Thursday, February 23, 2017

IMAN DAN TAKWA KESEMPURNAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT

 (Disiarkan pada 24. 2. 2017)
               Beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. mempunyai satu ciri kehidupan manusia yang sentiasa berpegang teguh kepada falsafah bahawa tiada wujudnya sesuatu makhluk di alam dunia mahu pun di alam akhirat tanpa kekuasaan Allah sebagai Zat yang Maha pencipta serta maha penyayang dan Maha pengasih itu.
Manusia diamanatkan sebagai khalifah Allah mempunyai tanggungjawab yang berat serta mulia untuk memakmurkan alam kehidupan dengan kefahaman bahawa iman yang ada padanya membentuk akhlaknya yang sempurna kerana Allah. Kekuasaan Allah dalam mewujukan kenikmatan hidup di dunia tidak ada tolak bandingnya. Kehidupan dunia dipenga ruhi oleh adanya matahari, bulan dan bintang serta planet lainnya.
Manusia serta makhluk-makhluk lainnya yang bersifat hidup merasa selesa  hidup di dunia atas kehadiran segala isi bumi yang diselimuti oleh gas seperti udara yang bersih dengan gas oksijen untuk penafasan, karbon dioxida untuk kegunaan tumbuhan dalam memprose makanannya. Satu keadaan yang amat selesa ialah dengan adanya tarikan bumi atau gravitional force maka segala makhluk terutama sekali manusia dapat mengimbangi badannya kelak dapat berjalan dan melaksanakan ibadat denang sempurna.
Dengan kehadiran semua makhluk tersebut kita diamanatkan untuk memimpin dan memakmurkan alam kehidupan itu dengan sesempurnanya yang wajar. Perlaksanaan  ibadat dengan iringan perasaan kasih sayang kerana Allah akan Allah hadiahkan kita kesempurnaan hidup di syurga.
Kehidupan di dunia semestinya bersifat sempurna jika khidmat sebagai khalifah Allah disifatkan sebagai amanat. Untuk kehidupan di akhirat juga berpadu kepada bagaimana kehidupan di dunia yang telah kita laksanakan sebagai pemain. Untuk mendapatkan kehidu pan yang sempurna di akhirat wajar berbekalkan dengan segala dana pahala dari Allah  semasa menangani pembangunan kehidupan di dunia. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Taubah ayat 9:71 yang bermaksud:(terjemahan )
“Dan orang-orang mukmin lelaki atau perempuan, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh memperbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasul-Nya. Itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perlasa lagi Bijaksana.” 
               Begitulah gambaran sifat  dan sikap Mukmin yang disukai Allah. Kepada mereka Allah menjanjikan rahmat yang akan dikurniakan di dunia dan akhirat sepanjang masa. Hidup di dunia sebenar adalah berupa jihad kerana segala keseronokan dan kemewahan yang ada di dunia tidak sewenangnya dapat diperolehi tetapi kita mesti berusaha dan berkorban mengeluar kan peluh dan tenaga demi mengharapkan kurniaan Allah s.w.t..
               Amanat ialah segala hak yang dipertanggung jawabkan kepada kita, yakni amanat harus kita pelihara, kita laksanakan serta kita layani, baik berupa harta, kehormatan, mahupun sesuatu hak yang lain. Bahkan amanat melengkapi undang-undang yang Tuhan telah pertaruh kan dalam tangan kita dengan maksud supaya kita menjaganya dan menyampaikannya kepada manusia umumnya.
Amanat dalam pandangan Islam cukup luas pengertiannya, melambangkan erti yang bermacam-macam. Tetapi semuanya bergantung kepada perasaan manusia yang dipercayakan amanat kepadanya. Maka itu Islam mengajarkan kepada para mukminin dan mukminat agar memiliki hati kecil yang mampu melihat, mampu menjaga dan memelihara hak-hak Allah dan amal manusia dari yang berlebihan. Maka Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat agar berlaku jujur dan dapat dipercaya. Mengerti kewajibannya dengan jelas dan bertanggung jawab kepada Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (terjemahan)
“Kamu sekalian pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggung jawabnya tentang apa yang kamu pimpinnya, imam (pejabat apa saja) adalah pemimpin dan dia akan diminta pertanggungan jawabnya tentang apa yang dipimpinnya, orang laki-laki (suami) adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya, dan ia akan ditanya tentang apa yang ia pimpinnya. Orang perempuan (isteri) juga pemimpin, dalam mengedalikan rumah tangga suaminya, dan pembantu rumah tangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya, dan dia jua akan ditanya tentang apa yang pimpinnya. (H.R. Bukhari)
Dengan demikian terpenuhlah tanggugjawab, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw. yang bermaksud: “Laki-laki adalah penanggung jawab harta benda ayahnya, dan ia akan diminta pertangung jawabnya.” (Muttafaq ‘alih.)
Dari hadis ini lebih nyata lagi bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggung jawab, tiap orang tak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat. Kita semua adalah penanggung jawab yang kelak di hari akhirat akan ditanyai oleh Allah apakah tang- gungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana mestinya atau tidak. Jika tugas yang diberikan Tuhan itu dapat kita laksanakan sebagaimana mestinya, maka tergolonglah kita sebagai hamba-Nya yang terpuji, sebaliknya jika tugas kita tidak dapat dilaksanakan sebagaimana mestinya, maka akan celakalah kita di dunia maupun di akhirat.
Lalu timbullah pertanyaan amanat apakah yang dibebankan kepada seorang pemimpin rumah tangga? Jawapan yang cukup jelas ialah bahawa amanat yang diberikan Allah kepada
nya ialah isteri, anak keturunan dan hartanya.
               Isteri adalah amanat yang harus kita pelihara, yakni dengan membimbingnya menjadi seorang isteri yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, juga taat kepada suami serta ikut bertanggungjawab terhadap kewajiban-kewajiban rumah tangga. Tegasnya kita harus dapat menjadikan isteri sebagai lambang kebaikan dan kehormatan rumah tangga.
               Anak keturunan juga merupakan amanat Allah yang harus  kita perhatikan, baik keperluan jasmani maupun rohaninya; keperluan jasmani iaitu keperluan hidup sehari-hari dari makanan, pakaian dan lain-lainnya, keperluan rohani ialah agama dan pendidikan.
               Keperluan jasmani merupakan usaha mempertahankan hidup hubungan dengan sesamanya, sedangkan keperluan rohani adalah usaha membentuk manusia-manusia berperibadi, luhur budi pekerti, berguna bagi masa dan bangsa. Di sinilah nampak kepentingan manusia terhadap Agama dan pendidikan.
               Sungguh besar peranan akhlak dalam menentukan kejayaan suatu bangsa. Hal in pernah digambarkan oleh seorang Pejuang Islam yang kenamaan Syauki Bey yang mengata kan: “Sesungguhnya bangsa itu tergantung moralnya; bila rusak moral maka rosaklah bangsa itu.”
               Jelaslah bahawa kehidupan anak-cucu kita sebagai generasi penerus sejerah sangat memerlukan pembinaan budi pekerti,
               Kisah Saidina Umar r.a.
               Abdullah Ibnu Dinar menerangkan: “Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar r.a. di dekat Kota Mekah, Waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengiring kambing. Kemudian Sayidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu: “Juallah kambing itu kepadaku.” Budak itu menjawab: “Kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan majikan.” Kemudian Sayidina Umar sekali lagi mencoba  menawarkannya. “Bukankah engkau dapat berkata kepada majikanmu, bahawa satu di antaranya dimakan serigala, dan pasti majikan tidak akan mengetahuinya.” “Tidak, saya tidak mau.” Kata budak itu dan bahawa Allah berbuat menurut kehendak-Nya. Kemudian setelah mendengar itu menangislah Sayidina Umar r.a. dan berkata kepada pengiring itu agar supaya memanggil majikan si budak itu, kemudian dibelinya budak itu dan dibebaskan oleh beliau, berkatalah beliau: “Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau pun akan lapang di hari akhirat.”
               Kita sebagai manusia yang dinyatakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, banyak sekali mengemban amanat Allah dalam hubungannya dengan apa yang disebut hablun minallah dan hablun minannaas.” Firman Allah dalam Al-Qur’an surah An-Nisaa ayat 4:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.”
               Dalam ayat ini bahawa memelihara dan memenuhi serta melaksanakan amanat Allah adalah suatu kewajiban.
               Kebanyakan orang awam suka menyempitkan pengertian amanat hanya kepada urusan menjaga titipan saja, pada hal sebenarnya pengertian amanat di dalam Islam cukup luas dan berat pertanggungan jawabnya. Kerana amanat merupakan kewajiban kaum muslim agar suka saling berpesan dalam soal saling berpesan dalam soal pemeliharaannya dan mereka meminta pertolongan Allah untuk boleh memeliharanya, sehingga apabila salah seorang di antara mereka bersiap-siap hendak berperigian, maka oleh saudaranya suka dikatakan: “Saya titipkan agamamu, amanatmu dan penutup amalmu kepada Allah.”
               Iman dan  takwa diibaratkan sebagai garam dan gulainya. Garam sendiri tidak banyak kemanfaatan kepada kehidupan. Begitu juga gulai sendirian tidak menjadi makanan yang menyelerahkan. Tetapi apabila garam dan gulai itu disatukan dengan mengikut nisba yang sesuai maka kita mendapat satu lauk yang amat menyelerakan serta mengundang nafsu demi mengekalkan kesihatan badan untuk menimbulkan semangat melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t.
               Begitu juga halnya iman dan takwa. Orang yang beriman semestinya ia amat takut kepada Allah. maka itu ibadatnya kepada Allah sentiasa menjadi agenda utama dalam pembangunan kehidupan. Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan ialah orang yang paling bertakwa.”   
Bertakwa bererti pecaya sepenuhnya, beribadat sepnuhnya, cinta, harap dan takut bulat kepada Tuhn semata-mata. Dia tidak takut kepada apa-apa pun dan tidak mengharapkan kepada sesiapa pun kecuali hanya  kerana Allah s.w.t semata-mata.
Bertakwa kepada Allah mempunyai tiga ciri-ciri yang membentuk manusia untuk merendah diri sebagai hamba Allah.
               Perasaan tawadhuk adalah  sesuatu yang membentuk manusia untuk merendahkan diri sebagai hamba Allah. Tidak ada ciptaan Allah di bumi ini yang berhak untuk merasa sombong melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
Manusia dalam  mendisiplinkan diri mengerjakan ibadah sembahyang. Dalam sembah yang, bahagian badan kita yang amat bermutu dan berguna kepada diri manusia ialah bahagian kepala. Tetapi apabila kita sujud kepada Allah kepala kita diletakkan sama rendah dengan telapak kaki dengan mengucap “Allahuakbar” menunjukkan bahawa manusia sujud merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t..
Dalam mengolah aktiviti kehidupan, umat Islam wajib memimpin dirinya supaya sentiasa menjaga diri jangan sampai hilang pedoman dan membelakangi kekuasaan Tuhan. Harus kita sentiasa berfikiran waras bahawa tiada kewujudan sesuatu dalam kehidupan tanpa kekuasaan Allah s.w.t.
Ciri kedua dalam ketakwaan kepada Allah ialah merasakan cukup dengan apa yang ada. Kanaah memberi satu kefahaman bahawa umat Islam tidak  tamak dan haloba. Apa yang ada seharusnya bersyukur terhadap pemberian Allah. Walaubagaimana pun Islam juga menggalakkan mencari harta seberapa banyak yang boleh  dengan syarat ia mesti membayar
zakat harta.
Setiap tahap pencapaiannya dalam hidup, umat Islam harus mengucapkan syukur ke atas kejayaannya kerana segala-galanya itu merupakan pemberian dari Allah s.w.t. Manusia
bertawakal dan berikhtiar, tetapi haruslah dijadikan kejayaan itu sebagai pemangkin untuk membantu orang lain berbuat demikian sebagai satu perubahan pada dirinya sendiri. Segala kemampuan manusia untuk memperbaiki taraf kehidupannya bukan manusia yang menentukan. Maka itu tidaklah wajar bagi  seseorang itu mengatakan bahawa apa yang ada pada dirinya adalah hak mutlaknya dan tidak mensyukuri pemberian Tuhan yang Maha Esa lagi  Maha Pnayayang.
               Tidak lengkap dan kukuh ketakwaan seseorang itu jika ia tidak menjauhi diri dari pekerjaan yang subahat yang membawa manusia ke lembah hina. Amalan-amalan hidup yang sentiasa memelihara kesucian Islam itu akan membawa manusia bertemankan iman. Iman merupakan benteng segala kekufuran dan kebatilan. Iman itu adalah jaminan Allah untuk memasuki Syurga-Nya.

                    Orang yang beriman melihat segala amalannya itu dengan mata hatinya dan berkeyakinan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan. Iman dan amal merupakan landasan hidup yang membawa kemurnian dunia dan akhirat. Kehidupan seseorang yang mempunyai iman tertanam dalam dadanya, tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan. Kekuatan iman menjamin kehidupan manusia itu lebih sempurna dan terbela. Kenikmatan mempunyai keimanan kepada Allah s.w.t. akan mendorong kita lebih bertawakal dan mensyukuri segala apa yang ada pada diri kita.

No comments:

Post a Comment