehingga pada satu ketika apabila ia membuka matanya ia melihat dunia hanya berwarna putih sahaja. Ia telah menjadi buta.  Jiwanya tidak diambil balik oleh Allah tetapi matanya pula menjadi sasaran.
Anggota mata yang diamanahkan Allah kepadanya tidak digunakan dengan sebaiknya. Oleh sebab mata tidak digunakan dengan betul dan hanya digunakan untuk melihat benda-benda yang haram serta perbuatan yang berunsur kemaksiatan maka Allah ambil balik nikmat mempunyai mata. Maka orang itu menghabiskan usianya dalam keadaan buta.

Ia menggunakan mata untuk berubah hidup ke arah yang negatif dan bukan  ke arah positif maka itu hidupnya tidak mempunyai kebahagian. Allah s.w.t. tidak mengubah hidupnya ke arah kebahagian maka Allah mengubahnya seperti yang dikehendakinya.

Sunday, May 22, 2016

BAIKI KELEMAHAN DIRI WAJAR DALAM HIDUP

 (Disiarkan pada 21. 5. 201)
Allah s.w.t. menciptakan manusia dalam keadaan lemah. Firman Allah dalam surah An-Nisaa ayat 4:28 yang bermaksud:   
“Allah ingin memberikan kamu keringanan, kerana manusa itu dijadikan ber sifat  lemah.”
Allah tidak memberatkan manusia, kerana Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan di dalam agama. Bahkan hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya itu merupakan suatu keringanan dan kemudahan jua untuk mengamalkannya.
Tetapi manusia dijadikan oleh Tuhan bertabiat dan bersifat lemah. Kerana kelemahannyalah maka ia kurang sabar menghadapi perempuan yang sewaktu-waktu mudah saja hendak mempersuntingnya dan menjadikan mangsanya. Dan kerana lemahnya jualah maka ia tidak  kuat menahan desakan syahwatnya  yang setiap saat mencari kepuasannya. Dan kerana kebijaksanaan Allah jualah maka Allah tidak mengadakan sesuatu yang memberatkan seseorang di dalam agama. Bahkan semua ketetapan-Nya mempunyai ukuran yang selaras dengan tenaga dan kemampuan sese orang untuk menjalankannya, sehingga tidak ada jalan bagi seseorang untuk berdalih atau coba menolaknya.
Memperbaiki kelemahan diri terutama sekali dalam melaksanakan ibadat kerana Allah bermuara dari hati yang akan mengukukan iman dalam diri. Meningkat kan tahap ilmu pengetahuan yang akan mengukuhkan iman kepada Allah. Maka apabila kita sentiasa dekat dengan Allah maka segala kemuskilan dalam pembangunan akan dimudahkan Allah lewat tawakal yang kita laksanakan.
Manusia mempunyai kelebihan dalam dirinya sebagai mahkluk Allah s.w.t. disebabkan disiplin hidup yang sentiasa bertemankan budaya berfikir sebelum melak sanakan setiap  ibadat untuk menangani hidup yang berwawasan. Berfikir merupakan satu usaha mendekatkan kita kepada Allah kerana segala makhluk di alam kehidupan ini sama ada yang hidup atau sebaliknya adalah kepunyaan Allah s.w.t..
Budaya berfikir  menjadi faktor dalam hidup yang memimpin manusia menjadi khalifah di muka bumi ini. Benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kepala boleh dilihat dengan mata hati maka ia akan memotivasikan manusia untuk merekabentukan sesuatu alat yang boleh mengesan nun di perut bumi seperti minyak tanah termasuk lah petrol dan berbagai logam untuk kegunaan pembangunan manusia melalui fitrah budaya berfikir.
Melaksanakan kekhalifahan di bumi Allah ini, ilmu tauhid semestinya dalam keadaan yang baik demi memastikan hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan sesama manusia  adalah dalam keadaan yang diredhai Allah s.w.t., yang diungkapkan dalam Al-Quran sebagai hablum minallah dan hublum minnanas.
Membaiki kelemahan diri mempunyai kaitan dengan usaha bertaubat kerana ia akan mengikis dan membersihkan segala amalan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t.. Taubat merupakan anak kunci bagi kemenangan seseorang. Orang yang suka bertaubat dikasihi Allah s.w.t.. Rasulullah memuji orang yang menyesali dirinya atas perbuatan yang menyesatkan dan kembali bertaubat kepada Allah.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Orang yang bertaubat itu dicintai Allah, orang yang bertaubat dari dosanya seakan-akan tidak berdosa lagi.”
Untuk melakukan taubat itu  mempunyai tiga syarat:
(i)   Harus meninggalkan maksiat yang dikerjakan itu.          
(ii)  Harus menyesali diri atas perbuatan maksiat tersebut.
(iii) Berjanji tidak akan kembali lagi kepada kejahatan itu selama-lamanya. Sya
       rat itu merupakan dosa yang berkaitan antara manusia dengan Allah.  Namun jika dosa tersebut berhubungan dengan manusia, maka ditambah satu lagi syarat iaitu minta kemaafan kepada orang yang bersangkutan.
Taubat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan. Allah s.w.t. berfirman
dalam surah At-Tahrim ayat 66:8 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutup kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.......”
               Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman bertaubat dengan taubat yang dipanggil “Taubat Nasuha”. Ketika Umar ditanya mengenai taubat Nasuha, jawabnya; “Iaitu orang bertubat tidak kembali lagi berbuat dosa seperti air susu tidak akan kembali lagi ke buah dada.”  
               Memperbaiki kelemahan diri wajar melakukan sifat-sifat yang terpuji antaranya takut kepada Allah, zuhud, sabar, redha, syukur, Ikhlas, tawakal, mencintai Allah dengan sesungguhnya dan mengingati mati.
1. Takut kepada Allah:
               Takut kepada Allah ini merupakan perhiasan diri orang-orang yang soleh. Kerana petunjuk dan rahmat itu hanya diberikan kepada mereka yang takut kepada Tuhannya. Orang yang takut kepadaNya berusaha mencegah dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Akhirnya orang-orang yang takut kepada Allah itu akan memperoleh kenikmatan syurga di akhirat kelak. Insya Allah!
2.  Zuhud.
               Zuhud adalah melepaskan daripada kesenangan dunia. Orang sufi beranggapan zuhud itu merupakan suatu martabat yang tertinggi kerana hidup yang semacam itu pernah terdapat pada diri Nabi dan diri sahabat.
               Nabi pernah bersabda , “Apabila Allah hendak memberikan sesuatu kebajikan kepada hamba-Nya membuat dia hidup zuhud, tidak tertarik kepada dunia dan menanam rasa suka kepada akhirat, serta kepada membuka matanya melihat kekurangan-kekurangan yang terdapat pada dirinya.” 
               Al-Ghazali mengertikan zuhud itu sebagai tidak menyukai dunia, kerana ingin memper banyakkan ketaatan semampunya kepada Allah. Orang yang zuhud menunjukka seluruh kehi dupannya untuk akhirat. Oleh kerana itu harus mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya dengan tidak mempedulikan kesenangan dirinya. Ia memakan makanan sekadar untuk hidup, dan memakai pakaian sekadar menutup aurat.
3   Sabar.
               Sabar juga dianggap sebagai sifat yang terpuji. Bersabarlah kamu, kerana Allah besama-sama orang yang sabar. Sabar itu tinggi nilainya, sehingga Nabi bersabda, bahawa sabar itu sebahagian daripada iman, dan sabar itu sebuah perbendaharaan daripada perben daharaan syurga.
               Sabar juga dilakukan dalam berbuat taat dan ibadah, sabar dalam kekurangan, kesu sahan, dan kehinaan, sabar itu juga merupakan ketaatan jiwa. Bagi orang awam  sabar itu atas segala kesusahan dan kesakitan yang dianggapnya semua datang dari Allah. Bagi orang yang soleh menerima sabar itu dengan hati yang syukur tentang sesuatu kesusahan dan kesakitan, yang dianggapnya cubaan dari Allah s.w.t.. Bagi orang zahid tidak berusaha melepaskan diri dari kesusahan dan kesakitan itu kerana dianggapnya yang demikian itu sudah tertulis di Luh Mahfuz.
4   Redha.
               Redha ialah rela menerima segala yang telah ditentukan dan ditakdirkan oleh Allah s.w.t., tentunya setelah kita menjalankan usaha untuk mencapai matlamat yang kita cita-citakan itu. Nabi pernah bersabda: “Persembahkan ibadahmu kehadirat Allah dengan redha, jika engkau sukai, kerana yang demikian itu lebih baik bagimu.”
               Menurut Abu Ali Ad Duqaq berkata: “Tidak dapat dinamakan rela hanya menderita dari bencana belaka, tetapi yang dinamakan rela atau redha itu, tidak berpaling dari hukum Allah dan qadha’Nya.”             
5   Syukur.
               Syukur atas nikmat yang diberikan Allah kepada hamba itu merupakan sifat yang terpuji, sedangkan kufur atau menentang Allah merupakan azab yang sangat pedih. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ibrahim ayat 14:7 yang bermaksud:
               “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberi tahu: Sekiranya kamu mensyukuru nikmat, pasti Kami beri tambahannya kepada kamu. Dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya seksaan-Ku sememangnya amat pedih.”
               Sekiranya kamu berterima kasih di atas nikmat-nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu kerana Allah telah menyelamatkan kamu dan sebagainya, sedang cara berterima kasih itu pula ialah dengan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi semua tegahan-Nya, sudah barang tentu Allah akan menambahkan nikmat-Nya lebih banyak lagi kepada kamu, atau dimaksudkan juga menambahkan pahalanya lebih banyak.
               Adapun asal bersyukur atau berterima kasih itu ialah, membayangkan di dalam fikiran akan nikmat Tuhan serta memperlihatkannya. Dan hakikat bersyukur pula ialah, mengakui serta mengagungkan Tuhan yang memberikan nikmat itu, dengan mempersiapkan diri supaya bersikap sedemikian.
               Seorang hamba yang mengenangkan nikmat Allah dan mengenangkan segala macam kelimpahan, kelebihan dan kebaikan-Nya kepadanya, bererti dia berterima kasih terhadap nikmat tersebut, dan patut mendapat tambahannya. Dengan hal yang demikian maka ia benar-benar mencintai Allah, dan ini satu darjat yang mulia. Ada lagi darjat yang lebih tinggi dari pada itu, iaitu kecintaan terhadap Allah semata-mata tanpa pengaruh  nikmat, maka inilah darjat yang dipunyai oleh para Siddiqin.
