Sunday, December 26, 2010

IBADAH MENGGAMIT KEIMANAN UMAT ISLAM
(Disiarkan pada 25. 12. 2010)
Ibadah adalah berbakti kepada Tuhan seperti sembahyang, berdoa atau bersedekah, berbuat baik kepada sesama manusia. Pekerjaan menurut perintah Tuhan wajib dalam pembangu nan umat. Sembahyang itu ialah ibadah yang utama dalam agama. Beribadah adalah menunai kan suruhan agama. Di samping mengejar harta kekayaan yang halal, kita hendaklah juga beribadah kepada Tuhan kerana segala-segalanya dalam alam kehidupan ini adalah hak mutlak Allah. Segala keperluan manusia dalam menelesuri kehidupan hanya hak guna pakai sehaja.
Di zaman sains dan teknologi ini manusia mukmin sentiasa diporak-porandakan oleh penemuan-penemuan baru manusia yang menggugat keimanan serta kekhusyukkan kaum muslimin dalam melaksanakan ibadah. Penemuan tersebut dihidangkan oleh masyarakat musyrikin terutama sekali kepada kumpulan remaja melalui internet dan lain-lain media eletronik. Agenda berkenaan membuka peluang kepada masyarakat remaja untuk berjinak-jinak dengan kemaksiatan kelak membelakangi amal ibadah yang menggamit keimanan kepada Tuhan.
Masyarakat Yahudi terutama sekali para gadis yang manis rupawan suka mengoda masyarakat remaja serta juga masyarakat retua dengan hidangan-hidangan seks, menayangkan gambar-gambar luca, memaparkan kecantikan badan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.. Mereka mengkufuri nikmat kecantikan yang Allah berikan kepada mereka. Faktor demikian berlaku disebabkan kekuatan pengaruh wang dengan jalan yang mudah dan menyeronokkan bagi mereka dan juga masyarakat yang sehaluan dengan mereka.
Para pelanggan blog peribadi Bicara Minda yang dikasihi, yang sudah meningkat bilangan kepada 19 orang, diucapkan syabas dan terimakasih. Anda telah mengisi dalam diari hidup anda satu agenda murni yang ingin menerokai pembanguan rohani dan juga jasmani dalam usaha memahami tanggungjawab anda sebagai pemain dalam kelangsungan hidup bertamadun menurut ajaran agama Allah.
Walau bagaimana pun kesyukuran itersebut telah tercemar sedikit disebabkan ada di antara pelanggan blog tesebut telah memasukkan dalam blog peribadinya sesuatu yang mencemarkan serta mengkufurkan tujuan kewujudan Bicara Minda dengan hidangan-hidangan yang mengundang kemaksiatan. Hidangan berkenaan dipilih sebagai kegemaran individu berkenaan.
Bicara Minda mempunyai misi yang murni menghidangkan masyarakat terutama sekali para remaja mengenai kehidupan yang benar dan baik mengikut felosofi kesucian beragama serta membetulkan persepsi pemikian manusia remaja mengenai pembangunan kerohanian. Misi dalam hidup manusia sewajarnyalah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menggapai kasih sayang Allah s.w.t.
Hidangan-hidangan seperti memaparkan “posture” kecantikan tubuh badan wanita tanpa menutup auratnya, sehingga ada di antaranya berbentuk luca tidak sepatutnya ada dalam diari hidup individu budiman. Fenomena serupa ini tidak ada ruang dalam agenda Bicara Minda. Wujudnya ruang Bicara Minda ialah semata-mata “mentarbiahkan” manusia agar mengenali apa yang wajar dan apa yang tidak wajar dimasukkan dalam agenda pembangunan rohani masing-masing.
Maka itu jadilah pelanggan blog Bicara Minda yang budiman yang menerima dengan rasa syukur mesej-mesej yang berupa dakwah yang dihidang oleh Bicara Minda setiap minggu dengan satu misi mudah-mudahan pemikiran manusia remaja boleh dibentuk mengikut acuan akidah Islam.
