Sunday, December 12, 2010

BERKHIDMAT UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP
(Siarkan pada 11. 12. 2010)
Dalam program National Geografi, di televisyen Malaysia, sering diungkapkan kalimah “Eat to live or live to eat” apabila ditayangkan bermacam-macam jenis binatang yang terdapat di padang seringgati Benua Afrika. Ada binatang jenis herbivorous, ada juga omnivorous, tidak kurang juga binatang jenis cannibal. Dalam semua jenis haiwan yang diwujudkan Allah haiwan seperti harimau, singa. Cita, buaya adalah binatang jenis cannibal. Ia memakan semua jenis binatang. Kehidupannya adalah untuk memakan sesama jenis haiwan lain.
Dalam felosofi kehidupan manusia yang kategori jenis omnivorous terdapat juga pemba- waan hidup seperti gaya hidup seekor harimau yang kewujudannya adalah memakan haiwan lain. Manusia jenis ini dimuatkan dalam diary hidupnya sebagai parasit. Amalan rasuah, subahat, tidak ada kejujuran terhadap orang lain dan sentiasa mementingkan diri sendiri.
Berkhidmat untuk kelangsungan hidup merupakan ibadah kerana Allah. Kita berkhidmat untuk menjaga kebajikan diri dan keluarga dan pada masa yang sama khidmat itu adalah untuk kelangsungan tamadun kehidupan masyarakat manusia. Allah telah berikan amanah kepada manusia menjadi khalifah di muka bumi maka itu wajar melaksanakan perkhidmatan untuk mewujudkan suasana keselesaan hidup makluk manusia dan berbagai makluk lainnya yang ada di muka bumi ini.
Hidup sebagai parasit atau lintah darat satu amalan yang tidak ada kesetiakawanan sosial. Falsafah hidup harus mengikuti prinsip ‘give and take’ atau memberi dan menerima. Tidak semua kemampuan hidup itu boleh ditanggung sendirian tanpa bantuan orang lain. Allah s.w.t. telah bekalkan kepada hambah-Nya berbagai nikmat berupa fitrah kehidupan maka gunakan nikmat tersebut untuk menolong orang lain selain menolong diri sendiri.
Amalan rasuah adalah budaya hidup yang mementingkan diri sendiri. Hidup di dunia haruslah bermasyarakat dan amalkan budaya tolong menolong antara sesama dalam usaha memurnikan kehidupan masing-masing. Segala nikmat yang Allah hidangkan di alam kehidupan adalah untuk semua umat dengan syarat setiap individu haruslah menjadi pemain yang jujur dan ikhlas dalam sumua bentuk pembangunan.
Budaya mementingkan diri telah Allah tunjukkan kepada manusia kesannya kepada kelangsungan hidup di alam dunia. Hidup sebagai Karoon telah menjadi iktibar kepada manusia apabila mementingkan diri sudah tumbuh dalam jiwa manusia terutama sekali mementingkan diri terhadap Allah s.w.t. yang membawa kepada mengkufuri nikmat Allah berikan.
Amalan subahat juga adalah keturunan rasuah yang amat merosakkan kesucian beragama serta meruntuhkan kemanisan memelihara ukhuwah kemanusiaan. Hidup ini menyeronokkan jika ada orang lain bersama dengan kita. Seorang jutawan dengan segala fasiliti kehidupan yang canggih belaka tidak membawa kebahagiaan dalam hidupnya jika ia hanya seorang diri sahaja hidup tanpa teman.
Mementingkan diri adalah satu penyakit yang sentiasa tidak ada ruang dalam bermasya- rakat. Pepatah mengatakan “once bitten twice shy” yang membawa maksud sekali kena menjadi pengalaman baginya untuk tidak mendekati lagi orang yang sentiasa membudayakan amalan mementingkan diri. Sekali kena sudah cukup menjadi pengajaran kepada diri maka itu harus berhati-hati jangan pisang berbuah dua kali.
Pepatah mengatakan “sambil menyelam sambil minum air” membawa makna tugas sebagai hambah Allah adalah serampang dua mata. Beribadat kepada Allah dan juga berkhidmat untuk kelangsungan hidup kerana khidmat itu adalah merupakan ibadat. Melaksanakan agenda kehidupan adalah ibadat yang merangkumi segala disiplin pembangunan serta berbagai tatacara untuk kebuntuhan hidup makluk lain yang hidup bersama dengan kita di alam ini.