               Siapa bersyukur di atas rezeki Allah nescaya diluaskan-Nya lagi rezekinya, siapa bersyukur di atas kemudahannya mentaati Allah nescaya ditambah lagi pada mentaati-Nya dan siapa bersyukur di atas kesihatan yang dikurniakan kepadanya nescaya Allah menambah kannya lagi kesihatan dan demikian seterusnya.
               Yang dimaksudkan dengan kufur di sini ialah, memungkiri nikmat, atau tidak berterima kasih. Kerana tidak menjalan kewajipan yang sepatutnya mesti bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan nikmat, maka orang yang demikian akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang pedih. Di dunia ini sahaja sudah terseksa kalau orang itu kehilangan nikmat, apalagi di akhirat tidak dapat dibayangkan betapa besar seksaannya.
6  Ikhlas.
               Dalam menempuh jalan ke arah yang dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku benar dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sebuah  rahsia daripada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-Ku yang Ku  kasihi.”
               Allah s.w.t. tidak  menerima amalan kita, jika amalan itu tidak dikerjakan secara ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Ibrahim bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu ialah niat yang benar terhadap Allah s.w.t..
7  Tawakal.
               Menurut Al Ghazali tawakal itu ialah berpegang kepada Allah, tetap dalam hati menyerahkan diri kepada Allah, sedikit pun tidak berpaling daripada keyakinan itu. Tiga tingkatan tawakal itu ialah: “Percaya kepada Allah sebagai wakilnya yang sebenarnya. Percaya akan haknya terhadap Allah seperti kepercayaan seorang anak kepada ibunya. Dan menyerahkan diri dan segala pekerjaannya kepada Allah.
8   Mencintai Allah dengan sesungguhnya.
               Hikmah cinta dan kasih kepada Allah itu antara lain: Bersifat fardhu, dengan cinta
semacam ini manusia berkeinginan mengerjakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan menjauhi diri daripada maksiat yang dibenci oleh Allah s.w.t.. Bersifat sunat, sehingga seseorang berkeinginan mengerjakan ibadah sunat sebanyak-banyaknya. Menjauhkan segala yang bersubahat dan makruh,, kemudian menahan hawa nafsu kepada sesuatu yang dibenci Allah.
9   Mengingati Mati
               Amalan mengingati mati merupakan sifat yang terpuji, kerana dapat membuat  manusia sedar, kemudian berusaha untuk beramal sebanyak-banyaknya. Baik dalam bentuk amalan ibadah, muamalah, mahupun segala amalan yang baik untuk manusia.
               Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. berpesa kepada umatnya: “Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, yang akan memutuskan kamu dengan kesenangan dunia. Tiap orang yang mengingati mati akan dilapangkan hidupnya yang sempit dengan keluasan nikmat, sebaliknya tiap orang yang tidak ingat akan mati, akan dikecilkan hidupnya yang luas.” *
               Demikianlah di antara sifat-sifat yang terpuji yang perlu kita lakukan untuk mendidik jiwa kita ke arah yang cemerlang demi melenyapkan kelemahan kita dalam melaksanakan agenda pembangunan. Ingat segala fitrah dalam diri kita yang Allah bekalkan harus diguna kan lewat tawakal kita kepada Allah s.w.t.. Tanpa tawakal kita mengkufuri nikmat Allah yang diuntukkan kepada kita demi menyempurnakan pembangunan kehidupan.

            *Sumber: Muhammad Isa Selamat. “Penawar Jiwa – Psikologi Ketenangan Minda.” Darul Numan 1998 

Tuesday, May 17, 2016

PERTUKARAN WAJAH DIREDAI ALLAH WAJAR DALAM KEHIDUPAN

PERTUKARAN WAJAH DIREDAI ALLAH WAJAR DALAM KEHIDUPAN
(Disirkan pada 14. 5. 2016)
Hidup ini mempunyi berbagai sifat wajah mengikut perkembangan pembangunan manusia di alam kehidupannya. Ada manusia yang hidupnya mengikut wajah yang diyakini nya sendiri yang boleh disahkan oleh fenomena sains dan teknologi seperti masyarakat ateis. Tidak kurang juga masyarakat yang mempunyai wajah hidupnya yang berpegang kepada kepercayaan berbagai jenis tuhan. Masyarakat demikian tidak sedar bahawa mereka menyekutukan Allah s.w.t.. Tidak kurang pula masyarakat yang mempunyai keyakinan kepada makhluk ciptaan Allah seperti haiwan, gunung-gunung, laut dan sebagainya.
Pada dasarnya kehidupan manusia yang direkabentuk wajahnya sendiri, mempunyai naluri bahawa sesuatu yang berkuasa menjaga kebajikan hidupnya mempunyai bentuk yang boleh disahkan kehadirannya dengan menggunakan pancaideranya. Keadaan demikian bersesuaian dengan fakta yang dapat disahkan oleh sains dan teknologi. Ufuk pemikian mereka tidak sampai kepada Zat yang berkuasa yang menciptakan alam-alam berkenaan.
Allah telah turunkan dokumen wahyu-Nya demi membetulkan cara hidup manusia mengikut tamadun yang diredai Allah s.w.t.. Walaubagaimana pun masyarakat yang tidak berpegang kepada panduan tauhid, sukar hendak hidup dengan wajah yang sempurna  mengikut falsafah yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai cara hidup. Ilmu tanpa agama Allah s.wt. menjadi buta, meraba-raba  di alam kehidupan di dunia  ini.
Setiap umat manusia perlu yakin bahawa Allah memiliki rasa Kasih Sayang yang paling agung untuk hamba-hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada seorang yang dicabut Malaikat nyawanya. Lalu diperiksa seluruh badannya, tiada pernah sekalipun  membuat kebajikan. Kemudian dibelah dadanya, tidak mengandungi kebai kan walau  sezarahpun. Akhirnya dingangkan mulutnya, kelihatan di hujung lidahnya melekat pada langit-langit bekas mengucapkan kalimah “La Illaha illallah,” maka ia mendapat keampunan kerana kalimatul Ikhlas.”  
Pintu rahmat Illahi selalu sahaja terbuka bagi sesiapa yang merinduinya. Allah akan menyambut hamba-Nya yang mengetuk pintu taubat dan meninggalkan segala perbuatan  derhaka.
Dalam sebuah hadith qudsi dijelaskan Allah berfirman:
“Barangsiapa berbuat sesuatu kebajikan, Aku balas dengan sepuluh kali ganda, bahkan lehih dari itu. Dan barangsiapa berbuat kezaliman, akan menerima akibatnya yang setimpal atau aku ampuni. Barangsiapa menuju kepada-Ku sejengkal, Aku maju kepadanya sehasta. Baransiapa mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkannya sedepa. Barangsiapa menemui-Ku dengan berjalan, Aku temui dia dengan berdiri. Dan barangsiapa menghadapi kepada Ku dengan dosa sepenuh lembah-lembah bumi tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu, maka Aku sambut dengan ampunan sebanyak itu juga,” (HR Muslim)
Allah sentiasa menghendaki agar hamba-Nya selalu dekat di sisi-Nya di mana sahaja ia berada. Kedatangan hamba yang penuh dengan rasa mesra dan rindu, juga akan disambut Allah dengan kerinduan dan kemesraan, lebih dari yang dimiliki manusia. Rasulullah s.a.w. berzabda:
“Sesungguhnya Allah sangat gembira menyambut kesedaran hamba terhadap-Nya. Bahkan lebih gembira dari seorang yang ditinggalkan unta tunggangannya berserta makanan dan minumannya. Kerana tidak ada harapan untuknya akan kembali, maka ia berbaring di bawah sebatang pohon. Kemudian tiba-tiba unta berdiri di sampingnya, Segera ia bangun dan memegang kuat-kuat tali unta itu, sambil menyebut dengan penuh gembira: “Ya Tuhan Engkau hambaku dan aku Tuhanmu, tersilap lidahnya ketika menyebut, kerana terlalu gembiranya.”  (HR Nuslim)
Nabi s.a.w. memberikan motivasi dan menjaga hati umatnya daripada ditakut-takuti dengan azab Neraka. Semua yang dilakukan Rasulullah itu, untuk membebaskan jiwa kita dari rasa pesimistik, dan  membebaskan jiwa dari cengkaman kecemasan, Sehingga membuka
peluang kepada jiwa-jiwa yang terlanjur berdosa untuk bertaubat, mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
               “Janganlah sampai seseorang itu mati dahulu sebelum ia yakin akan kasih sayang Allah.”
               Sebaliknya dalam berusaha, kita tidak perlu bimbang dengan harapan dan limpahan rahmat Tuhan. Orang yang sentiasa bimbang dan khuatir, tidak sanggup berjuang dan mene gakkan kebenaran dalam kehidupannya, akhirnya menjadi manusia yang tertinggal dalam segala aspek kehidupan.
               Harapan akan rahmat dan ampunan (maghfirah) Allah s.w.t. selalu memberikan kepada kita kekuatan zahir dan batin, sehingga kita dapat mengalahkan segala rintangan yang berbentuk kelemahan-kelemahan di dalam diri kita sendiri. Mental seseorang akan runtuh dan akan menerima kegagalan demi kegagalan akibat daripada menurut hawa nafsu. Kelalaian itu hanya tidak  diubati dengan bertaubat serta hanya berharap hanya kepada Illahi.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menunjukkan kepada umatnya jalan mana yang harus ditempuhi. Kemudian menghancurkan setiap dinding yang menjadi penghalang jiwa umat dari mengharapkan rahmat Allah. Sebenarnya dinding-dinding pemisah antara hamba dengan Allah s.w.t. dibuat oleh  manusia itu sendiri, kerana ia lupa akan tujuan nya hadir di dunia ini.
Perbezaan antara wajah orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang mening galkan ajaran agama jelas kelihatan pada cahaya mukanya. Pada orang-orang yang menjalan kan ajaran  Islam dengan sebenarnya nampak pancaran keimanan dari wajahnya. Ia bersikap tenang, tenteram dan tidak menunjukkan kegelisahan dalam dirinya.
Sebaliknya kita akan melihat wajah seseorang yang jarang sujud kepada Allah bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Dalam kehidupan ini kita pasti berjumpa dengan dua jenis manusia tersebut. Kemudian kita dapat merasakan betapa manusianya jika ketenangan dan ketenteraman jiwa itu dapat kita miliki sebaliknya betapa gelisahnya jika kegoncangan jiwa itu menempuh kehidupan kita.
