Saturday, September 4, 2010

PERANAN DAN TANGGUGJAWAB SEORANG GURU

Nadi dalam kelangsungan hidup bertamadun ialah ilmu yang mencerimkan perkembangan minda manusia sesuai dengan kelahiran budaya yang didokong oleh para cendekiawan sebagai tanggung jawab mewujudkan masyarakat berilmu dan berketerampilan. Dasar sosial Negara yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan, bertujuan mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial.
Guru-guru yang dilengkapi dengan tahap keilmian yang tinggi secara dasar dipertang gungjawabkan mendokong cita-cita murni tersebut. Masyarakat guru merupakan kumpulan pendakwah membina insan berlandaskan Akta Pendidikan dan Rukun Negara. Prinsip-prinsip dalam Rukun negara dibina sebagai suatu idelogi negara, agar rakyat Malaysia memiliki system nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama.
Sistem pelajaran yang ada sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara Malaysia. Perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi, sentiment, sikap dan nilai. Guru-guru adalah dipertanggungjawabkan membimbing dan mendidik generasi pelapis untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah perpaduan negara.
Selain perpaduan sebagai kunci kesejahteraan umat, institusi pendidikan juga menam- pung masyarakat pelapis memain peranan yang penting dalam menghasilkan pemuda-pemuda dengan world view yang tersendiri dengan mewujudkan Sekolah Arab dan Agama. Keinsafan tentang world view Tauhid berpunca daripada kefahaman wahyu dan seterusnya penyalurannya dan penyerapannya ke dalam falsafah memulakan titik pertama Ilmu dari perspektif Islam yang berbeza dengan knowlwdge dari Worldview “secular”.
Worldview mengajar manusia melihat alam, kehidupan, fenomena hidup sebagai kesatuan (unity) yang berbagai tetapi dengan mempunyai tujuan yang satu. Dalam worldview tidak ada dualisme, tidak ada kontradiksi, tidak ada kesangsian. Semua kejadiaan alam adalah di dalam hakikat teratur, rapi, dynamis, saling berkaitan, saling bersangkutan, harmonis, seimbang terus lengkap dan setia mengikut hokum-hukum yang telah ditetapkan oleh Pencipta, Allah s.w.t. iaitu Sunatullah.
Selepas perang Dunia pertama seorang reformis Mohamed Abduh dari Asia Barat telah mengasaskan Sekolah Pondok/Arab dan Agama di merata tempat di Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Sekolah-sekolah Madrasa menjadi satu alternatif pendidikan yang amat sesuai kepada masyarakat yang mana Islam menjadi perkara utama dalam segala aspek kehidupan. Sistem pendidikan ini memerlukan kekuatan, bimbingan dan semangat untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan kepada proses sekularisasi.
Sistem pendidikan di zaman British bertujuan melahirkan pelajar yang hanya memenuhi kehendak penjajah semata tanpa membuka ruang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi fisikal mahu pun spiritualnya. Setelah mencapai kemerdekan penggubalan dasar pendidikan telah mengambil tempat untuk memenuhi kehendak pembangunan yang meliputi segala aspek kehidupan termasuklah fisikal dan kerohanian.
Kementerian Pendidikan dipertanggunggjawabkan membina satu rangka strategi di mana semua bangsa dan keturunan rakyat Malaysia mendapat kemanfaatannya. Pelajar Islam dengan sukatan pelajaran yang didokong oleh mata pelajaran agama, manakalah pelajar yang buka beragama Islam dapat kemanfaatan yang serupa dengan mengikuti mata pelajaran Moral. Mata pelajaran teras serta pelajaran dalam berbagai bidang semua pelajar dihahalkan untuk mengikuti.
Dalam semua aspek pembelajaran guru-guru telah disediakan untuk mengambil peranan mengilmukan pelajar selaras dengan Akta Pendidikan dan Rukun Negera. Pembangunan manusia adalah di bahu para guru yang cendekiawan untuk memupuk rakyat yang berilmu dan berwawasan yang akan menjadi pemain di berbagai lapangan pembanguan.
Sejajar dengan pembangunan yang dimainkan oleh Sains dan Teknologi, seorang guru wajar bersedia mengikuti perubahan sejagat demi membina satu persediaan menangani dunia tanpa sempadan. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mathatir Muhamed menjadi agenda bagi setiap institusi pendidikan mendukong cita-cita tersebut. Berjayanya wawasan yang melambangkan pembangunan Melayu alaf baru itu adalah hasil khidmat cemerlang para pendidik yang membentuk tamadun manusia.
Kelahiran teknologi tinggi yang diilhamkan oleh bangsa Melayu akan membawa pemiki ran manusia setanding dengan pembangunan sejagat yang menjadi agenda utama dalam wawa san 2020 tersebut. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab setiap guru agar dapat mengeluarkan graduan-graduan berteknologi tinggi sebagai pemain dalam merealisasikan agenda murni itu menjadi kenyataan.
Pendidkian merupakan satu usaha menyampaikan ilmu atau membentuk insan agar menjadi pemain dalam pembangunan tamadun kehidupan. Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan Akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan perangsang kepada amalan. Ia juga faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai kahlifah; kerana mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh Malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menumpahkan darah di atas permukaan bumi. Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajar kan Adam nama-nama keseluruhannya.” Al.Baqarah: 30-33.
Islam adalah agama ilmu, al-Quran al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat pertama diturukan kepada Rasullullah s.a.w. ialah berkenaan dengan ilmu. “Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang telah menciptakan.”