Mengikut Haji Abdullah Ishak, dalam bukunya “Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia” yang diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 1995, kalimah ‘tarbiah’ secara realitinya mencakupi pengertian pendidikan yang bukan sahaja ditujukan kepada manusia bahkan kepada makluk Allah yang lain yang membawa erti mendidik, mengajar, memelihara dan menternak.
‘Tarbiah’ juga memberi gambaran mendidik, membentuk dan memelihara juga lain-lain, khususnya kepada manusia, bukan sahaja sejak seseorang bayi itu dilahirkan bahkan sebelum itu. Lebih-lebih lagi kerana Allah s.w.t., menerusi kitab suci-Nya al-Qur’an telah menyebut tentang zat-Nya yang Maha Tinggi kepada hambah-hambah-Nya, doa hambah-hambah kepada-Nya dan segala bentuk pernyataan di antara kedua-duanya - Tuhan dan hambah-Nya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadisnya yang amat penting untuk manusia mengetahui serta membuat segala persediaan semasa hidup di dunia untuk bekalan hidup di akhirat nanti ialah “Pergunakan masa muda mu sebelum masa tuamu datang”. Dalam erti kata lain masa usia mudalah yang sesuai untuk mengumpul dana pahala yang akan menemani anda di akhirat kelak.
Masa anda di dunia yang hanya sementara waktu sahaja janganlah cemarkan dengan hidangan-hidangan dunia yang mengkufurkan kesucian beragama serta menggugat keimanan kepada Zat yang Maha Suci itu. Manusia adalah sebagai pemain dalam kelangsunan hidup di dunia atau yang biasa kita ketahui dari ajaran Islam sebagai khalifah, maka itu jadilah khalifah yang bijaksana untuk memurnikan perjuangan membenteras godaan makluk halus seperti iblis laknatullah.
Laksanakan ibadah dengan khyusuk dan tawadhu. Ingat menjauhi segala hidangan dunia yang mengkufurkan ibadah merupakan satu jihad yang mulia. Allah telah membekalkan manusia cara hidup yang diredhai-Nya dengan kedatangan Islam yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w..
Dunia kejahilan sudah tidak bersama kita lagi. Jadilah pengguna sains dan teknologi sebaik mungkin untuk menyempurnakan serta memurnikan kehidupan anda di dunia. Ingat tipu daya masyarakat yahudi di pentas dunia sentiasa meningkat. Mereka berbuat demikian kerana syurga mereka adalah dunia. Kematian bagi mereka adalah penutup segala agenda kejadian manusia.
Pelaburan setiap insan semasa hidup di dunia ialah amal jariah selain dari memanfaatkan ilmu yang ada pada anda. Mempunyai anak yang saleh hasil dari didikan seorang ayah yang bertakwa adalah antara amal jariah yang setiap individu mukmin mengejar dalam hidup. Menggunakan ilmu untuk mentarbiahkan orang lain menjadi perjuangan hidup seorang muslim tetapi jangan pergunakan ilmu anda untuk mengkufuri kesucian beribadah.
Gunakanlah kepekaan berfikir untuk melahirkan sesuatu fenomena kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Paling berharga dalam diri anda ialah iman dalam dada untuk keselamatan dunia dan akhirat. Beribadah dan bertakwa kepada Zat yang Maha Agung menjadi pemangkin hidup beriman. Iman tidak dapat diperolehi di mana-mana pelusuk dunia sekali pun. Ia tidak boleh diousakai dari ayah yang bertakwa. Iman itu hanya datang dalam diri anda dengan kesempurnaan beribadah kepada Allah.
Beriman kepada Allah adalah satu cara hidup yang amat mencabar. Ia melakukan amal-amal ibadah yang secara intiqmah. Berbuat sesuatu kebaikan dengan disiplin yang berterusan akan menggapai keimanan kepada Allah. Usaha yang dilaksanakan dengan ketekunan serta semangat juang akan seniasa Allah meredhainya.
