Wednesday, March 1, 2017

ILMU MENZAHIRKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

 (Disiarkan pad 3. 3. 2017)
               Kebahagian itu satu bentuk kehidupan yang setiap insan menginginkannya. Walau bagaimana pun untuk mendapatkan kebahagian hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat semestinya dengan ilmu. Allah wujudkan manusia dengan membekalkan segala ilmu terutama sekali ilmu akidah. Pada diri setip insan Allah bekalkan  dengan berbagai fitrah sebagai kekuatan manusia untuk menangani pembangunan kehidupan.
               Manusia dibekalkan dengan akal dan fikiran; bersamanya ialah nafsu untuk naluri membangun. Hidupnya seorang insan wajar ada wawasannya demi memartabatkan agenda pembangunan tamadun. Walaubagaimana pun seorang insan menjadi pewaris tamadun semestinya dengan ilmu. Ilmu merupakan zat memanusiakan manusia agar dia dapat memertabatkan pembangunan sesuai dengan keredhaan Allah S.W.T.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. menerima ilmu wahyu dari Allah S.W.T.  melalui Malaikat Jibril untuk memanusiakan masyarakat Jahiliah, Quraisy yang telah tergelincir dari landasan hidup manusia yang bertamadun. Perjuangan Baginda Rasul untuk memartabatkan masyarakat Quraisy ialah mendidik dan memakmurkan pembangunan tamadun manusia.
               Nabi Muhammad S.A.W. meningkatkan kudrat kewanitaan yang telah diselewingkan oleh umatnya, Quraisy bahawa wanita dikategorikan sebagai masyrakat yang tidak membawa pembangunan kepada kehidupan dan dipercayai sebagai pembawa keruntuhan kepada pembangunan tamadun manusia.
               Di ambang kewafatan Baginda pun sempat meninggalakan tiga perkara untuk umat manusia memeliharanya dalam perjuangan pembangunan kehidupan sebagai manusia yang bertamadun. Baginda bersabda: “Asolat-asolat, Itakunisa-itakunisa, umati-umati.” Yang bermaksud solat peliharalah sembahyang; wanita peliharalah kaum wanita; umatku cintailah  umat manusia.
               Amanat sebagai khalifah Allah, baginda Rasul S.A.W. memberi tiga keutamaan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah iaitu mendirikan solat, menghormati wanita dan melahirkan kasih sayang antara sesama manusia. Dilihat dari ketiga-tiga ibadat ini kesemuanya  merupakan nadi pembangunan umat manusia sejagat.
               Dalam semua perlaksanaan amal ibadat keutamaan wajar diberi kepada perlaksanaan solat terutama sekali solat lima waktu dalam sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Magrib, dan Isak. Perlaksanaan kelima-lima solat adalah wajib pada setiap mukmin. Sebenarnya solat yang diperintahkan Allah untuk umat manusia mukmin pada mulanya ialah sebanyak 50  kali.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. semasa  Isra’ Miraj, iaitu perjumpan Baginda dengan Allah di Sidrantul Muntaha untuk menerima perintah solat, pada asalnya ialah 50 kali sehari se malam tetapi dikurangkan kepada 5 kali sehari semalam tetapi nilainya adalah serupa dengan 50 kali solat. Pengurangannya  adalah atas cadangan Nabi Adam a.s. kerana umat Baginda difikirkan sukar melaksanakannya.
               Solat itu merupakan satu amanat Allah untuk dipertanggungjawabkan kepada manusia untuk menyembah Allah dan menunjukkan kecintaannya kepada Zat yang Maha pengasih dan Maha Penyayang itu. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Az-Zariyat ayat 51:56 yang bermaksud; (terjemahan)
               “Tidaklah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku........Manusia diwujudkan oleh Allah S.W.T. dengan satu tujuan iaitu beribadat kepada-Nya.”
               Mereka kurang memahami tanggungjawab seorang mukmin maka amanat kekhlifahan di dunia ini tidak dijadikan agenda hidup. Tanggugjawab memanusiakan agama dianggap sebagai pinggiran dan agama itu tidak digunakan sebagai cara hidup. Agama itu tidak lebih
daripada hiasan dan jenama diri manusia semata. Apabila mendengar azan memanggil untuk mendirikan solat kerana Allah, dikumandangkan di angkasa hatinya tidak berdebar dan tergerak untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah.
               Kesedaran manusia tentang kewujudannya sebagai  makhluk dengan segala hidayah serta fitrah yang dibekalkan oleh Allah S.W.T. kepadanya masih belum timbul kerana dibuai oleh berbagai aktiviti dunia yang pada pandangannya lebih bermanfaat daripada membuang masa untuk mendirikan solat kerana Allah.
               Manusia harus sedar bahawa Allah berikan kita hidup 24 jam sehari semalam. Segala nikmat  dalam hidup Allah bekalkan tanpa henti. Tetapi mengapakan manusia mengabaikan tanggungjawab mendirikan solat.
               Perlaksanaan solat setiap Fardhu, kita ambillah yang paling minimal memakan masa lima minit saja. Dalam lima waktu fardhu sembahyang hanya kita memerlukan masa hanya 25 minit saja dalam sehari suntuk. Tetapi Allah beri kita hidup dengan segala nikmat fasiliti kehidupan selama 24 jam sehari suntuk, maka patutkah tanggungjawab mendirikan solat itu diabikan?  
               Fahamilah bahawa nikmat Allah yang amat berharga kepada manusia ialah nikmat diberi hidup. Manusia hidup di dunia dengan segala nikmat-nikmat yang lain. Antara nikmat-nikmat yang membolehkan manusia menelusuri hidup dengan mudah dan sempurna ialah mempunyai deria. Lima deria yang Allah bekalkan kepada manusia yang membolehkannya mewujudkan pembangunan ialah melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sentuhan.
               Dengan penglihatan  manusia dapat menyelenggara segala aktiviti kehidupan. Dapat memahami segala bentuk pembangunan sama ada yang baik atau buruk, bermanfaat kepada kehidupan atau tidak; dapat mengenali berbagai bentuk benda seperti persegi atau bulat; panjang atau lebar nipis atau tebal dan sebagainya. Dengan mata kita dapat melihat berbagai jenis warna yang ada dalam kehidupan. Dengan warna dapat memahami sesuatu fenomena kehidupan sama ada cerah, pudar, gerlap, merah,, putih dan sebagainya.
               Deria pendengaran juga antara yang terpenting dalam kehidupan manusia. Bayi yang baru lahir  amat memerlukan deria pendengaran kerana tanpa deria tersebut anak itu akan hidup menjadi bisu. Ia tidak mendengar kata-kata atau bahasa yang diucapkan oleh ibunya maka tidak dapat melatih diri untuk bercakap.
               Kita berkemunikasi dengan menggunakan telinga untuk mendengar kod bahasa yang diucapkan daripada orang tertentu. Maka timbullah persefahaman antara satu dengan orang lain. Melalu pendengaran kia bole memahami logat bahasa orang lain sama ada ia marah atau sebaliknya.
               Deria merasa juga antara yang terpenting dalam kehidupan manusia. Dengan deria merasa kita boleh menangani berbagai rasa makanan sama ada manis, pahit, masam, kelat dan sebagainya. Deria rasa amat berguna dalam urusan pemakanan. Melalui deria ini kita mema- hami bahawa tumbuh-tumbuhan juga boleh memproses makanannya dan dapat mengelurkan rasa manis seperti gula dalam buahnya terutama sekali apabila buahnya masak.
               Deria rasa dapat kita gunakan dalam keadaan nyata iaitu yang bersentuhan dengan jasad kita seperti lidah. Tetapi deria rasa juga hadir kepada perasaan hati yang walaupun ia dalam keadaan ghaib tetapi hati yang merasakannya seperti rasa cinta kepada seorang wanita yang cantik dan molek. Inilah deria yang menzahirkan kesempurna hidup manusia sebagai khalifah Allah S.W.T.
               Rasa enaknya dalam hati dibuai dengan kegembiraan yang lahir dari keadaan hidup yang sentiasa ditemani oleh orang lain. Adanya perasaan ukhuwah dan kasih sayang dalam bermasyarakat akan melahirkan tamadun, kelak mendekatkan kita kepada kecintaan Allah S.W.T.
               Deria menghidu juga tidak kurang pentingnya kepada kehidupan. Dengan adanya fitrah tersebut kita boleh mengesan kehadiran sesuatu benda yang kurang sihat seperti busuk dan sebagainya. Fitrah ini Allah bekalkan kepada manusia agar dapat membersikan kawasan tempat tinggal supaya sebarang pencemaran udara tidak berlaku
               Makhluk haiwan seperti anjing mempunyai kekuatan deria  menghidu sehingga dapat mengenali mangsanya seperti binatang buas terutama sekali di hutan belantara. Di negara-negara di dunia menggunakan makhluk anjing untuk mengesan benda-benda haram yang dilarang oleh kerajaan seperti dadah iaitu ubat-ubatan yang merosakakn atau membinasakan orang yang menggunkannya.
               Deria yang kelima ialah sentuhan. Fitrah ini amat berguna kepada semua makhluk yang hidup. Dengan deria sentuhan dapat kita mengelakkan sebarang benda yang akan mengakibatkan kecederaan pada badan kita. Benda-benda yang panas adalah antara fenomena yang akan mengakibatkan kecederaan jika kita tidak mengelakkan apabila tersentuh badan kita.