Membaca adalah pintu keilmuan sementara al-Quran telah mejadi ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia (al-Zumar: 9). Al-Quran juga telah menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para Malaikat.(Ali Imran: 18). Orang-orang yang berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertkwa kepadaNya.(Fathir:28)
Tidak ada orang yang takut kepada Allah kecuali orang yang mengenali Allah. Allah s.w.t. hanya dapat dikenali berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaan dan rahmatNya terhadap makluk. Orang yang takut kepada Allah adalah orang yang berilmu. (Fathir: 27 – 26.
Al-Quran al-Karim adalah kitab teragung yang membangunkan ‘mentaliti ilmiah’ makluk manusia. Al-Quran menolak segala bentuk taqlid buta kepada nenek moyang para tokoh dan segala orang-orang ternama lebih-lebih lagi kalau orang awam atau orang bodoh. Ia juga menolak keraguan dan hawa nafsu dalam kontek perbahasan hakikat akidah yang berdasarkan kepada keyakinan, serta tidak menerima sebarang kenyataan melainkan jika dilihat dalam persoalan yang bersifat fisikal atau logika yang benar.
Al-Quran menganggap analisa itu sebagai kewajipan, berfikir itu sebagai ibadah, mencari hakikat itu sebagai amalan mendekatkan diri kepada Allah. Para ulama besependapat bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim danMuslimah. Di antara ilmu-ilmu tersebut ada yang fardhu ‘ain dan ada yang fardhu kifayah.
Fardhu ‘ain ialah ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap muslim untuk memahami agamanya dari segi akidah, ibadah dan akhlak serta urusan keduniaannya sehingga ia dapat menyerah kehidupannya, keluargnya dan menyumbang ke arah keperluan umatnya. Ilmu fardhu kifayah ialah setiap ilmu yang mendukung agama dan dunia untuk umat Islam umumnya iaitu yang terdiri daripada ilmu-ilmu agama dan dunia. Mempelajari ilmu perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi cabang ilmu adalah fardhu kifayah ke atas umat Islam
Peranan dan tanggungjawab seorang guru adalah memastikan bagaimana ilmu itu dapat diamalkan dan diterjemah menjadi faktor kehidupan. Membangunkan mentaliti ilmiah di kalangan generasi pelapis menjadi agenda utama dalam arena pendidikan. Bangunnya tamadun Islam yang tinggi binaanya, kukuh tiangnya yang menyepadukan antara ilmu dan keimanan.
Mendidik adalah satu bentuk jihad. Orang yang berhati ikhlas di dalam berjihad dapat melahirkan rasa zuhud terhadap kepentingan dunia. Martabat dan nilai manusia di sisi Allah s.w.t. adalah mengikut kadar tinggi rendahnya di dalam melaksanakan jihad sebab jihad itu sendiri sebagai manifestasi daripada iman seseorang
Jihad merupakan satu nilai yang sangat tinggi dan berharga kepada setiap pelaksanaanya. Demikian juga ilmu dan takwa. Kedua-duanya salah satu bahagian daripada subtansial jihad. Hanya dengan ilmu seseorang boleh melaksanakan jihad dengan baik dan jujur, mengetahui cara dan kaedah-kaedahnya, serta sentiasa menjalani kehidupannya di atas jalan-jalan jihad.
Dengan ketakwaan pula seorang muslim mampu menumpukan dirinya untuk berjihad menentang hawa nafsu dengan sentiasa mentaati Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Maka itu ilmu dan takwa adalah hasil daripada jihad di jalan Allah s.w.t. (Al-Angkabut: 69).
Seorang guru dengan ilmu dan ketakwaanya kepada yang Maha Pencipta akan membuahkan jihad. Ia akan memimpin diri merasa zuhud terhadap profesionnya dan menggamit kecintaan diri kepada tugas dan tanggungjawab sebagai pembentuk tamadun kehidupan. Kecintaan kepada ilmu akan dapat melahirkan sifat-sifat mahmudah sebagai asas kepada pembanguan rohani.
Mengilmukan manusia harus diikuti dengan memanusiakan ilmu kerana jika ilmu itu tidak ada unsur-unsur ketamadunan hidup, maka ia akan kembali kepada manusia untuk merosakkan martabat kemanusiaan itu sendiri. Alat-alat yang digunapakai dalam pertempuran atau dalam peperangan seperti roket peluru perpandu, bom atom, nuclear, senjata biologi dan sebagainya merupakan rekaan manusia yang berilmu. Pemusnah manusia sebenar bukan peralatan senjata tetapi “The man behind the gun” yang mempunyai ilmu yang tidak ada unsur-unsur kemanusiaannya.
Ilmu adalah keperluan asas manusia untuk menjana ibadah kerana Allah s.w.t.. Ilmu merupakan akitek dalam pembangunan tamadun manusia. Jentra pembangunan negara berpaksikan kepada keupayaan ilmu untuk memurnikan kehidupan manusia. Masyarakat pendidik mempunyai kemampuan memurnikan akhlak manusia kerana adanya ilmu pengetahuan dalam dada mereka.
Masyarakat Pendidik mempunyai idelogi yang sama (common) yang tidak berbelah bagi antara dirinya dengan profesionnya. Naluri keibubapaan sentiasa menghiasi penampilannya yang dimurnikan dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi antara semua pelajar tidak kira di bawah jagaannya mahupun pelajar dari institusi lain asalkan individu itu seorang pelajar.
Individu yang mempunyai suasana demikian dapat dikesan dari pandangan urat wajah yang sentiasa memaparkan awit mudanya. Jika suasana demkian tidak kelihatan pada seorang guru bermakna individu berkenaan telah membuat kesilapan dalam memilih profesion sebenar. Kemurnian profesion keguruan sentiasa bersama hayatnya dengan memegan ‘title’ Cikgu. Maka
itu tanggungjawab dan peranan seorang guru menjadi nadi dalam hidupnya hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment