Friday, April 14, 2017

IBADAH SYUKUR WAJAR DALAM PEMBANGUNAN INSAN

 (Disiarkan pada 14. 4. 2017)
               Kewujudan manusia di alam kehidupan merupakan kehendak Allah s.w.t.. Makhluk manusia merupakan penghulu kepada segala kehidupan yang Allah ciptakan di alam maya ini. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah aya 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “(Ingatlah) ketika  Tuhannu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi(Adam). Maka jawab  mereka: Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengatahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
               Tuhan memberi ingat kepada Rasul-Nya, iaitu Muhammad tentang cerita bagaimana asal mulanya bapa kita (Adam a.s. itu dijadikan oleh Allah). Ia itu apabila Allah hendak menjadikan jenis manusia, terlebih dahulu Allah  memberitahukan malaikat-Nya: Bahawa Dia (Allah) akan melantik seorang khalifah yang akan duduk di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya iaitu Nabi Adam a.s.
Tetapi malaikat itu membuat bantahan dengan mengatakan: “Adakah patut Tuhan akan menjadikan orang yang akan menduduki bumi itu bangsa pembinasa dan menumpahkan darah, seperti yang pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya tinggal di bumi dan membuat keganasan dan derhaka?”  Pada hal kami, kata mereka, “makhluk yang taat dan setia mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka kamilah layak tinggal di bumi.” Demikianlah kata mereka.
Allah menjawab: Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Allah tahu hikmat dan tujuan menjadikan manusia, kerana ada yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing kelak akan diberi balasannya.  
Kisah Adam mengikut ayat-ayat di atas adalah ringkas. Setelah Adam dijadikan Tuhan, lalu diajarkan-Nya berkata-kata dengan menggunakan beberapa bahasa. Dengan bahasa itu diajar-Nya segala nama benda, sehingga hatinya berisi pengetahuan.
Sampailah masanya Tuhan menempalak malaikat, yang dahulunya memperkecilkan Adam dengan anggapan merekalah yang lebih mulia, lebih layak berjawatan khalifah. Tuhan mendatangkan segala macam barang-barang di hadapan malaikat untuk menanyakan nama tiap-tiap barang tadi. Mereka sudah tentu tidak tahu apa nama barang itu, kerana Tuhan tiada mengajarkannya. Bila datang pula giliran Adam ditanya apa nama barang-barang itu, dengan mudah ia menyebutkannya satu persatu. Maka Tuhan pun berfirman maksudnya:
“Bukankah sudah Ku-katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui yang ghaib-ghaib – baik di langit  mahupun di bumi – serta Aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata kan dan yang kamu sembunyikan, (oleh itu turutilah perintah-Ku iaitu) tunduklah kamu semua kepada Adam.”
Malaikat itu pun semuanya tunduk kepada Adam, mengakui akan kelebihannya, bahawa Adam lebih mulia dari mereka kerana ternyata Adam lebih ilmunya. Kecuali iblis sahaja tiada mahu tunduk kepada Adam, pantang ia kerendahan, enggan menerima kekalahan, teguh rasa bongkaknya, tumbuh perasaan melawan Tuhan. Oleh Tuhan iblis itu dihalau sehingga terjauh ia dari rahmat-Nya, dan jadilah ia orang yang  kafir.
Iblis tidak merasa syukur kepada Allah kerana diberi segala nikmat dan rahmat hidup maka dengan rahmat dan nikmat itu ia menjadi bongkak dan sombong pula dan bukan merasa syukur kepada Allah s.w.t. Makhluk yang tidak bersyukur terhadap rahmat dan nikmat Tuhan berikan, Allah akan mengambil balik segala pemberiannya.
Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai makhluk yang teristimewa dan mulia berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah surah Al-Isra’ ayat 17:70 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan mereka di daratan dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada barang-barang yang baik- baik serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan sebenar-benar kelebihan.”
Ayat ini menyatakan keutamaan manusia di mana ayat pertama dan kedua menerang kan bahawa manusia menjadi khalifah Allah s.w.t. di bumi ini sementara ayat ketiga menyata kan bahawa manusia diberi kelebihan dan kemuliaan, jadi diberikan tiga kurniaan yang paling besar dan tidak pernah diberikan kepada makhluk-makhluk lain. Manusia itu dimuliakan dengan sebab mereka dibekalkan: Akal, dipandaikan bertutur kata, tahu memilih di antara yang baik dengan yang buruk, tahu menulis dan melukis, seterusnya dikurniakan kefahaman.