Pilihan dari kedua aspek itu tadi tergantung pada diri kita sendiri, oleh sebab itu perlu bertanya dalam diri kita, kemana akan kita bawa jiwa yang merindui kebenaran itu. Tentu kita semua akan berkata, bahawa kedamaian dan ketenangan jiwa lebih bermakna dari segala-galanya. Untuk mencapai ke tingkat kedamaian jiwa itu hanya Islam yang mampun membim bing kita.*
Beberapa peringatan Allah di dalam Firman-Nya tentang ketenangan dan kesihatan jiwa  ini antara lain seperti (1) dalam surah Ar-Ra’ad ayat 13:28 yang bermaksud:
               “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! Dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”
Orang-orang yang kembali kepada Allah itu, ialah mereka yang beriman sedang hati mereka menjadi tenteram dan cenderung untuk mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah sahajalah hati orang-orang Mukmin menjadi tenteram selama-lamanya, iaitu akan hilang segala syak dan ragu-ragu, hilang rasa bimbang gelisah, disebabkan sinaran iman yang menerangi hati mereka.
Firman Allah (2) dalam surah yang sama ayat 13:29 yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan yang baik, mereka menda pat untung yang baik dan tempat kembali yang baik.”
Ibnu Abbas mengatakan: Orang yang beriman dan beramal salih itu akan mendapat kesukaan yang menyenangkan pemandangan. Mereka yang beriman dan beramal salih itu mendapat keuntungan yang baik dan akan mendapat tempat kembali yang bagus, ia tentulah syurga. Semua ini merupakan daya penarik dan menjadi galakan kepada  setiap orang supaya
mentaati Allah dan janganlah derhaka dengan berbuat maksiat kepada-Nya. Memanglah seseoang itu apabila telah memasuki syurga dan akan dapat apa sahaja yang disukainya di sana seperti yang diterangkan hadis.
               Di dalam syurga itu banyak perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.
 Firman Allah(3)  dalam surah Al-A’raf ayat 7:35 yang bermaksud:
“Hai anak-anak Adam! Sekiranya datang kepada kamu utusan Allah daripada golongan kamu yang menceritakan kepada kamu tentang keterangan Aku, maka sesiapa yang memelihara dirinya (dari kejahatan) dan berbuat baik nescaya mereka tiada didatangai rasa takut dan tiada pula berdukacita.” 
Allah menyeru sekalian manusia, terutama penduduk Makkah, iaitu sekiranya kamu didatangi utusan Allah, iaitu Muhammad s.a.w., sedang utusan Allah itu terdiri dari bangsa manusia juga seperti kamu, dan utusan itu adalah menceritakan tentang keterangan Allah, yakni membacakan kitab-Nya yang berisi hukum dan syariat agama untuk panduan kepada sekalian manusia, mereka diperingatkan:
Sesiapa yang  memelihara dirinya dari perkara kejahatan seperti syirik atau menyalahi utusan tersebut, serta orang itu berbuat pula akan perkara yang baik, seperti menjalanlkan kewajipan yang diperintahkan Allah dan menjauhi larangan-Nya, nescaya ia kelak merasakan ketakutan pada masa menhadapi cubaan terutama pada hari kiamat yang menggerunkan. Dan ia tidak pula berdukacita atau merasa sayang atas perkara keduniaan yang terluput olehnya. 
Firman Allah(4) dalam surah Lukman ayat 31:18-19 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu dari pandangan orang, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”
(5)“Sederhanalah dalam masa engkau berjalan, dan lembutkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara memanglah suara keldai.”
Janganlah engkau memalingkan mukamu dengan cara yang sombong semasa berhada pan dengan orang yang mengajak berkata-kata. Sebaliknya hadapilah dengan muka manis, tanpa memperlihatkan tanda  yang tidak menyenangkan kepadanya.
Dalam hadis ada panduan-panduan yang diberikan bagi menjadi seorang Islam yang baik – sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas bin Malik: Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Jangan kamu berbenci-bencian dan jangan kamu bermusuh-musuhan, dan jangan kamu berdengki-dengkian, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak halal bagi seorang Muslim tak mahu bertegur kepada saudaranya, lebih dari tiga hari. Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.”
Janganlah engkau berlagak sombong semasa berjalan, umpamanya dengan mengentak-hentak kaki untuk melakukan kemegahan. Gaya berjalan yang seperti itu adalah sikap dari setengah-setengah pembesar yang angkuh, iaitu pembesar-pembesar yang suka menganiaya manusia di muka bumi dan suka berbuat ribut. Sebaliknya, berjalah dengan beradab sopan, menandakan sikap merendah diri yang membawa kepada kebaikan bersama.
Firman Allah (6) surah Hujuraat ayat 49:13 yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling betakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui.”
Seyoga manusia itu bermegah-megah antara satu sama lain, dengan menyombongkan keturunannya, kebangsawanannya atau pangkatnya. Janganlah menghinakan orang, atau mengejek-ejek, mencela, mentertawakan dan sebagainya. Sedangkan mereka semuanya
berasal dari satu keturunan, Ataupun berlain-lainan bangsa,, bahasa, warna kulit dan bentuk roman  mukanya. Apalah yang hendak dimegah-megahkan, walhal semuanya berasal dari air dan tanah.
                    Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Dan untuk mendekatkan pegertian, persefahaman dan perbaikan, agar tercipta di dalam dunia ini ketenteraman dan kerukunan.
                    Firman Allah (7) dalam surah Al-Baqarah ayat 2:153 yang bermaksud:
                    “Hai orang-orang yang beriman! Minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembah yang. Sesungguhnya Allah berserta yang sabar.”
                    Di dalam ayat ini Allah menyeru orang-orang Islam supaya sabar dan mengerjakan sembahyang, kerana kedua sifat itu adalah merupakan pertolongan penting di dalam melaku kan suatu ibadat atau pengabdian kepada Allah. Erti sabar ialah menahan diri, supaya cekal memikul beban yang tiada digemari, tetap dan kuat menderita kepayahan-kepayahan dalam menjalankan ibadat dan lain kebaktian dengan tiada pula gelisah atau berkeluh-kesah.
                    Sifat sabar ini perlu dipakai umpamanya di dalam menjalankan ibadat puasa, berjihad atau berperang ataupun ketika menghadapi malapetaka. Tentang mengerjakan sembahyang pula, seorang itu dapat dilatih supaya merendah diri kepada Tuhan yang disembah, penuh dengan rasa keikhlasan dan taat setia. Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar, yakni mereka akan mendapat pertolongan dan berakhir dengan kejayaan.    
* Sumber – Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA. Psikologi Ketenangan Minda. Diterbit oleh Darul Numan 1994   

Sunday, May 8, 2016

KONSEP BERUBAH WUJUD PEMBANGUNAN

 (Disiarkan pada 7. 5. 2016)
Setiap manusia memerlukan perubahan dalam hidupnya sama ada dari segi pemba ngunan jasmani atau fisikal  mahu pun rohani atau spiritual. Ini perlu disebabkan manusia mempunyai wawasan pembangunan sama ada di dunia  mahupun di akhirat. Untuk mewujud kan pembangunan kedua-dua alam kehidupan kita memerlukan ilmu pengetahusan sebagai kekuatan melaksanakan perubahan terutama sekali mengenai perubahan tentang pembangu nan ukhrawi atau akhirat.
Membangunkan ilmu ukhrawi dengan sendirinya ilmu dunia akan terbela. Maka ditamsilkan bahawa menanam padi dengan sendirinya rumput  ikut tumbuh sama tetapi menanam rumput padi tidak akan turut tumbuh. Padi ditamsilkan sebagai pembangunan akhirat dan rumput diumpamakan kehidupan dunia.
Konsep berubah dalam sinario kehidupan dunia membawa satu persepsi bahawa pembangunannya wajar dilandaskan kepada keredaan Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada makhluk manusia sebagai khalifah-Nya di alam dunia. Harus kita faham bahawa segala ibadat yang kita laksanakan berupa tawakal semata kepada Allah s.w.t. maka keredaannya menjadi keutamaan.
Antara ilmu yang amat penting dalam sinario pembangunan manusia ialah ilmu agama kerana ilmu tanpa agama menjadi buta. Aspek yang menimpa umat Islam di abad moden ini adalah ilmu tanpa agama. Ilmu pengetahuan yang tinggi jika tidak disertai dengan  keyakinan beragama akan gagal memberikan kebahagian kepada orang yang memilikinya.
Dalam kehidupan sehari-hari dapat kita saksikan bahawa ramai di antara para ilmuan tidak mampu memanfaatkan pengetahuan tersebut untuk membuat dirinya menjadi bahagia. Ahli-ahli pengetahuan yang tidak percaya kepada Tuhan atau yang telah meninggalkan ajaran agamanya, akan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya itu untuk memenuhi keperluan-keperluannya saja, kadangkala berlawanan dengan dasar-dasar moral dan hukum agama. Bahkan mungkin membahayakan masyarakat.
Kesedaran akan hakikat dari kegunaan ilmu yang sebenarnya, kadangkala tidak dimiliki oleh mereka yang berpengetahuan. Sehingga mereka menyalahgunakan ilmu tersebut. Kalau kita lihat pula ahli-ahli pendidikan yang tidak memiliki keilmuan yang kukuh, daripada hasil pendidikan yang diberikannya, seakan-akan tidak  memberi bekas terhadap anak didik. Kadang kala moral temaja menjadi semakin buruk.
Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara yang termaju di dunia. Malangnya, ia juga mempunyai kadar jenayah yang tertinggi, kecurian dan rompakan. Laporan F.B.I. pada tahun 1990 menyatakan 102,555 kes rogol telah dilaporkan. Ia seterusnya menyatakan hanya 16% kes rogol dilaporkan. Maka untuk mengetahui bilangan sebenar kes rogol yang berlaku dalam tahun1990, bilangan yang dilaporkan hendaklah didarabkan dengan 6.25. Kita dapati sejumlah 640, 968 kes rogol berlaku pada tahun1990. Jika jumlah ini dibahagi dengan 365 hari dalam setahun, kita dapati  purata 1,756 kejadian rogol berlaku setiap hari.
Kenakalan anak-anak remaja merupakan masalah yang cukup merunsingkan orang tua dan masyarakat. Kejatuhan moral  dalam masyarakat baik dari kalangan generasi muda yang terjebak dengan budaya lepak, dadah dan ganja mahupun di kalangan orang tua sendiri yang suka melakukan kemaksiatan dan penyelewingan dalam rumah tangga, seperti memfitnah, mengadu domba dan sebagainya. Semua itu benar-benar merupakan tradisi yang terjadi di tengah-tengah masyarakat moden sekarang ini.
Pendidikan yang gagal umpamanya kerana pendidikan hanya ditujukan untuk memupuk dan mengembangkan pengetahuan yang hanya bersifat mengisi otak sahaja. Ianya tanpa disertai dengan pendidikan agama, yang berguna untuk mengisi jiwa dan menjadi pembimbing moral dari kehidupan anak. Sehingga dapat menyumbang amal dan meneruskan
perjuangan kita kelak.
Biasanya kesalahan  dari kenakalan remaja itu kita tujukan kepada remaja saja. Padahal di sebalik itu orang dewasa sebagai pendidik harus kembali memeriksa diri sendiri tentang sejauh mana pendidikan moral dan agama yang kita berikan tersebut benar-benar dapat diamalkan oleh para remaja kita.
Bila kita perhatikan dengan teliti akan keadaan dan kejatuhan moral pada masyarakat yang telah maju, kita dapat menyaksikan antara lain berjangkitnya kelompok-kelompok remaja yang menuntut kebebasan tanpa batas dalam segala aspek kehidupan. Mereka ingin
hidup bebas dalam segala hal pergaulan antara wanita dan lelaki. Masalah semacam ini cukup menggelisahkan masyarakat termasuk mereka sendiri.
               Mereka hidup dalam meraba-raba dan kebingungan tanpa memiliki pedoman, disebab kan jiwa mereka kosong dari bimbingan agama. Jiwa mereka gersang, mati dan tidak dapat memberikan sumbangan dalam menciptakan kebahagian hidupnya, serta tak dapat memberi kan sumbangan tenaga dan pemikiran kepada agama, bangsa dan negara. Kerana keadaan mereka yang telah jauh dari yang diharapkan oleh agama bangsa dan negara.
                Pendidikan yang tidak dimasukkan di dalamnya jiwa agama akan lahirlah anak-anak yang gelisa dan kebingungan. Otaknya penuh dengan berbagai teori pengetahuan namun hatinya tak mampu mengendalikan dorongan-dorongan yang dapat mengakibatkan kesan negatif.
               Melihat contoh dari sisi pergaulan bebas akibat dari pedidikan yang tidak memperhati kan aspek agama. Di negara Denmark umpamanya, seorang lelaki baru menikah setelah mereka mengadakan hubungan seks dengan wanita lain lebih dari 80 kali. Begitu juga pengakuan seorang ayah, bahawa dia tidak akan merasa marah dan gelisa jika anak perempuannya yang telah berusia 16 tahun membawa lelaki pulang ketika malam hari kemudian tidur bersamanya hingga pagi.
               Begitulah akibat dari hilangnya jiwa agama dan aturan moral dari dalam diri seseorang. Menghalalkan segala cara asal maksud dan corak kehidupan yang dibuatnya sendiri dapat terpenuhi. Tidak memikirkan akibat atau risiko yang akan diterimanya di kemudian hari. Sehingga kita dengar sekarang ini masih ada penyakit yang belum dapat ditemu ubatnya seperti penyakit AIDS. Ini juga  suatu bukti peringatan Allah kepada umat manusia.
               Keilmuan dari segi teknologi juga sentiasa disalah gunakan oleh manusia jika jiwanya kosong dari ilmu agama. Pengetahuan tentang teknologi semakin hari semakin bertambah maju, akibatnya berbagai jenis teknologi canggih diciptakan. Umpamanya senjata yang pada masa dulu masih bersifat sederhana, nama saat ini telah ada senjata yang sangat moden, yang dapat memusnakan umat manusia dan semua makhluk hidup dalam waktu yang singkat.
               Penggunan senjata-senjata yang mengerikan itu  betul-betul tergantung kepada jiwa yang memegangnya. Jika ia berada di tangan orang yang jiwa agamanya telah hilang tentu dengan mudah dapat membahayakan dan mengorbankan orang-orang yang tidak bersalah.
               Jika difikirkan dengan hati yang khusyuk dan tawadhu, senjata teknologi yang bagi mana canggihnya sekali pun tidak membahayakan umat manusia. Yang membahayakan manusia ialah the man behind the gun, yang tidak mempunyai kemurnian agama dalam hatinya.  
               Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30:41 yang bermaksud:
               “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.”
               Mereka berlaku zalim dan terlalu tamak, gemar memperkosakan maruah dan kehorma tan manusia, tidak mahu lagi memelihara kemurnian perangai yang baik dan kemuliaan budi pekerti. Malahan banyak yang telah melimparkan agama jauh-jauh ke belakang dengan melu
pakan adanya hari akhirat iaitu hari pembalasan.
               Mereka hanya mengikutkan kemahuan hawa nafsu tidak mengikuti pendapat akal yang waras, dan membuat kerosakan di muka bumi sehingga tidak ada lagi pengawal yang memper tahankan kehormatan agama dari musuh-musuh yang menodainya. Lantaran  itulah maka Allah menimpakan kepada mereka balasan untuk menjadi hukuman di atas kejahatan, dosa dan maksiat yang telah mereka lakukan.
Allah memberikan peringatan kepada umat manusia dalam Quran surah Al-Qashas ayat 28:77 bermaksd:
               “Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
               Janganlah engkau teringin hendak melakukan tindakan atau usaha yang akan menda tangkan kesusahan lepada orang, atau merosakkan kehidupan masyarakat, sehingga menda tangkan bencana dan huru-hara di muka bumi.