Manusia hidup untuk berkhidmat menyarah hidupnya serta juga kelangsungan hidup masyarakat manusia. Allah s.w.t. hidangkan berbagai bahan kehidupan di alam ini untuk manusia menggunakan sebagai keperluan berbagai jenis pembangunan. Manusia hidup dengan berbagai keperluan dalam membina hidup bertamadun.
Felosofi kehidupan manusia amat berbeza dengan cara hidup haiwan. Hidupnya haiwan hanya melayani kehendak nafsu lapar serta sek. Pada betina yang mempunyai anak, ia mempunyai instink kasih sayang kepada anak maka itu ia sentiasa mendampinginya dan menjaga keselamatannya.
Manusia mempunyai keperluan hidup jauh lebih banyak berbanding haiwan. Makluk manusia berkhidmat atas dasar menjaga kebajikan kedua-dua unsur alam iaitu alam jasmani dan alam rohani. Maka itu tanggungjawab manusia dalam kelangsungan hidup adalah memastikan kebajikan pada ke dua-dua alam tersebut.
Berkhidmat untuk diri sendiri adalah menjaga kekhalifahan hidup di alam dunia dan juga kelangsungan hidup di alam rohani. Manusia diwujudkan dengan mempunyai tanggung jawab berbagai kategori. Hidup di alam dunia ia diamanahkan bermacam disiplin kehidupan sebagai makluk yang tertinggi dalam semua ciptaan Allah s.w.t.
Disiplin kehidupan yang diwarnai oleh kemurnian beragama memimpin manusia di atas landasan yang tunduk kepada kada dan kadar atas kekuasaan Allah s.w.t. sebagai Zat yang Maha Pencipta dan Maha sempurna. Jaminan kesempurnaan hidup dipimpin oleh kesungguhan beribadah yang dimurnikan dengan perasaan kasih sayang kelak melahirkan masyarakat berdisiplin.
Sembahyangku, hidupku dan matiku adalah hanya kepada Allah adalah doa iftitah sebagai mukadimah memunikan solat lima waktu sehari semalam. Berkhidmat kepada Allah
s.w.t. kita melakukan solat sebagai tatacara menyembah kepada-Nya. Urusan dunia dilupakan buat seketika dan memusatkan kekesyukan kepada Allah dan memohon keredhaan-Nya dalam kelangsungan hidup di dunia.
Kewajipan mendirikan solat lima waktu amat penting dalam kehidupan seorang hambah Allah. Allah berikan kita hidup dengan segala fasiliti pembangunan termasuklah fitrah kemahiran berfikir, kesihatan, berkeluarga, pemimpin dan sebagainya maka adalah wajar menguntukkan masa sekurung-kurangnya lima waktu sehari semalan setiap hari dalam 24 jam.
Kalaulah solat itu memerlukan masa hanya lima minit sahaja setiap kali mendirikan solat seperti mana kebanyakan manusia lakukan, ini bemakna dalam lima waktu sehari semalam hanya menguntukkan masa bersama Allah selama 25 minit sahaja, berbanding Allah memberi hidup kepada manusia serta segala nikmatnya selama 24 jam setiap hari. Masa bagitu sedikitpun ramai orang tidak mampu melaksanakan dengan berbagai alasan dunia.
Jika hidup ini hanya kepada Allah apakah kewajiban manusia wajar lakukan dalam kelangsungan hidup di dunia? Kita berkhidmat dengan kerajaan dengan tujuan mendapatkan habuan berupa gaji untuk menyarah diri dan keluarga. Falsafah hidup di dunia hanya keperluan nafsu untuk mengisi perut seperti ungkapan mengatakan “eat to live”.
Dunia adalah hanya tempat persinggahan manusia dalam perjalanannya menuju akhirat. Maka segala perkhidmatan yang dilaksanakan adalah kesempatan beribadah kepada Allah. Maka itu kewajipan berkhidmat wajar memenuhi dua kriteria iaitu kebuntuhan dunia dan kebuntuhan akhirat. Dalam erti kata lain kebajikan jasmani dan kebajikan rohani wajar diseimbangkan dalam segala hal pembangunan.
Berkhidmat di alam dunia wajar dihiasi dengan kesucian beragama. Dalam falsafah pembangunan tamadun manusia wajar dimurnikan dengan budaya memelihara ukhuwah kemanusiaan yang akan melahirkan kasih sayang antara sesama. Berkhidmat dengan disiplin keikhlasan dan kejujuran merupakan amalan serampang dua mata. Dengan suasan demikian akan melahirkan kesetiakawanan sosial. Maka itu keberadaan kita dalam masyarakat akan sentiasa mendapat layanan yang saksama.
Apabila masyarakat bersedia menerima keberadaan kita maka hidup kita akan sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Hubungan kasih sayang antara sesama amat penting dalam kelangsungan hidup bermasyarakat. Berkhidmat untuk kelangsungan hidup adalah untuk semua umat dan bukan hanya bagi diri sendiri sahaja.
Jika Allah s.w.t. meredhai khidmat amal kita maka ganjaran pahala pasti menjadi imbalan. Maka itu hidup bukan hanya semata-mata memenuhi keperluan dunia tetapi yang amat penting ialah mendapat pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. Dekat dengan Allah wajib dalam hidup kerana segala godaan dunia akan terpelihara dari subahat dan rahsuah.
Jika manusia menjauhkan diri dari Allah maka segala amal ibadahnya menjadi satu latihan jasmani belaka. Maka timbulah kelemahan manusia menangani kehidupan kerana makluk halus akan sentiasa menanti peluang untuk masuk ke dalam hati manusia dan memporak-porandakan amalannya. Solat lima waktu sehari semalam sebenar adalah peringatan kepada manusia untuk mendekati Allah. Solat juga menjadi barometer untuk melihat sejauh mana amalan manusia berkiblat kepada kesucian agama Allah s.w.t.
Berkhidmat untuk kelangsungan hidup membawa kefahaman bahawa hidup itu sewajarnya dihiasi dengan amal ibadat kerana Allah. Mendidik menyampaikan ilmu akidah kepada orang lain merupakan amal jariah yang sentiasa mendapat pahala dari Allah s.w.t. Kesan pendidikan Islam membentuk keperidian Muslim amat berpengaruh dalam pembentukan generasi berakhlaq mulia.
Pendidikan Islam yang berteraskan ‘aqidah, syariah dan akhlak dalam operasinya yang sepadu, menonjolkan kesan yang positif bagi melahirkan generasi Muslim Kamil dalam semua aspek, sama ada dari segi rohani mahu pun jasmani. Membina generasi yang berketerampilan dan berakhlak mulia semestinya dihiasi dengan pedidikan agama.
Dakwah Rasullullah s.a.w. selama 23 tahun di Mekkah dan Medinah yang berteraskan tiga atas tersebut secara sepadu, berpandukan ilmu dan perkaedahan rabbani-Nya, berjaya menghasilkan masyarakat Islam yang berilmu, beriman dan beraqwa. Masyarakat ini patuh dan mengabdikan diri kepada Allah, berkasih sayang, berkerjasama dan bertanggungjawab sesama insan semata-mata kerana suruhan Allah.
Dalam melaksanakan prinsip hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia bagi memelihara kesatbilan hidup bermasyarakat dan bernegara, generasi tersebut dibekalkan dengan kesempurnaan rohani, ketahanan fisikal, keutuhan ekonomi, kecerdasan fikiran dan kecekapan dalam pentadbiran.
Kumpulan masyarakat ulung hasil daripada tarbiyah junjungan itu dapat disebut sebagai “Generasi Rabani” atau “Pewaris Nabi”. Kementapan ilmu dan ketaqwaan mereka kepada Allah diuji dan diakui dan di akhirat kelak mereka dijamin dengan syurga. Allah menegaskan dalam al-Qur’an yang bermaksud:
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama sekali (memeluk Islam) antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah
kemenangan yang besar.”Surah al-Taubah(:100)
Sifat-sifat dan keperibadian generasi ulung, generasi pencontoh, hasil daripada tarbiah Rasulullah s.a.w. itu wajib dicontohi oleh umat Islam pada zaman sains dan teknologo ini. Kesempurnaan keperibadian mereka dapat diteliti dan dikesan dari beberapa aspek seperti Pengabdian diri kepada Allah; Cinta serta patuh kepada Rasul; Berkasih sayang bagi menuntut keredhaan Allah; dan Mencintai dan mempraktikkannya.

No comments:

Post a Comment