Friday, May 12, 2017

IBADAH SYUKUR MEMBERSIHKAN DIRI DARI KEANGKUHAN

 (Disiarkan pada 12. 5. 2017)
Falsafah sains dan teknologi mempunyai kesamaran dalam hubungan dengan falsafah pendidikan yang bersifat holistik. Ilmu yang bersifat holistik  menempatkan naluri manusia memahami hidup ini sebagai kekuasaan Allah s.w.t. maka itu falsafah kewujudnya semesti dalam kekuasaan Allah. Berbeza dengan falsafah sains dan teknologi yang kefamana terhadap fenomena alam benda berpandu kepada kajian yang mendasari teknologi bagaimana kewuju dannya. 
Ibadah syukur mendasari fenomena kerohanian atau spritual lebih pemberatannya berbanding dengan fenomena jasmani atau alam benda semata. Oleh itu ilmu yang bersifat skular tidak menitiberatkan kepada kekuasaan Allah s.w.t. Maka itu ilmu yang didatangkan daripada Allah yang bersifat wahyu atau divine revelatioan kurang dimanfatkan dalam pembangunan kehidupan.
Mendasari fenomena inilah maka iblis tidak setuju dengan Tuhan untuk mengakui manusia adalah lebih mulia daripada makhluk-makhluk lain. Iblis memikirkan kejadiannya adalah daripada api maka diyakininya adalah jauh lebih mulia daripada manusia yang dijadikan daripada tanah. Keangkuhan iblis di hadapan Allah mengakibatkan nikmat dan rahmat hidupnya ditarik balik oleh Allah, menjadikanlah iblis terkeluar hidupnya dari perlindungan Allah s.w.t..
Ibadah syukur membersihkan diri dari sifat keangkuhan dan memesungkan perasaan bahawa Allah itu  berkuasa tentang kewujudan segala makhluk di alam kehidupan sama ada di alam jasmani mahupun di alam rohani. Allah tidak sama sekali menyukai makhluk-Nya yang sumbong dan angkuh yang mengkategorikan dirinya lebih mulia dan hebat daripada zat yang menciptakannya iaitu Allah s.w.t..
Manusia apabila ada kelebihan sedikit penampilannya daripada orang lain sama ada dari segi ilmu, kekuasaan, kekayaan, kedudukan, pangkat, keturunan dan sebagainya maka timbullah rasa kebesaran dan kebanggaan diri yang melahirkan perasaan keangkuhan dan kemegahan di khalayak orang. Perasaan seperti itu akan membawanya ke dimensi mengkufuri rasa kesyukuran kepada nikmat dan rahmat Allah berikan kepadanya.
Nabi Musa a.s. telah tergelincir dari pemikirannya sebagai Rasul apabila ia telah menjatuhkan kerajaan Firaun yang ganas itu, melebalkan dirinya lebih pintar dan mempunyai ilmu jauh lebih hebat dari orang lain di dunia, apabila salah seorang dari umatnya bertanya kepadanya: “Siapkan orang yang lebih pintar di dunia?” Nabi Musa tidak menjawabnya tetapi hanya terfikir dalam hati bahawa umatnya tidak memahaminya sebagai manusia yang lebih hebat kerana menjatuhkan Firaun yang menganggap dirinya  sebagaiTuhan!
Walaupun Nabi Musa a.s. tidak mengeluarkan kata-kata dari mulutnya sifat keangkuhan dan hanya terfikir dalam hatinya sahaja tetapi Allah s.w.t. telah  mengetahuinya. Maka Allah perintahkan Nabi Musa a.s. untuk berguru dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir diberi Allah s.w.t. kelebihan ilmu jauh lebih hebat berbanding manusia yang ada di permukaan bumi.  
Setelah Nabi Musa a.s. mengikuti Nabi Khidir buat seketika untuk menuntut ilmu, maka Nabi Musa gagal mematuhi syarat yang diberi oleh Nabi Khidir. Maka Nabi Musa tidak dapat meneruskan usahanya untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir. Maka terjawab dalam pemikirannya untuk menganggap dirinya mempunyai ilmu yang lebih hebat daripada orang lain di dunia.
Semua ilmu yang ada di alam kehidupan di dunia mahu pun di alam akhirat tidak boleh dikuasai oleh seorang diri. Sebagai mana kepintaran yang kita perolehi dalam pemba- ngunan kehidupan, semestinya ada lagi orang lain yang lebih pintar daripada kita. Maka itu mempunyai ilmu sebanyak mana pun wajar kita merasa syukur kepada Allah kerana Allahlah yang  membekalkan segala ilmu yang ada pada diri kita.
Merasa syukur dalam hati adalah menunjukkan kerendahan hati terhadap apa yang kita
perolehi. Maka itu wajar kita berterima kasih kepada Allah  kerana menambahkan ilmu yang sudah sedia ada. Begitu juga kemudahan yang dapat kita perolehi lewat tawakal kita, kerana Allah suka melihat hamba-Nya yang berikhtiar.
Ahli pujangga mengatakan bahawa “semakin saya tahu semakin saya tidak tahu”. Ini membawa kefahaman bahawa menuntut ilmu itu tidak ada sempadannya, bagikan tamsilan menyulupkan jari ke laut dan angkat; air yang membasahi jari itu  ibaratnya ilmu manusia dapat perolehi dalam pembangunan kehidupan berbanding ilmunya Allah seluas air lautan yang tidak bertepi itu.
Manusia diciptakan Allah semesti dengan tujuannya maka itu carilah dan fahamilah
tujuan Allah tersebut supaya dapat mendidik diri peranannya sebagai khalifah di hadapan Allah s.w.t.. Segala nikmat dan rahmat Allah berikan apabila berhubung dengan manusia wajar dimurnikan dengan rasa kesyukuran kerana disiplin pembangunan sedemikian rupa menjauhkan kita dari sifat  rasa keangkuhan dan kemegahan di hadapan Allah s.w.t..
Megucap syukur wajar dijadikan ibadah pada setiap detik masa dalam hidup ini kerana budaya ini akan mengingatkan dan mencintai Allah  tentang kecintaan-Nya kepada manusia, makhluk yang diciptakan dengan segala kesempurnaan kewujudannya berbanding dengan ciptaan makhluk lainnya yang ada di alam kehidupan ini.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sering berdoa kepada Allah agar Baginda di hidupkan sebagai orang yang miskin, dimatikan dalam keadaan miskin dan dikumpulkan di akhirat nanti bersama-sama orang yang miskin. Ini bermaksud bahawa hidup dalam keadaan miskin tidak ada yang dibanggakan dan orang miskin hidupnya sentiasa beribadah dan dekat dengan Allah memohon segala keredaan-Nya.
Wajib menjadi dasar dalam hidup untuk memahami bahawa manusia tidak ada kemampuan dalam menangani hidupnya tanpa pertolongan Allah s.w.t. Selain dari nikmat dan rahmat hidup Allah berikan kepada manusia, Allah juga sentiasa berhubung dengan manusia
setiap detik masa dalam hidup seorang insan lewat  hidayat dan petunjuk Allah dalam menelusuri pembangunan rohani dan jasmani di alam dunia ini. Oleh yang demikian hubungan manusia dengan Allah semestnya menjadi dasar seratus persen dalam hidup seorang mukmin yang wajar diimbali dengan rasa kesyukuran.
               Memperbanyak melakukan kebajikan dalam hidup dan mengurangi melakukan kejahatan dan kerusakan adalah corak hidup bagi orang yang beriman dan bertakwa. Iman dan takwa terhadap Allah adalah pancing untuk mendapat petunjuk dari Allah. Dan orang yang mendapat petunjuk dari Allah, adalah orang yang paling beruntung dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih di akhirat nanti.
               Firman Allah surah Taha ayat 30:47 yang bermaksud: (terjemahan)
      “Selamat sejahteralah orang-orang yang mendapat petunjuk dan mengikuti petunjuk itu.”
               Ini sebagai satu ingatan bahawa orang yang mahu mengikuti petunjuk nescaya akan mendapat kesejahteraan serta terselamat dari seksaan dunia dan akhirat.
               Bandingan peristiwa ini samalah dengan apa yang terdapat dalam sepucuk surat Rasulullah s.a.w. yang dikirimkan kepada Hiraql raja Rom berbunyai: (terjemahan)
               “Dengan nama Allah  yang pengasih lagi penyayang. Daripada Muhammad Utusan Allah. Kapada Hiraql pembesar negeri Rom. Kesejahteraan atas orang yang mengikuti petunjuk. Sesungguhnya aku menyeru engkau dengan penyiaran Islam. Masuklah Islam engkau akan selamat, nescaya Allah berikan engkau upah dua kali ganda.”
               Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:38 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Siapa yang mengikuti petunjuk-Ku maka tak ada kekhawatiran dan tak ada kesedihan bagi mereka dalam kehidupan dunia ini dan di akhirat nanti.”
               Jadi, terjauh  dari rasa takut (khawatir) dan sedih, adalah tanda-tanda orang yang mendapat petunjuk dari Allah.
Selain mendapat rezeki dan jalan keluar, orang yang beriman dan takwa terhadap Allah, iaitu orang yang tak ragu sedikit pun tentang Allah dan kekuasaan-Nya, serta patuh taat dengan menjalankan segala perintah dan menghentikan segala larangan Allah, akan mendapat petunjuk (hidayah) dan pengetahuan dari Allah.
               Firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 8:29 yang bermaksdu: (terjemahan)
               “Hai orang yang beriman, takwalah kamu terhadap Allah, maka Allah akan memberikan kamu pengetahuan.”
               Allah menjamin kepada orang-orang yang beriman, iaitu sekiranya mereka bertakwa, yakni takut kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat, nescaya Allah akan menjadikan mereka orang-orang yang berbakti dengan
ilmu pengetahuan yang dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Bakat ilmu pengetahuan itulah yang membezakan mana yang mendatangkan manfaat bagi seseorang mana pula yang mendatangkan muderat. Bakat yang membezakan antara kufur dengan iman. Bakat yang dapat memperlihatkan kebenaran agama dan ketinggiannya, dapat menyingkap kan kesalahan pihak yang kufur dan kerendahannya. Selanjutnya bakat ilmu pengetahuan itu dapat menyelamatkan seseorang dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.
               Seterusnya dengan sebab takutkan Allah, seseorang itu akan dimaafkan kesalahannya yang telah lalu dengan dihapuskan dosanya, dan diampunkan pula, iaitu kesalahannya akan ditutup daripada penglihtan manusia, baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Kerana Allah mempunyai kelebihan yang besar. Ini adalah merupakan janji Allah kepada orang-orang yang takwa, iaitu akan memberikan pahala yang besar tanpa mengharapkan sebarang balasan.
               Orang yang memberisikan hatinya lewat amalan kesyukuran terhadap nikmat dan rahmat Allah akan diselamatkan dari sebarang bahaya. Firman Allah dalam Surah At-Tagaabun ayat 64:11 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesuatu bahaya tidak akan mengenai kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa beriman dengan Allah, nescaya Allah  tunjuki (pimpin) hatinya, kerana Allah itu berkuasa atas sesuatu.”
               Mendapat petunjuk dan pengetahuan dari Allah merupakan satu kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat. Pengetahuan dan petunjuk itu kadang-kadang dikirim Tuhan kepada manusia dengan perantaraan manusia seperti  guru, orang tua yang telah berpengalaman, atau dengan perantaraan sekolah, taman pendidikan dan buku-buku. Tetapi semua pengetahuan dan petunjuk itu adalah pengetahuan dan petunjuk kecil, yang ringan, kerana dapat kita tangkap dengan pancaindera kita. Dapat kita tangkap dengan mata, dengan telinga dan dengan perasaan kita.
               Tetapi ada pengetahuan dan petunjuk yang besar, yang penting atau maha penting yang dikirim Tuhan pada kita tidak dengan perantaraan tetapi langsung dikirim Tuhan ke hati kita, tanpa perantaraan apa-apa. Hidayat atau petunjuk itu hanya Allah yang punya, maka hanya  Allahlah dapat membagi-baginya kepada siapa-siapa yang Ia suka, kehendaki dan cintai saja. Maka kalau manusia ingin mendapat petunjuk itu, ingin keluar dari kesesatan, ia harus lebih dahulu iman dengan Allah lalu berusaha menjadi orang yang dicintai oleh Allah.
               Ketahuilah bahawa Tuhan sekali-kali tidak akan suka memberikan hidayat-Nya kepada manusia-manusia yang jahat, yang khianat, tidak jujur, diselubungi oleh dosa dan noda. Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 12:52 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah tidak akan menunjuki akan orang yang khianat,”
Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 2:264 yang bermaksud: (terjemahan)
                “Allah tidak akan memberilan petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
Sifat riak, membangkit-bangkit dan menyakiti di dalam membelanjakan harta itu, adalah menjadi keistemewaan orang-orang yang kufur – hendaklah dijauhi oleh orang-ornag Mukmin.
               Adalah diriwayatkan oleh Al-Baghawi menerusi sanadnya yang berpangkal dari
Mahmud bin Labid, bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hanyasanya perkara yang sangat-sangat kutakuti atas kamu ialah syrik kecil. Orang pun bertanya: Ya Rasulullah! Apa syirik kecil itu? Jawab Baginda: Riak. Dikatakan kepada orang-orang yang berbuat riak – nanti pada hari pembalasan kepada hamba-hamba Allah atas amalannya; pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjuk-tunjukkan amalan kamu kepadanya sewaktu kamu di dunia! Maka lihatlah, adakah akan kamu akan dapati balasan nya dari mereka? (tentu tidak).
               Firman Allah Suah Al-Baqarah ayat 2:258 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniya.”
Orang yang aniaya walau bagaimana bijaknya berhujah nescaya Allah tidak memberikannya
jalan kemenangan perkara yang hak.

               Maka itu muliakan hidupmu dengan sentiasa bersyukur kerana dengan demikian akan memberisihkan jiwa kita dari keangkuhan dan kebanggaan. Dengan amalan demikian  kita sebagai hamba Allah sentiasa mengigati Allah s.w.t. Ingat Orang yang sentiasa mengingati Allah, kita sebagai hamba-Nya sentiasa disisi-Nya.

No comments:

Post a Comment