Ibadah menggamit keimanan membawa maksud jika anda biasakan diri dengan kerja-kerja amal seperti rengan tangan menolong orang yang berwajib, tegur-menegur terhadap kelemahan orang lain demi kebaikan bersama, memberi contoh yang membina dihalayak ramai, mengakui kelemahan sendiri dan sebagainya adalah antara amal-amal kebajikan yang melahirkan kesetiakawanan sosial.
Dalam kehidupan dunia materialistik manusia yang dianggap mulia ialah orang yang kaya harta. Ia dihormati dan disegani. Ke mana ia pergi pasti mendapat sambutan dan layanan yang meriah. Hormat-menghormati sesama manusia adalah digalakkan oleh Islam; tidak memilih bangsa dan keturunan wajar berkenal-kenalan. Walau bagaimana pun kekayaan itu tidaklah menjamin kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat kelak kalau hidup itu tidak dimurnikan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Orang yang kaya mungkin kedudukannya mulia dalam hidup sebagai ahli masyarakat tetapi tidak semestinya mulia di sisi Allah s.w.t.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antaa kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha amat Mengetahui.”Al-Hujuraat (49), ayat 13.
Apabila manusia dipandu oleh alam kebendaan, ia mempunyai pembawaan diri yang tinggi dan sukar akur kepada peraturan kemanusiaan sebagai panduan untuk membudayakan amalan hidup yang bebas dari perasaan sombong, takabur dan merasa diri itu lebih hebat dari orang lain. Pembawaan diri sebegini amatlah rendah disisi Allah kerana hanya Allah sahajalah yang berhak untuk merasakan kehebatan dari segala-galanya.
Kejayaan-kejayaan yang diraih tidak seharusnya dijadikan barometer untuk menunjukkan ketinggian darjatnya di khalayak ramai dan membelakangi kekuasaan Allah yang Maha Esa. Setiap ibadah merupakan tawakal manusia untuk mencapai sesuatu matlamat, soal kejayaan Allah yang menentukan.
Kemampuan manusia dalam membudayakan kemahiran berfikir akan membina satu tamadun hidup yang berlandaskan kepada akal, kelak membawa kepada mengenali ciri-ciri kehidupan di antara yang kufur dengan yang zuhud. Melihat buaian kemewaan dunia dengan mata kepala semata akan menggelincirkan akidah. Rahsia alam perlu dilihat dengan mata hati agar amalan subahat tidak akan menjana peradaban keilmuan manusia.
Hati memainkan peranan yang amat penting dalam segala amal ibadah. Hati yang suci, tidak dicemari dengan sebarang kekotoran, sentiasa bersama dengan Allah akan mencapai peringkat kemalaikatan atau lebih mulia daripada Malaikat seperti keunggulan hidup Nabi Muhammad s.a.w.. Cintanya kepada umat manusia tidak ada tolak bandingnya begitu juga keimanannya kepada Allah.
Peristiwa Israk mi’rajkan adalah satu perjalanan, Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu malam oleh Allah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Mukaddis atau masjid al-Aqsa di Palestine dan kemudian naik ke tujuh petala langit hingga ke Sidratul Muntaha atau arasy Allah. Allah mempersilakan Baginda masuk ke arasy-Nya tetapi Malaikat yang menemani baginda tidak dibenarkan. Kemuliaan hati manusia lebih mulia daripada Malaikat.
Kesabaran seseorang itu menangani cabaran hidup mempunyai hikmahnya tersndiri; sebab sabar itu adalah iman dan iman itu adalah kekuatan rohani membentengi manusia dari kekufuran dan memelihara akidah untuk sujud kepada Allah s.w.t. yang Pengasih dan Penyayang serta Penentu segala-galanya. Iman menyemai benih-benih kemanusiaan yang mengikat jiwa (hati) manusia membentuk kemuafakatan sebagai landasan hidup bertamadun.
Kekuatan iman akan menyempurnakan segala tindak-tanduk untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Iman dan takwa merupakan gandingan fakulti manusia yang sentiasa melihat sesuatu keadaan itu mempunyai satu potensi, kerana potensi kehidupan sebenarnya mempunyai banyak rahsia yang sehingga kini manusia giat menerokainya. Laksanakan ibadah secara istiqamah akan melahirkan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment