Friday, September 24, 2010

KJUJURAN DAN KEIKHLASAN BERIBADAH

KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN BERIBADAH
(Disiarkan pada 25. 09. 2010)
Mendidik dan menimba ilmu adalah ibadat yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain kerana Allah. Mendidik dan menimba ilmu merupakan amal jariah yang akan membentuk tamadun kehidupan manusia. Semua yang kita laksanakan untuk mewujudkan perubahan pada diri dan alam kehidupan adalah ibadat jika ia dilaksanakan dengan kejujuran dan keikhlasan hati. Fenomena tersebut merupakan fitrah Allah sebagai pelengkap diri menggamit tamadun kehidupan. Manusia diamanahkan Allah sebagai khalifah maka itu menjadi kewajipan setiap individu membudayakan naluri kejujuran dan keikhlasan.
Kejujuran dan keikhlasan itu dilakukan berlandaskan kepada keredhaan Allah s.w.t. Budaya inilah yang membezakan manusia dengan makluk ciptaan Allah yang ada di alam kehidupan ini. Ia merupakan hikmah dalam diri manusia demi membentuk akhlak dan peribadi mulia di sisi Allah s.w.t. Kedua-dua fakulti ini memurnikan pembangunan insan sejajar dengan amalan untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Pembangunan yang diserikan dengan kejujuran dan keikhlasan menggamit keredhaan Allah s.w.t. kelak akan memperolehi dana pahala sebagai ganjaran-Nya kelak untuk bekalan hidup di alam akhirat setelah selesai agenda di dunia yang fana ini. Setiap amal ibadat yang dimurnikan dengan keikhlasan dan kejujuran jika dilakukan secara istikamah akan menggamit keseronokan hidup berdisiplin.
Orang yang menghiasi hidupnya dengan budaya kejujuran dan keikhlasan akan sentiasa dilindungi amal ibadatnya oleh Allah s.w.t. Dilindungi dari kecacatan dan kelemahan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Di samping itu ia sentiasa dikurniakan hidayah dan petunjuk dalam menyelesaikan teka-teki kehidupan. Hidayah dan petunjuk akan sentiasa memimpin manusia ke alam kecemerlangan dan kesempurnaan hidup. Dalam melaksanakan muamalah hidup kita sukar dihinggapi dengan ketandusan idea dan fikiran dalam mengolah pembangunan.
Dalam surah al-Fatihah: “Kepada Allah kami sembah dan kepada Allah kami meminta pertoloongan” membawa maksud jika nakbudunya sempurna maka pertolongan dari Allah sentiasa ada. Maka itu wajar pemikiran itu sentiasa kiblatkan kepada Allah s.w.t. yang maha pengasih dan penyayang lagi maha berkuasa dalam segala-gala kewujudan serta keperluan hidup di alam ini. Dalam suasana memohon pertolongan harus dilaksanakan dengan naluri kejujuran dan keikhlasan kerana melaksanakan ibadat dalam rasa keraguan samada Allah menolong atau tidak, Allah sukar hendak menunaikan permintaan kita.
Maka itu melaksanakan ibadat atau muamalah dalam hidup seharusnya dengan kejujuran dan keikhlasan. Mendidik dan mengilmukan anak murid memerlukan kesabaran yang dimurni kan dengan kejujuran dan keikhlasan. Jujur melaksanakan pengajarannya dan ikhlas untuk membentuk insan berilmu. Peranan seorang guru amatlah berat kerana pendidiklah yang ditauliahkan untuk memanusiakan manusia agar ia kenal dirinya kelak akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia. Doa dan ibadat seorang guru untuk memohon kekuasaan dalam memurnikan pengajaran dan pembelajarannya sentiasa diredhai oleh Allah s.w.t.
Pengajaran yang decemari oleh kekufuran dan jauh dari kejujuran dan keikhlasan meng- ilmukan anak murid sukar mendapat kemenangan dalam usaha mengilmukan manusia. Dengan kejujuran dan keikhlasan akan menggamit perasaan kasih sayang yang membentuk ukhuwah kemanusiaan sebagai kekuatan dalam kelangsungan hidup bersosial.
Kejujuran dan keikhlasan boleh wujud dalam nawaitu diri sendiri dengan Allah s.w.t. atau dalam diri dengan masyarakat umum jika disulami dengan kesungguhan beribadat. Hubungan antara diri dengan Allah wajar dilihat dalam dua perspektif iaitu jasmani dan rohani. Dari dimensi jasmani, kejujuran dan keikhlasan wajar dilihat dari suasana penampilan diri di khalayak orang ramai seperti kesungguhan dan kegigihan dalam melksanakan ibadat.
Seorang mukmin yang menceburi diri dalam bidang seni harus faham bahawa apa yang dihidangkan kepada penonton ada kemanfaatannya kepada pembangunan insan dari segi moral dan etika kemanusiaan. Penampilan wanita seperti tidak menutup aurat, mendedahkan badan yang cantik dengan berpakaian potongan ala Yahudi seperti low cut di bahagian depan yang menjolokkan mata penonton, akan menghairahkan penonton kepada kemaksiatan. Suasana penampilan demikian adalah muamalah tanpa keikhlasan dan kejujuran kepada industri kesenian. Dengan perlakuan seperti itu anda telah melemahkan iman seseorang dan menggalakkan mereka ke jurang kehinaan di lembah kehaiwanan dalam bermasyarakat.
Hubungan kita dengan Allah wajar dilihat dari sudut tanggugjawab kita sebagai khalifah Allah s.w.t.. Mendedahkan aurat yang mengashikkan penonton, anda telah mengkufuri fitrah Allah yang menganugerahkan kecantikan paras muka serta badan yang molek. Selain dari itu kita telah mengkufuri larangan-larangan Allah dan menjauhi perintah-periatah-Nya.
Apakah akibat kepada pembangunan umat mengenai hidang-hidang tersebut yang menjauhi larangan Allah dan membelakangi perintah-Nya? Martabat kemanusiaan sudah men- jadi pinggiran, akibatnya pembunuhan manusia yang tidak berdosa menjadi budaya tanpa segan silu kepada undang-undang, memperkosakan gadis-gadis bawah umur, pembuangan anak tanpa perasaan belas kasihan sering berlaku.
Rumah-rumah Allah sentiasa lapang dan hanya diisi oleh jemaah masyarakat emas. Remaja dan kanak-kanak yang dipaksa oleh orang tuanya datang ke masjid bersamanya hanya datang ke ruang masjid dan manjadikan rumah Allah itu sebagai satu tempat berpesta untuk berjumpa dengan jiran dan rakan sekolah sahaja. Orang tuannya yang bersama dalam jemaah mendirikan solat hanya memekakkan telinga tanpa menasihatkan anak-anak mereka untuk turut sama memenuhi sap-sap berjemaah mendirikan solat.
Dengan keadaan demikian anak tidak difahamkan bahawa masjid itu adalah rumah Allah dan wajar dihormati dengan mengerjakan solat berjemaah. Andaian masyarakat bahawa datang ke masjid sudah melaksanakan ibadah solat! Ramai anak-anak termasuklah para remaja tidak suka duduk di masjid mendengar khutbah. Mereka lebih suka berada di luar mesjid dan mengashikkan diri dengan perbincangan agenda yang menyeronokan mereka.
Apakan agenda yang difikirkan sesuai untuk mengawal permasalahan yang mengakibat kan keruntuhan akhlak dan moral para remaja? Satu idea telah wujud untuk mengelakakan manusia (remaja) membuang anak ialah mengadakan sekolah untuk pelajar atau remaja yang hamil! Idea tersebut ada manfaatnya tetapi keburukannya lebih menyerlah. Bukankan ia akan mengiklankan kepada dunia bahawa negara Islam seperti Malaysia mempunyai pembiakan anak tanpa bapa yang sah. Di samping itu juga ia akan menggalakkan ramai remaja tampil ke hadapan untuk membentuk keluarga tanpa bapa.
Keikhlasan dan kejujuran dalam membentuk generasi pelapis sudah disalahgunakan. Banyak diperkatakan oleh ulamak di seluruh dunia termasuklah Malaysia menimbulkan keibaban masyarakat New York di Amerika Syarikat dengan mengatakan bahawa penduduk Bandar Raya tersebut mengikut bancian lima belas tahun yang lalu seperti mana yang direncanakan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan, ialah 75 peratus masyarakat New York adalah manusia yang mempunyai single mother. Mewujudkan sekolah single mother bukankah ia serupa dengan masalah penduduk New York pada satu masa nanti?
Apa yang penting dalam membina masyarakat bertamadun ialah mengetatkan undang-undang Allah iaitu mematuhi perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti mana yang digariskan oleh Islam sebagai cara hidup.. Agama Allah adalah agama perpaduan di samping membentuk peribadi mulia manusia dalam melaksanakan amanah Allah sebagai khalifah-Nya.
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepada mu, ketika kamu berbusuh-musuhan (dahulu), lalu dipersatu kan-Nya hati kamu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepada mu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”Surah Ali Imran
(3) ayat 103.
Berpeganglah kamu dengan isi kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan-Nya. Dan tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kami bercerai berai, yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah
Berbalik kepada masalah pembuangan anak, setiap yang berlaku itu semestinya ada kesepakatan antara dua pehak kerana tangan bertepuk sebelah tidak akan ada bunyinya. Oleh yang demikian kedua-dua pehak, lelaki atau perempuan, bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Manusia semengnya lemah (Surah Al-Ma’arij ayat 19-20). Oleh itu kesedaran diri harus dijadikan budaya mendekati Allah dan merasakan diri itu tidak ada apa-apa yang boleh ditujuk kan kehebatannya tanpa pertolongan dari Allah.
Persoalannya ialah mengapa minyak dengan api harus berhampiran? Tidakkah itu mengundang bahaya? Anak lelaki dengan anak perempuan mengapa sering dibenarkan bersama dalam semua aktiviti kehidupan. Berilmu dan beramal sifat yang amat disukai Allah. Segala ilmu yang dipelajari terutama sekali ilmu kemanusiaan yang digariskan oleh agama Islam wajar dijadikan panduan dan kekuatan diri menangani pujuk rayu syaitan yang mengundang manusia kepada keganasan seks.
Iman yang kukuh dan kuat dalam hati seorang insan tidak akan menyerah kepada kekufuran dan keganasan manusia menangani kehidupan. Orang yang bersalah wajar menerima hukuman. Tidak ada kemanfaatannya untuk memelihara sesuatu yang benihnya dari benda yang haram kerana ia akan membiak subur sebagai sampah masyarakat. Apa yang penting ialah menangani bagaimana berlakunya kemaksiatan? Jangan salahkan alat, kerana tangan yang memegang alat itulah yang patut diteliti mengapa alat itu tidak bermanfaat.
Keikhlasan dan kejujuran hendak menangani kemaksiatan wajar dilandaskan kepada jalan yang Allah redhai. Sikap yang adil mengikut pandangan Syari’at Islam ialah: menghindari dan menjauhkan diri daripada perkara buruk, negatif dan salah, dan berusaha untuk menggapai kebaikan, kebenaran dan kemaslahatan, sama ada daripada perkara lama ataupun yang baru.
Mengikut ulamak dunia, Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi, Islam adalah Kalimah Allah Yang Maha Tinggi yang tidak boleh ditentang dan dikritik. Islam itu ciptaan Allah Ta’ala untuk kebaikan seluruh hidup manusia di setiap tempat dan zaman, baik dahulu, sekarang dan akan datang. Islam itu adalah cara hidup dan wajar kiblat pembangunan insan berlandaskan kepada akidah Islam dan bukan mewujudkan sesuatu yang disandarkan kepada pemikiran manusia yang mendokong kemodenan menangani kemaksiatan. Sesuatu yang berlaku adalah akibat perbuatan tangan manusia yang menyunsangkan kemurnian hidup bertamadun seperti pepatah Melayu mengatakan ‘meludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri juga.’

No comments:

Post a Comment

Post a Comment