               Dengan berbagai nikmat hidup termasuklah lima deria dalam badan manusia, maka wajib kita bersyukur kepada Allah S.W.T..? Setiap detik masa  segala fitrah dalam hidup kita sentiasa berfungsi membantu manusia untuk kelangsungan hidup. Jantung yang sentiasa bergerak mengepum darah ke seluruh badan untuk membawa oxigen dan juga mengeluarkan  makanan yang tidak berguna lagi. Begitu juga bahagian usus sentiasa bergerak menghadam kan makanan agar ia menjadi  zat makanan untuk membangun.
               Mengikut pandangan Dr. Aliffudin yang berniaga sebuah kelinik kesihatan di Keningau, beliau mengatakan bahawa satu mulikul darah dalam badang manusia itu hanya menjadi aktif menjalankan aktivitinya selama 15 hari sahaja dan selepas itu menjadi tidak aktif dan mesti ditukar ganti dengan darah yang baru. Siapa yang menukargantikannya? Yang bertanggugjawab tentang proses menukar darah dalam badan manusia ialah yang mencipta kan manusia.
               Alangkah  rumitnya ibadah ini, ilmu Sains dan Teknologi pun belum sampai ke peringkat bagaimana  berlakunya dalam sistem badan manusia. Ilmunya Allah amat luar biasa sekali. Tuhan Maha mengetahui apa yang akan berlaku. Antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu amat jauh perbezaannya. Allah suka orang berilmu kerana mereka mengenali apa yang wajib diamanahkan dan apa ang dilarang Allah.
               Allah S.W.T. menjadikan manusia sebagai makhluk yang teristimewa dan mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah  surah Al-Isra’ ayat 17:70 yang bermak- sud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memulikan anak-anak Adam. Dan Kami angkat mereka di daratan dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki daripada jenis yang baik-baik, serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang telah  Kami ciptakan sebanyak-banyak  kelebian.”
               Manusia itu dimulia dengan sebab dibekalkan: Akal, dipandaikan bertutur kata, tahu memilih di antara yang baik dengan yang buruk, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikur- niakan dengan kefahaman.
                Atau kemuliaan itu dengan mempunyai urat wajahnya yang cantik dan bentuk badannya molek. Atau kerana dapat menguasai apa yang ada di bumi dan menggunakannya untuk masalahat hidup manusia itu sendiri atau dengan memberikan kepandaian untuk mentadbirkan urusan mereka dengan baik.
               Allah kurniakan kepada mereka bermacam-macam kenderaan yang boleh mengangkut mereka di darat dan di laut dan di udara seperti: Unta, kuda, keldai dan lain-lain daripada jenis binatang. Juga daripada berjenis-jenis kendraan yang berjentra seperti kereta, kapal laut dnn kapal terbang.
               Makanan dan minuman yang sedap lagi lazat sama ada daripada tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan. Di antara yang baik lagi sedap rasanya, ialah yang sudah dimasak dan dirempahi pula, atau yang masak di pokoknya boleh dimakan begitu sahaja.
               Manusia itu Allah jadikan melebihi daripada makhluk yang lain tentang kemuliaannya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka menyembah Allah – jangan menyekutukan-Nya dengan menyembah yang lain.
               Penganugerahan akal kepada manusia adalah suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa akal manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah S.W.T. dan manusia sama dengan binatang.
               Dengan ilmu dan akal manusia dapat berfikir dan bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah S.W.T. Akal juga merupakan rasul dalam diri setiap individu mukmin. Manusia dapat menilai sesuatu itu dan menggunakannya untuk manfaat umum.
               Orang yang berilmu dan mengunakan ilmu untuk kepentingan pembangunan manusia adalah orang yang dikategorikan sebagai orang yang hidup. Cintanya kepada ilmu mem- bentuk dirinya sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk membuat perubahan kepada masyarakat agar lebih peka untuk memahami peranannya sebagai  khalifah Allah.

               Kita hidup harus berpegang kepada satu ideologi bahawa dengan kehadiran ilmu dalam diri seorang insan memberikan satu tanggungjawab untuk membudayakan pemikiran yang proaktif. Dengan amalan demikian kehadiran ilmu dalam diri insan dapat dimanfaatkan untuk pembangunan manusia.

No comments:

Post a Comment