Thursday, February 16, 2017

IMAN DAN TAKWA MULIAKAN MANUSIA DI SISI ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 17. 02. 2017)
               Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud (terjemahan)
Hai Manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan jadikan kamu berbangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah  orang yang lebih bertakwa.. Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha amat mengetahui.”
Sesungguhnya manusia yang hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini Ibnu  Abas (r.a.) ada mengatakan: Bahawa kemuliaan di dunia ini ialah kekayaan, sedangkan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah).
Allah mencela manusia yang membanga-banggakan keturunannya, atau apa saja yang dengannya dia menganggap lebih mulia. Maka bagi Allah; orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah yang banyak kebakktiannya kepada Allah atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala apa yang diperintahkan-Nya, dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakni: Allah tahu akan apa yang dilahirkan oleh seseorang dan juga tahu tentang unsur-unsur keturunannya. Lagi mengerti tentang apa yang disembunyikan atau rahsia seseorang.
               Kemuliaan manusia ialah pancara dari keimanan dan ketakwaannya kepada Allah swt zat yang Maha Ghaib. Ketahuilah bahawa pancaindera dan akal atau fikiran yang ada pada kita manusia, hanya sanggup menjangkau beberapa pengetahuan yang sedikit dan rendah sekali. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Bani Israil (Al-Isra’) ayat 17:85 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tiadalah kamu diberi ilmu pengetahun hanyalah sedikit sahaja.”
               Pengetahuan manusia hanya dapat menjangkau alam benda yang terdiri dari benda padat, benda cair dan benda gas, yang terdiri dari molekul-molekul, atom-atom, atau elektron-elektron. Begitu juga bumi, planit, bintang dari alam serta isinya, kalau di bandingkan dengan alam seluruhnya yang luas sekali.
               Amat sedikitlah ilmu  pengetahuan manusia, bila manusia hanya mengetahui alam benda saja. Allah swt tambah ilmu pengetahuan yang sedikit itu dengan mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dengan menurunkan Kitab-kitab Suci yang berisi wahyu-wahyu. Allah swt kabarkan kepada kita dengan perantaraan wahyu-wahyu-Nya, bahawa di balik alam benda yang luas ini, terbentang alam yang lebih luas lagi. Alam yang lebih moden dan menakjubkan, yang tidak dapat kita tangkap dengan pancaindera selama kita masih di alam dunia ini.
               Di sebalik alam benda yang merupakan bintang-bintang, dan planet-planet dengan segala isinya ada lagi alam yang lebih luas, yang bukan terdiri daripada benda. Ia tidak dapat dicapai dengan pancaindera yang dinamakan Allah itu alam ghaib, sebagai imbangan dari alam nyata iaitu alam benda.
               Alam ghaib jauh lebih luas dan lebih hebat dari alam benda yang nyata itu. Di antara alam ghaib ialah roh yang ada dalam diri kita masing-masing. Roh itulah yang menyebabkan kita hidup berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila roh keluar dari tubuh kita , kita akan mati dan tak lama kemudian tubuh kita akan menjadi busuk dan hancur. Kerana roh itu menyebabkan kita hidup, maka roh itu  tidak mengalami mati, roh itu kekal dan abadi. Ia tetap hidup dan berperasaan, mempunyai pengertinan dan berkesedaran seperti sekarang selama kita hidup.
               Sebab itu memang ada hidup sesudah mati iaitu hidup roh-roh manusia tanpa tubuh. Inilah yang dinamai alam roh, atau alam barzah. Alam barzah ialah batas antara hidup dunia sekarang ini dengan hidup akhirat nanti.
               Hidup di dunia ini tidaklah hidup yang berterusan. Hidup di dunia ini adalah hidup yang dipengaruhi oleh matahari, bintang-bintang dan planet-planet. Kerana pengaruh-pengaruh itu seluruh keadaan dan kehidupan di dunia ini selalu mengalami perubaban-perubahan. Nanti akan terjadi perubahan begitu rupa, sehingga tidak mungkin akan ada lagi hidup di dunia ini. Semua yang hidup di dunia ini akan mati atau musnah seluruhnya. Bukan sahaja manusia tetapi semua yang besifat hidup akan mati. Kematian total inilah yang dinamakan kiamat iaitu berakhirnya segala  hidup di dunia ini.
               Sesudah terjadinya kiamat itu, smua roh-roh manusia diberi bertubuh kembali seperti kehidupan di dunia sekarang ini. Semua manusia yang pernah hidup di dunia ini sekali pun hanya satu detik lamanya, akan dihidupkan kembali. Dan inilah yang dinamai kehidupan akhirat, iaitu satu macam kehidupan yang kekal dan abadi selama-lamanya.
               Firman Allah, Al-Qur’an surah Al-‘Angkabuut ayat 29:64 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali, mainan dan permainana saja, sedang kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka (manusia) mengetahui atau menginsyafi.”
               Dalam ayat lain dengan tegas sekali Allah menyatakan, bahawa kesempatan hidup sebentar yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk sekadar  mengetahui apa yang dilakukan manusia dalam hidup yang sebenar. Firman Allah surah Yunus ayat 10:14 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu hidup bergiliran di permukaan bumi ini, sekadar untuk melihat apa yang kamu lakukan.”
               Bukan saja bergiliran hidup turunan demi turunan, tetapi bergilir pula menduduki dan memegang berbagai kekuasaan dan jawatan, agar Allah dapat melihat sendiri apa pula yang kamu lakukan dengan kekuasaan dan jabatan itu.
               Sedang kehidupan akhirat yang kekal dan abadi itu  gunanya ialah untuk memper- tanggung jawabkan semua amal perbuatan apa saja yang pernah kita lakukan semasa hidup di dunia ini. Bukan saja untuk mempertanggung jawabkan tetapi untuk merasakan akibat  dari setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan itu. Bila perbuatan itu baik akan dibalas dengan baik, dan bila tidak baik akan di balas dengan kejahatan pula.
               Jadi di dalam kehidupan akhirat itu ada syurga, tempat bahagia bagi orang yang berlaku baik, dan ada neraka, tempat sengsara bagi orang-orang yang bertindak jahat selama hidup di dunia.
               Itulah pokok-pokok kepercayaan yang harus dimiliki oleh setiap manusia yang  hidup di dunia ini. Itulah yang dinamakan Iman. Manusia yang memiliki iman beruntunglah dia. Manusia yang tak memiliki iman merugilah dia, iaitu satu kerugian yang jauh lebih hebat akibatnya dari kerugian dalam perdagangan di dunia ini. Kerugian yang mengakibatkan kesangsaraan besar yang akan dialami dalam kehidupan berjuta-juta abad lamanya di alam akhirat.
               Tidaklah rugi bila mati sebelum memiliki auto atau rumah, sebelum memiliki radio atau televisyen. Tetapi alangkan ruginya manusia mati sebelum memiliki iman. Mati tanpa iman bererti sengsara abadi yang tak terbatas jangka waktunya. Hindarkan diri dari keseng- saraan abadi itu.
               Semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap muslim yang beriman kepada Allah swt kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah Tuhan rabul jalil. Selain daripada itu semangat berlumba-lumba  juga merupakan satu jalan hidup yang mulia di sisi Allah s.w.t.
Mengerjakan amal ibadat secara istiqamah kepada Allah akan membersihkan jiwa kita
kelak menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa kepada dosa dan murka Allah s.w.t. Segala perintah Allah adalah kebaikan dan setiap larangan-Nya adalah maksiat yang perlu dihindari oleh semua manusia. Allah s.w.t. berfiman surah al-Baqarah ayat 2:148 yang berkasud: (terjemahan)
               “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
               Perintah Allah s.w.t. ini adalah untuk semua yang beriman kepada-Nya tidak kira di mana ia berada dan apakah bidang yang diceburi, maka hendaklah ia berlumba-lumba menger jakan kebaikan mengikut keadaan masing-masing. Hendaknya janganlah kita ketinggalan di dalam perlumbaan itu. Ingatlah bahawa di akhirat kelak, Allah akan menghimpunkan segala manusia di akhirat kelak. Allah akan menghimpunkan segala manusia sehingga dapat diketahui siapa sebenarnya orang yang berjaya dan siapa pula yang akan kecewa, kerana Dia Berkuasa di atas segala sesuatu.
Islam menganjurkan kepada ummatnya agar meletakkan sikap berlumba-lumba di dalam kebajikan sebagai kiblat atau tujuan utama kerana dengan sikap demikian segala kejahatan akan terhindar dengan sendirinya. Di samping itu akan lahir berbagai-bagai kebaikan yang akan membina keselamatan dan kesejahteraan manuju ke arah perpaduan umat yang sejati yang akhirnya akan membentuk sebuah tamadun manusia yang maju dan berjaya.
Allah s.w.t. berfirman surah Al-Hajj ayat 22::77 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan berbuat baiklah kamu mudah-mudahan kamu akan memperolehi kejayaan.”
Dalam ayat yang lain yang juga diterangkan bahawa Allah s.w.t. menggalakkan manusia melakukan perkara-pekara yang baik seperti yang terkandung dalam surah Al-Anbia’ ayat 21:73 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan kami wahyukan kepada mereka supaya mengerjakan kebaikan-kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan benar-benar beribadat kepada Kami.”
Begitu juga dengan apa yang terdapat di dalam ayat yang ke 90 dari surah yang sama, mafhumnya:
“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan selalu berdoa kepada  kamu dalam keadaan suka mahupun duka. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada kami.”
               Perbuat baik yang diperintahkan ini mencakupi semua aspek kebaikan seperti taat kepada Allah, Ikhlas beramal semata-mata kepadanya, bermuamalah dengan baik bersama manusia dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama dan akal yang sihat.
               Allah s.w.t. melalui ajaran Islam mengarahkan manusia agar berlumba-lumba untuk menuntut  ilmu  untuk menambahkan pengetahuan, kerana tanpa ilmu pengetahuan yang jelas manusia  tidak akan berjaya dunia dan akhirat.
               Pengetahuan merupakan jambatan utama untuk mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara buruk. Melalui pengetahuan kita memahami suruhan dan larangan Allah sama ada kita patut mengerjakannya atau meninggalkannya. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka akan dilapangkan dadanya dan dikurniakan kefahaman tentang agama.
               Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:269 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah mengurniakan hikmah (ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barang siapa yang dikurniakan hikmah, sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak. Dan tiada ada yang menyedari hakikat ini melainkan mereka yang mempunyai hati (akal)
               Kata Ibnu Abbas, yang dimaksudkan hikmat di sini ialah ilmu yang ada di dalam Al-Qur’an  yang menjadi pengganti dan diganti yang jelas dan yang samar yang terdahulu dan yang terkemudian, yang halal dan yang haram.
               Inilah hikmat atau ilmu yang bermanfaat yang  diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, yang kemudiannya dapat pula diamalkan. Barang siapa mendapat ilmu yang berguna itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak. Kebajikan itulah yang akan mendatangan kebahagian yang kekal abadi.
               Orang yang dapat mempertimbangkan dengan akalnya akan hukum-hukum Allah yang berupa suruhan dan yang berupa tegahan, itulah yang akan mendapat peringatan, keinsafan dan kesedaran.
               Rasulullah s.a.w. juga memberi galakan agar menuntut ilmu sebagaimana sabdanya, bermaksud:
               “Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.”
Sabdanya lagi, maksudnya:
               “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk menjadi baik akan dikuniakan kefahaman (ilmu) mengenai agama dan diilhamkan kepada kebenaran.
               Melalui pengetahuan, manusia berjaya untuk meletakkan dirinya sebagai seorang yang bertakwa kepada Allah s.w.t. jika ia beramal dengan apa yang diketahuinya. Firman Allah s.w.t. surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya mereka yang paling takut kepada Allah adalah dari kalangan mereka yang berilmu (ulama’).”
               Di antara amalan baik yang diperintahkan oleh Allah dan rasulnya ialah memberi penerangan kepada manusia ke arah mengerjakna perkara-pekara makruf iaitu semua bentuk perintah yang datang dari Allah s.w.t. sama ada berbentuk sunnat atau wajib. Tuhan mengajak manusia ke arah perintah-perintah tersebut adalah amat baik dan perlu dilakukan oleh semua mengikut tahap masing-masing. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
               Barangsiapa mengerjakan sesuatu sunnah yang baik baginya pahala amalan tersebut dan pahala amalan mereka yang turut mengerjakan sunnah tersebut sehingga hari Qiamat.” *

*Ibnu Idris Al-Qari: “The Secret of Sufi” Rahsia alam sufi. JASMI ENTERPRISE. 2006

No comments:

Post a Comment