               Prof. Hussein Nasr dalam bukunya yang berjudul: “Islamic Science”, mengemukakan “Tugas para ilmuan muslim adalah menjaga kesucian alam, sehingga ia tidak begitu mudah untuk menggunakan atau mengembangkan teknologi yang bermakna sempit.” Dalam erti bahawa ilmu pengetahuan dan teknologi yang ditemukan oleh manusia itu mampu diarahkan kepada kebaikan umat manusia, sehingga kesejahteraan makluk hidup dan keseimbangannya dapat terpelihara dengan baik.
               Setengan orang menyangkan bahawa kemajuan yang telah dicapai umat manusia sekarang ini, yang begitu canggih, mengagumkan, itulah tujuan daripada hidup ini. Itulah matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di balik itu. Kalau telah tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnanya kemajuan kita. Kerana kata mereka: “Bukankah kemajuan saat ini cukup cepat dan dapat memenuhi segala keperluan hidup?”
               Hidup zaman moden, serba maju, serba cepat, serba teknologi, tetapi juga serba gelisah, serba tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut. Kesenangan hidup moden hanya nampak pada kulit, namun jauh di dasar hati manusianya penuh dengan keresahan. Kebanyakannya bersembunyi di balik kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini.
               Kalau zaman jahiliah dulu, ketika kebodohan di bidang akhlak dan jiwa Tauhid, atau ketika manusia ramai yang senang berbuat kemaksiatan dan kezaliman akan nampak dengan jelas dan terang di depan mata.
Namun jahiliah di zaman moden sekarang ini bahkan lebih dashyat lagi dibandingkan dengan dulu. Umpamanya ketika di zaman Firaun, jika dari kaum Bani Israel, ada yang  melahirkan anak lelaki mereka bunuh hidup-hidup. Kemudian di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. jika anak perempuan yang lahir juga akan dibunuh.
               Tapi sekarang ini, malah lebih zalim lagi dari zaman dahulu. Sebelum bayi lahir, belum tahu apakah lelaki ataupun  perempuan, malah ketika masih dalam kandungan lagi bayi tersebut ada yang sudah dibunuh, digugurkan lantaran takut malu atas perbuatan penzinaan yang dilakukan.   
               Kebudayan saat ini, mengajar kepada manusia bagaimana hendak hidup. Tetpi dia tidak mampu menerangkan kenapa manusia itu hidup, dan apakah hikmah dari kehadiran manusia hidup di dunia ini.. Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri. Mungkin dengan mencuri, berjudi, membuat kezaliman dan lain-lain lagi. Kalau dulu orang mencuri dengan cara sembunyi-sembunyi, tetapi sekarang kebanyakannya mencuri dengan terang-terang di depan mata. Mereka mencuri dengan cara riba, rasuah, menerima sogokan dan lain-lain. Mereka berjudi di depan khalayak ramai. Dengan tidak segan-segan menunjukkan kepada orang lain, dengan harapan agar orang lain dapat mengikut serta melakukan perjudian tersebut.
               Sekarang ini juga dapat kita melihat kezaliman dilakukan dengan terang-terang. Kadangkala pembunuh sendiri tak tahu mengapa dia membunuh. Lantaran perkara yang kecil
sanggup menghilangkan nyawa orang lain dengan cara penganiayaan dan sebagainya. Kezaliman pada zaman moden ini jauh lebih canggih pada zaman jahiliah dulu. Kalau dulu orang membunuh anak perempuan setelah mereka berumur enam tahun, namun sekarang peperangan tidak mengenal apakah anak kecil atau bayi semuanya dibunuh secara kejam.
                    Jahiliah di abad moden sekarang ini jauh lebih kejam dibandingkan jahiliah ketika sebelum Nabi Muhammad s.a.w.. Cuma saja kezaliman ketika ini direka bentuk dengan cara yang canggih, sehingga seakan-akan tidak nampak, akibat tertutup oleh tipu daya manusia itu sendiri. Kejadian-kejadian itu  sebagai suatu gambaran bahawa jiwa yang hidup di kurun ini, kebanyakannya jiwa yang kosong dari nilai-nilai keagamaan. Mereka jauh dari konsep ajaran yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
                    Kehidupan umat Islam banyak mengambil cara Barat yang lebih mementingkan kehidupan material, tanpa diisi dengan agama. Keghidupan yang serba bebas dari segi hubungan sosial dan pergaulan. Tanpa memperhitungkan nilai halal dan haram lagi.
                    Di dalam Islam segala aspek kehidupan telah diatur dengan lengkap kerana sesung guhnya Islam merupakan agama yang mengatur seluruh aspek dari kehidupan umat manusia. Tinggal sejauh mana umat Islam itu sendiri mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka.

                    Jika masa silam dan dari kehidupan yang kita lalui diwarnai dengan berbagai corak dosa dan noda, ada baiknya kita berhijrah dari alam yang penuh kesalahan dan dosa-dosa kepada alam kehidupan yang baru, yang lebih baik. Kehidupan yang dituntut sesuai dengan ajaran Islam, yang mendapat keberakatan dan keredhaan Allah s.w.t. sekaligus dapat meghirup kedamaian jiwa. Inilah sebenarnya konsep berubah demi mewujud pembangunan.