Kami kurniakan kepada mereka bermacam-macam  keinderaan yang boleh mengangkut mereka di darat, di laut dan di udara seperti Unta, kuda keldai dan lain-lain daripada jenis binatang. Juga daripada berjenis-jenis keinderaan yang berjentera: seperti kereta, kapal laut dan kapal terbang.
“Dan kami beri mereka rezeki daripada jenis yang baik-baik.”
Makanan dan minuman yang sedap lagi lazat sama ada daripada tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan. Di antara yang baik lagi sedap rasanya, ialah yang sudah  dimasak dan dirempahi pula, atau yang masak di pokoknya boleh dimakan begitu sahaja.
“Serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan berbanyak-banyak kelebihan.”
Manusia itu Kami jadikan melebihi daripada makhluk yang lain tentang kemuliaan nya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka menyembah Adam – jangan menyekutukan-Nya dengan menyembah yang lain.
Di permulaan ayat ini Allah menyebutkan tentang kemuliaan dan di akhir ayat tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Maksud kemuliaan di sini, iaitu Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertuturkata pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya.
Dan maksud kelebihan pula iaitu Allah menjadikan manusia berkelebihan kerana dengan akal dan kefahamannya dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulia.
Allah melebihi manusia itu  daripada lain-lain makhluk, adalah terbatas kepada yang bukan malaikat. Setengah ulama pula mengatakan: Bahawasanya anak-anak Adam (manusia) yang kenamaan seperti para nabi, mereka lebih mulia daripada para malaikat yang kenamaan seperti: Jibril Mikail, Israfil, ‘Izarail dan seumpama  mereka. Dan golongan malaikat yang kebanyakan lebih mulia daripada golongan manusia yang kebanyakan (awam). Kelebihan ini hanyalah dikira daripada kalangan orang-orang Mukmin, sedang orang kafir tidak ada kemuliaannya langsung.
Firman Allah yang terkandung dalam surah al-Isra’ayat 17:70 ini menjelaskan kelebihan-kelebihan manusia daripada makhluk ciptaan Allah yang lain. Kelebihan serta kemuliaan tersebut menjadi pemangkin jiwa untuk lebih bersyukur tentang kurniaan Allah sehinggalah manusia ditinggikan derajatnya dengan kehadiran akal sebagai faktor kefahaman kepada segala fenomena alam sama ada sebagai ujian atau pahala, maka wajarlah manusia sentiasa bertemankan rasa syukur dalam segala pencaturan hidup.
Hakikat ini perlu diketahui oleh setiap orang yang mengakui dirinya sebagai seorang muslim dan beriman kepada Allah s.w.t.. Kerana Islam telah menempatkan diri manusia ke tempat yang istemewa dan mulia sesuai dengan bentuk kejadian, keadaan dan  keperibadan manusia.
Allah s.w.t. menempatkan bumi ini untuk manusia, mereka bebas bekerja di mana sahaja yang mereka suka, bebas bergaul, bebas memilih tempat tinggal dan sebagainya. Oleh kerana Tuhan telah sediakan di alam ini sumber-sumber ekonomi untuk keperluan hidupnya.
Firman Allah s.w.t. surah Al-A’raf ayat 7:10 yang bermaksud: (terjemahan)
          “Sesungguhnya Kami menempatkan kamu di bumi ini dan Kami sediakan kepada kamu berbagai-bagai sumber kehidupan bagi kamu, semoga kamu bersyukur; tetapi sedikit sahaja yang bersyukur.”
               Allah telah menentukan semua manusia ada mempunyai tempat kedudukan yang tetap di muka bumi. Sama ada untuk sementara waktu atau menetap di tempat itu, sehingga berasa kedudukannya dan bebas menjalankan sebarang kerjanya.
               Allah juga telah menentukan lapangan hidup masing-masing, untuk mencari rezeki dan sara hidup selama masih ada hayatnya. Ada dua punca yang menjadi sumber lapangan hidup manusia. Pertama lapangan pertanian dan kedua lapangan perniagaan, maka selainnya itu adalah bergantung kepada keduanya.
               Pada umumnya semua manusia itu adalah menikmati akan hasil pertanian seperti tanam-tanaman, buah-buahan, ternakan dan sebagainya untuk menjadi makan minum, pakaian dan tempat tinggalnya. Juga menikmati hasil perniagaan yang dijalankannya atau pertukangan yang dikerjakannya. Daripada keuntungan hasil inilah digunakan untuk menyarakan hidupnya dan semua keperluannya.  
               Semua ini adalah nikmat Allah dan dikurniakan kepada manusia serta menjamin rezeki mereka asal sahaja rajin bekerja dan tekun berusaha. Tetapi Allah mencela pekerti mereka, kerana sedikit benar orang yang bersyukur untuk mengenang  akan nikmat-nikmat tersebut dengan mentaati Allah, bahkan ramai yang melupakannya.  
               Ibadah syukur wajar ada dalam pembangunan insan kerana Islam merealisasikan perasaan-perasaan Islam demi memantapkan semangat bermasyarakat dalam pembangunan umah. Peranan masyarakat Islam untuk memasti terlaksanannya perasaan-perasaan Islam terdiri daripada perkara-perkara berikut:-
               1 Mengukuhkan perasaan-perasaan ini serta memantapkannya dan menyebarkannya melalui apa saja alat informasi dan pendidikan seperti masjid, sekolah, buku, akbar, radio, televisyen, fiksyen dan apa cara sekalipun yang dapat membantu merealisasikan matlamat ini.
               Sama-sama kita maklumi bahawa Rasulullah telah berdoa setiap kali selepas solat supaya diperkukuhkan perasaan persaudaraan antara umat Islam. Masudnya: (terjemahan)
               “Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan segala sesuatu serta Pemiliknya. Aku bersaksi sesung- guhnya semua hambaMu adalah bersaudara.”
               Ini adalah sebagai pengukuhan kepada nilai persaudaraan yang amat besar ini.
               Amatlah bersyukur kepada umat Islam kerana semua idea dan perasaan yang dibawa oleh agama mereka tidak membiarkannya sekadar sebagai teori yang berkembang. Sebaliknya Islam telah mengaitkan dengan syiar-syair serta  etika hariannya. Jika kita mengkaji tentang  solat harian kita dapati di dalamnya terdapat satu pemantapan yang berterusan terhadap seruan-seruan Islam seperti berkenal-kenalan, persaudaraan, kasih-sayang dan persamaan. Begitu juga keadaannya dengan puasa, haji, adab memberi salam, mendoakan orang yang bersin, menziarahi orang sakit dan lain-lain lagi  etika sosial yang dianjurkan oleh Islam.
                    2  Merialisasikan perasaan-perasaan Islam ini di dalam alam nyata dan secara prak- tikal. Perasaan belas kasihan dan persaudaraan di kalangan kaum kerabatnya wajib dilaksanakan dengan hubungan sillaturrahim, ziarah-menziarahi dan bergotong royong. Perkara ini dijelmakan di dalam sistem ‘nafkah’ di dalam Islam, yang wajib ke atas kerabat yang mampu untuk memberikan nafkah kepada kerabatnya yang memerlukan sepertimana firman Allah s.w.t. dalamSurah Al-Isra ayat 17:26 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya.”
                    Perasaan persaudaraan dan kasih-sayang di kalangan umat Islam wajib dijelmakan dalam bentuk setiakawan sosial. Kerjasama ketenteraan, kesatuan politik, dan kerjasama ekonomi. Dalam erti kata lain, dijelmakan persaudaraan ini umpamanya melalui “zakat” yang diambil dari orang kaya mereka serta diberikan pepada orang muskin dan melalui jihad yang diwajibkan ke atas umat Islam (secara kerjasama) untuk mempertahan setiap jangkal bumi Islam yang dijijak-jijak oleh musuh  yang kafir.
                    3  Semua perasaan-perasaan yang bertentangan dengan perasaan-perasaan Islam tidak dibenarkan unuk diwujudkan serta mempengaruhi masyarakat Islam. Akar-akar umbinya mestilah dipangkas agar ia tidak tumbuh. Jika ia zahir juga ia hendaklah diburu agar ia mati ditempat buaiannya.
                    Oleh sebab itu, kita dapat melihat Rasulullah s.a.w. menolak ‘asabiyyah  (fanatik kesukuan) yang bertentangan dengan persaudaraan Islam serta menentangnya dengan terus-terang kerana khuatirkan masyarakat Islam yang bakal lahir dikoyak-koyakkan oleh fanatik kesukuan Jahiliyyah yang pernah bermaharajarela suatu masa dahulu.
                    4  Menutup pintu-pintu yang memberi laluan kepada angin kebencian, permusuhan dan perpecahan serta  membentraskan Islam dan perasaan Islam.
                    Inilah rahsia kepada pengharaman ghibah (godip), fitnah dan mempermain-mainkan makhluk Allah serta lain-lain perbutan keji yang boleh memutuskan tali persaudaraan serta membunuh jiwa kasih sayang di kalangan manusia.
                    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud (terjemahan)
“Orang yang paling aku kasihi dan paling dekat kedudukannya pada Hari Akhirat ialah orang yang paling baik akhlaknya di kalangan kamu dan orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya pada Hari Akhirat ialah orang buruk akhlaknya, banyak bercakap (takabur) dan belagak (dibuat-buat) ketika berbicara.

Berdasarkan perkara ini, Islam menolak perbezaan yang ketara antara individu dan kelas sosial dengan kewujudan kefakiran yang keterlaluan di samping kemewahan yang amat sangat dan kewujudan si kaya yang membazir dan si miskin yang melarat, lantaran tidak dapat digambarkan bagaimana mungkin akan wujud persaudaraan antara si kaya yang tenggalam dengan kemewahan sehingga sampai ke dagunya dan si miskin yang merintih kelaparan dan kekeringan tekak.

No comments:

Post a Comment