Friday, April 21, 2017

SYUKUR, RASA TERIMAKASIH KEPADA ALLAH

 (Disiarkan pada 21. 4. 2017)
               Segala keperluan hidup sama ada untuk jasmani mahupun rohani, semestinya diperolehi dari usaha orang lain. Usaha tersebut merupakan fitrah Allah berikan kepadanya demi keperluan hidupnya atau  orang lain maka wajar diimbali dengan rasa terimakasih atau bersyukur  atas kehadirannya  untuk memenuhi keperluan hidup.
               Berterima kasih merupakan naluri dalaman pada dirinya demi membudayakan rasa kerendahan hati menerima ihsan dari pertolongan orang lain. Orang yang ikhlas memberi pertolongan itu demi menguatkan perasaan siraturahim sebagimana disiplin hidup yang dipimpin oleh akidah Islam sebagai cara hidup. 
               Mengucap terimakasih membuka pintu kasih sayang yang akan melahirkan perasaan ukhuwah kemanusiaan sebagai teras perpaduan ummah. Manakala budaya syukur memateri kan dalam jiwa kerendahan hati mengingati Allah yang membekalkan fitrah tersebut kelak menjadikannya sebagai sebahagian dirinya demi pembangunan kehidupan.
               Hidup ini dipimpin oleh Allah (Islam) agar hidup itu mengikuti sistem yang diredai Allah s.w.t. Manusia membiak semestinya melalui sistem perkahwinan. Oleh itu  penyelewi- ngan yang berlaku di luar batas perkahwinan adalah dianggap tidak sah dan tidak dapat diakui ianya anggota masyarakat Islam.
               Dengan penyaluran sistem pembikan manusia, akan berkembang baiklah zuriat manusia dari semasa ke semasa dalam satu ikatan yang kuat serta berada di bawah lindungan undang-undang perkahwinan yang rapi. Dengan itu terjadilah persahabatan di antara satu dengan lain dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Sesiapa yang melanggar jinjang pelamin untuk mendapat keturunannya, nescaya dengan sendirinya dia terkeluar dari golongan manusia yang sopan.
               Atas sistem kehidupan yang begitu teratur dan sempurna wajar kita merasa syukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. kerana memberi ilham yang begitu sempurna demi membina tamadun manusia untuk pembangunan jasmani dan rohani. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:1  yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hai sekalian manusia! Takutlah kamu kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu, dan menjadikan daripadanya isterinya, dan dikembangkan-Nya daripada keduanya lelaki yang banyak dan kaum perempuan. Dan takutlah kamu kepada Allah yang kamu meminta-minta dengan (menyebut-nyebut nama-Nya) dan (takutlah pula daripada memutuskan) tali silaturrahim. Sesungguhny Allah itu menjaga terhadap kamu.”                               
               Allah memulakan surah ini dengan menyeru manusia daripada sekalian anak Adam supaya takutkan Allah – iaitu suruhan supaya mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan tegahan-Nya. Lalu dijelaskan-Nya tentang kesempurnaan kudrat-Nya.
               “Yang menjadikan kamu daripada diri yang satu.”
 Daripada asal yang satu iaitu Nabi Adam (alaihisalam), dan dialah bapa kepada  segala manusia – demikian pendapat kebanyakan (jumhur) ulama.
               “Dan menjadikan daripadanya isterinya.”
Allah telah menjadikan daripada diri Nabi Adam (a.s.) seorang manusia yang lain iaitu Siti Hawa untuk menjadi isterinya.
               Mufassirin telah menceritakan bahawasanya Allah (subhanahu Watalah) manakata telah menjadikan Nabi Adam lalu ditakdirkan-Nya ia tertidur. Kemudian dijadikan-Nyalah Siti Hawa daripada tulang rusuknya yang kiri ianya itu pendek. Bila ia terjaga dari tidurnya dilihatnya Siti Hawa duduk di sebelah kepalanya.  Ia bertanya: “Siapa engkau?” Dijawabnya: “Seorang perempuan.” Ditanyakannya pula: “Mengapa engkau dijadikan?” Jawabnya: “Saya dijadikan supaya engkau tinggal bersama-sama saya.” Maka cenderunglah Nabi Adam kepadanya dan menjadi jinaklah dengannya kerana ia dijadikan daripada dirinya. 
         Al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi (s.a.w.) yang berbunyi: (terjemahan)
 “Sesungguhnya perempuan itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Maka seandainya engkau bertindak meluruskannya patahlah ia, dan seandainya pula engkau diamkan dia masih bengkok engkau akan dapat menikmatinya.”         
“Dan dikembangkan-Nya daripada keduanya lelaki yang banyak dan kaum perempuan.”
Dari kedua-dua orang iaitu Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa itulah maka berkembang umat manusia dengan banyaknya di muka bumi ini – yang terdiri daripada kaum lelaki dan kaum perempuan.
Jika ditilik dari  susunan ayat ini lelaki yang banyak tidak pula menyebutkan perempuan yang banyak, hanya menyebutkan lelaki sahaja, adalah mengisyaratkan bahawa dari jenis lelaki itulah yang banyak terdapat orang-orang yang sempurna mutunya, orang-orang yang terkemuka dan termashyur jika dibandingkan dari jenis perempuan – walaupun banyak bilangannya.
Jangan kata dalam semua bidang dan lapangan hidup. Sedangkan dalam lapangan masak-memasak atau jahit-menjahit, walaupun banyak kaum perempuan yang pandai dalam lapangan itu, jarang yang sampai meningkat kedudukanya sebagai pakar memasak atau pakar menjahit yang termashyur dan ternama – seperti yang dicapai oleh kaum lelaki. Demikian pulalah pada lapangan-lapangan  hidup yang lain.
Jelasnya walaupun kaum perempuan itu terkadang lebih banyak bilangannya dari kaum lelaki, tetapi yang banyak kemasyuruhannya ialah kaum lelaki yakni banyak pada mutunya (kualitinya) bukan banyak pada jumlahnya (kuantitinya).
“Dan takutlah kamu kepada Allah yang kamu meminta-minta dengan (menyebut-nyebut nama-Nya) dan (takutlah pula daripada memutuskan) tali silaturahim.”
 Allah menguatkan lagi perintah-Nya supaya taat kepada-Nya. Kerana kamu dalam masa meminta pertolongan selalu menggunakan nama Allah, misalnya kamu katakan: Tolonglah saya kerana Allah,  atau kamu bersumpah pun dengan menggunakan nama Allah. Begitu pula hendaklah kamu takut kepada Allah daripada memutuskan tali silaturahim, iaitu perhubungan kasih sayang yang terjalin dengan baik  sesama kerabat, saudara-saudara dan sahabat-sahabat itu janganlah  sekali-kali diputuskan kerana memutuskan tali silaturahim itu besar dosanya.   
Bersyukur dan berterima kasih kepada kurnian Allah semestinya orang yang mukmin. Merasa kesyukuran atau berterima kasih kepada Allah merupakan pancaran naluri iman dalam dadanya. Beriman kepada Allah ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua ketenangan serta menjadi sumber kepada kebahagian.
Penulis amat bersyukur dan berterimakasih kepada Allah s.w.t. atas karunia-Nya, diberi hidayah yang amat berguna dalam hidupnya kerana Allah menerangi kegalapan dalam hidupnya. Mengucap dua kalimah syahadat merupakan bermulalah bab kehidupan yang baru selepas mengharungi kegelapan hidup dan menduakan Allah s.w.t. selama 43 tahun!
Para peminat rencana Bicara Minda sejak tahun 2002, sering bertanya, bilakah berakhirnya usaha yang dipaparkan dalam “column Bicara Minda” di surat khabar tempatan The News Sabah Times, berlandaskan akidah Islam yang amat berfaedah kepada masyarakat mukmin?
Penulis menjawab, “Syukur Saya Sudah Islam!” Selagi Allah melimpahkan Hidayah Nya, selagi itu rencana Bicara Minda akan berterusan. Sebenarnya usaha ini merupakan rasa kesyukuran dalam hati terhadap Allah s.w.t. kerana membolehkan seorang hamba-Nya yang musrikin sejak kelahirannya hingga hampir setengah abad usianya; barulah mendapat hidayah yang melahirkan iman dan takwa kepada Allah demi mengenal Islam sebagai agama Allah dan cara hidup sebenar.
Beriman  kepada Allah membebaskan seseorang daripada belenggu kebendaan. Dan tidak tunduk kepada nafsu dan tidak  memperdulikan faedah dan bahaya yang khas. Beriman
kepada Allah akan menerangkan kegelapan hidup kita ini. Dalam saat kegagalan, seseorang mukmin akan mengingati bahawa dia mempunyai tempat untuk minta tolong iaitu Allah (s.w.t.). Jadi, tidak ada sebab baginya untuk putus asa. Hatinya menjadi tenang dan peristiwa malang yang dialaminya akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah memberitahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka.
Ada beberapa firman Allah dalam Al-Qur’an menunjukkan bahawa Allah sentiasa menolong orang yang beriman seperti berikut:-
Surah At- Taghabun ayat 64:11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesiapa yang beriman kepada Allah maka Allah sentiasa memberi petunjuk atau memimpin hatinya”.            
Orang yang beriman dengan Allah serta tahu setiap kejadian mengikut qadak Allah dan qadarNya, nescahaya orang itu akan dikurniakan sifat sabar dan reda serta tetap iman di dalam hatinya.                                                                                               
Firman Allah lagi dalam surah Al-Hajj ayat 22:54 yang bermaksud: (terjemahan)
“”Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus”.
Allah itulah yang telah memberi petunjuk dan pimpinan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya dengan memberi kemudahan-kemudahan untuk menda- patkan perkara yang hak lagi benar serta jelas lagi terang. Begitu juga dengan menghapuskan perasaan ragu-ragu yang dibisikkan oleh syaitan ketika rasul membaca Qur’an, dan memeli- hara dasar-dasar agama yang benar, serta beramal seberap yang boleh ke arah jalan tersebut.
        Allah juga berfirman  dalam surah Al-Baqarah ayat 2:257 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)”.
               Allah yang menjadi penolong, pemimpin dan pengurus orang yang beriman. Mereka diberi petunjuk, ditolong dan dikeluarkan dari bahaya kegelapan yang merupakan kekufuran kepada keselamatan dan kebahagian yang merupakan keimanan.
               Iman yang disertakan dengan amal soleh adalah menjadi jalan untuk mendapat nikmat dunia. Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 16:97 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesunguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari yang telah mereka kerjakan”.
               Antara lelaki dengan perempuan dalam beramal salih, akan mendapat ganjaran yang sama dengan syarat mereka itu orang yang beriman, sebagai tanda rahmat dan kemurahan Allah tidak membeza-bezakan kedua orang yang berlainan jenis itu selagi masing-masing berusaha menunjukkan kebaktiannya.
               Amal salih yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja yang baik yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya supaya ditunaikan. Sedangkan orang itu beriman, yakni percaya kepada Allah yang menjanjikan pahala bagi yang taat dan menjanjikan seksaan bagi yang derhaka dan berbuat maksiat.
               Jadi manusia dalam kehidupannya ini berada di tengah-tengah gelombang dukacita dan kesusahan. Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menjadikan-Nya sebagai tempat memohon pertolongan ketika susah maka dia adalah menjadi manusia yang paling malang dalam hidupnya. Hal ini berlainan dengan orang mukmin yang dengan imannya, dia dapat hidup dengan baik seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur’an.
                Hubungan utama antara manusia dengan Allah menurut Al-Qur’an adalah berasaskan keimanan kepada Allah, kasihkan-Nya dan bersyukur kepada nikmat-Nya yang tidak terhingga.
               Tetapi di samping itu ada tiga tujuan lain yang dikehendaki oleh Al-Quran iaitu:
Mendidik jiwa manusia, mencapai kebahagian jiwa dan mengubati penyakit-penyakit jiwa. Jiwa dapat dikatakan sebagai pemandu untuk mengarahkan tingkalaku seseorang dalam hidupnya. Jiwa itu jugalah yang memperlihat akibat-akibat perbuatan orang lain.
               Jiwa adakalanya menjadi lemah, tetapi ia boleh menjadi subur dan kuat melalui pendidikan individu dan masyarakat. Perbezaan jiwa sama ada lemah atau kuat juga berlaku antara individu dengan individu yang lain. Sesungguhnya nilai hati yang terbesar ialah percayakan Allah Yang Maha Berkuasa menghitung perkara besar dan kecil serta dapat melihat apa yang disembunyikan oleh hati seseorang. Seorang ahli falsafah mengatakan: “Hati yang tidak percayakan Allah umpama mahkamah tanpa hakim”.
                    Al-Quran menggambarkan hati melalui firman Allah dalam surah Qaf ayat 50:16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesunggunya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami telah lebih dekat kepadanya daripada urat leher”.                 
“Was-was” ini merupakan bisikan hati yang tidak  tersembunyi daripada pengetahuan  Allahh”.
Kebahagian jiwa pada pandangan Al-Quran, juga merupakan hasil dari adanya perhu- bungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Faktor utama yang memberi kebahagian kepada jiwa kita ialah perhubungan dengan Allah. Allah sentiasa bersama kita dan kita tidak kese- orangan meghadapi bencana hidup ini, malah Allah sentiasa menolong dan memberi rhamat kepada kita. Maka itu adalah wajar kita

sentiasa rasa bersyukur dan berterimakasih kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment