Friday, December 3, 2010

KHIDMAT SETIAP INDIVIDU MURNIKAN PEMBANGUNAN
(Disiarkan pada 4/ 12. 2010)
Manusia adalah makluk berbudaya, menyukai kebersamaan, dan persaudaraan. Ia merasa bahagia jika disenangi, diterima, dihormati dan diberi haknya juga merasa sedih jika ditinggalkan dan dibenci. Kasih sayang Allah s.w.t. menjadikan mereka sebagai saudara yang saling mencintai dan saling menolong, berhubungan dan saling berbelas kasihan. Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin bersaudara.” (Al-Hujurat: 10)
Hidup ini diwujudkan Allah atas dasar tolong menolong dan kasih mengasihi antara sesama. Kelangsungan hidup semestinya membudayakan suasana ‘give ada take’ atau ‘memberi dan menerima’. Suasana demikian telah wujud sejak zaman berzaman demi mengekalkan persaudaraan sejagat sebagai keturunan bani Adam.
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: “Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha amat mengetahui.”
Allah menekankan budaya pergaulan yang membina kesepaduan pembangunan dan bukan bersengkita atau berperang. Rahmat Allah di alam kehidupan tidak terkira banyaknya maka gunakanlah fitrah Allah berikan kepada manusia untuk membina tamadun kehidupan. Pepatah mengatakan ‘tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah’. Ia membawa maksud orang yang menolong itu ada kelebihannya daripada orang yang menerima pertolongan.
Amalan tolong menolong akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang digalakkan oleh agama. Hidup itu tidak sentiasa dalam kesenangan. Ada kalanya mengalami kesusahan dan pada hari yang lain menempuhi kesenangan. Hidup ini bagikan ombak di laut; ada kalanya ia naik atau pasang dan pada masa yang lain ia akan surut atau tohor.
Bermuafakat membawa berkat begitulah kehidupan yang sering diserikan dengan amalan tolong menolong dan berkerjasama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan menangani kehidupan. Khidmat setiap individu mengukuhkan pembangunan. Orang yang ringan tangan menolong akan dipermudahkan Allah urusannya dalam hidup di alam dunia.
Mendapatkan sehelai daun sayur pun kita memerlukan khidmat orang lain. Adanya sayur di pasar kerana ada tukang kebunnya menanam sayur. Pekebun pun ia memerlukan khidmat pekerjanya mengusahakan kebunnya untuk membuat batas menyediakan tempat menanam sayur. Mendapatkan bibit sayur dari khidmat orang lain kemudian di tanam di atas batas yang di telah sediakan.
Ia mesti dijaga dengan menyiram air agar benih tumbuh cepat. Setelah tumbuh haruslah dirawat dengan membubuh baja yang didapati dari khidmat orang lain serta dibersihkan dari rumput rumpai yang menggangu pertumbuhan sayur. Apabila sudah sedia dipasarkan kita memerlukan khidmat orang tengah atau pemburung untuk mengambilnya dari kebun ke pasar sebelum kita mendapat seikat sayur untuk keperluan dapur kita.
Sistem jual beli pada masa ini sudah dipermudahkan dengan menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan bahan yang diperlukan. Pada masa yang lampau untuk mendapatkan keperluan hidup kita kena ada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan keperluan kita. Sistem tersebut dikenali sebagai batter trade atau tukaran barang. Maka itu khidmat seseorang boleh ditukar dengan khidmat orang lain.
Sebagai contoh jika kita hendakkan sesuatu seperti ikan, kita mestilah ada sesuatu benda yang boleh diguna sebagai tukaran dengan ikan seperti sayur atau buah-buahan. Perubahan yang telah mengambil alih system tukaran barang telah menunjukkan ketamadunan hidup manusia. Dengan system penggunaan wang ia memudahkan untuk mendapatkan khidmat orang lain.
Tiada yang hidup untuk dirinya sendiri, semestinya perjuangan dalam hidup adalah untuk diri dan juga untuk orang lain. Bermula dari pembinaan keluarga bahagia adalah untuk anak-anak keturunan yang di bawah jagaan sendiri. Membekalkan diri dengan segala keperluan dalam membangunkan keluarga kita kena menuntut ilmu sebagai prasyarat untuk mendapatkan pekerjaan demi membilah keluarga. Khidmat seorang ayah murnikan pembanguan anak-anak.
Melaksanakan perkhidmatan dengan kerajaan adalah serampang dua mata. Selain memurnikan pembangunan keluarga sendiri khidmat itu juga adalah untuk masyarakat, bangsa, dan negara. Berkhidmat sebagai guru, sebagai contoh, murnikan pembangunan tamadun manusia. Tidak ada pembangunan yang wujud yang tidak melalui khidmat seorang pendidik. Khidmat seorang guru adalah Guna Untuk Rakyat Umum.
Dari khidmat seorang guru maka lahirlah berbagai sektor perkhidmatan yang lain seperti doktor, peguam, ustaz, polis, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik, dan berbagai-bagai lagi bidang sebagai pemain dalam kelangsungat hidup bertamadun. Khidmat mereka murnikan pembangunan. Tentu sekali atas dasar berkhidmat dalam semua sektor kita diberi ganjaran berupa gaji.
Melalui jendila keimanan dan ketakwaan kepada Allah, dapat disaksikan hubungan dan kerjasama serantau menjadi keutamaan dalam membina pembangunan tamadun kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi telah merapatkan hubungan manusia antarabangsa serantau maka wujud kefahaman bahawa dunia menjadi satu perkampungan yang kecil atau yang dikenali sebagai dunia globalisasi.
Sebagai analoginya, melihat anggota badan sendiri, semuanya berpasangan. Tidak ada yang diwujudkan Allah hanya satu sahaja tanpa kawannya. Anggota-anggota tangan dan kaki yang digunakan untuk pergerakan mengolah aktiviti kehidupan disediakan Allah dalam keadaan berpasangan. Dari pergerakannya sahaja dapat difahami sentiasa wujud kerjasama yang erat. Tiada timbul suasana yang mementingkan satu dari yang lain.
Samasa berjalan, kaki mengatur diri sendiri bahawa apabila satu ke hadapan yang satu berundur kebelakang dan berganti tanpa persoalan. Bagitu juga keadaan mata, apabila mata kanan melihat ke kiri mata kiri turut sama melihat arah yang sama dan apabila memandang ke hadapan kedua-duanya sama-sama ke arah hadapan.
Fenomena demikian dapat dipelajari mengenai hubungan antarabangsa serantau. Kerja sama yang baik wajar ada dalam membangunkan negara masing-masing. Antara strategi yang boleh diguna sebagai landasan mewujudkan budaya menang-menang ialah aktiviti pelaburan. Orang yang membuat pelaburan akan mendapat pulangan dari segi ekonomi manakala negara yang menerima pelaburan akan mendapat keuntungan dari segi pembangungan infrastruktur dalam sektor berkenaan.
Negara yang miskin dapat mengubah status pembangunan negaranya dengan adanya pelaburan dari negara lain. Sebagai contoh negara yang mempunyai kemahiran dalam teknologi binaan seperti German atau Francis boleh menggunakan teknologinya ke negara yang memerlukannya. Khidmat seorang pakar dalam bidang tertentu sentiasa diperlukan oleh negara-negara membangunan.
Berdirinya menara berkembar Petronas di Malaysia yang tertinggi di dunia adalah teknologi yang diperolehi dari German dan Francis. Menara tersebut menjadi lambang kebesaran Malaysia yang satu-satunya menjadi identiti di seluruh dunia. Keunikan menara Petronas tersebut mempunyai ciri-ciri keislamannya yang mencerminkan Malaysia sebagai negara Islam.
Negara Jepun, walaupun tidak ada bahan mentahnya, tetapi dengan kepakarannya dalam teknologi industri automobile telah mendapat pasaran antara bangsa temasuklah negara Amerika Syarikat. Khidmat negara Jepun dalam mengeluarkan kereta telah murnikan pembangunan negara-negara lain. Pasaran teknologi keretanya telah murnikan industri negara-negara lain.
Malaysia yang telah berjaya mengeluarkan automobile nasional Proton Saga adalah teknologi yang diperolehi dari negara Jepun. Dari khidmat masyarakat Jepun maka negara Malaysia berjaya mewujudkan kereta nasionalnya yang telah menaik tarafkan ekonomi Malaysia se tanding dengan negara-negara lain di dunia.
Dalam melaksanakan khidmat berbagai kategori demi keperluan masyarakat awam, wajar mempunyai kesempurnaan dalam mewujudkan khidmat berkenaan. Dalam mengejar pasaran pembangunan serantau wajib mempunyai kepakaran yang berteknoloogo tinggi untuk mendapat saingan dengan pasaran terbuka di alam kehidupan. Khidmat yang sempurna akan menjanjikan pulangan yang lemayan kerana setiap manusia sebagai pengguna mempunyai naluri semula jadi yang menghendaki sesuatu yang baik dan sempurna.
Allah itu sememangnya zat yang sempurna. Maka itu setiap ciptaannya adalah dalam keadaan sempurna. Terciptanya manusia oleh Allah sebagai hambah-Nya yang diamanahkan untuk melaksanakan kekalifahnya di alam kehidupan wajar mempersembahkan khidmat yang sempurna demi kepuasan manusia sebagai pengguna. Dengan segala kemahiran berfikir Allah bekalkan kepada hambah-Nya, tiada sebab mengapa tidak dapat menghasilkan khidmat yang bersesuaian dengan keingini orang lain.
Khidmat yang kita laksanakan merupakan ibadah kerana Allah maka itu wajar mempunyai ciri-ciri kesempurnaannya. Dengan adanya ciri-ciri kesempurnaan khidmat yang dipersembahkan akan menggamit perasaan kasih sayang dari orang yang menerima khidmat berkenaan. Timbulnya ukhuwah kemanusiaan akan melahirkan suasana kesetiakawanan sosial sebagai teras pembangunan ummah.
Khidmat yang sempurna juga menjadi bahan dakwah kepada seseorang yang memerlu kan kefahaman mengenai disiplin kehidupan. Seorang penulis yang sentiasa mempersembahkan ideanya yang sentiasa menggamit keseronokan hati pembaca akan setiasa mendapat langganan yang mesrah dari masyarakat umum.
Khidmat penulisan merupakan bahan yang sentiasa mendapat suntikan dakwa yang amat besar maknanya kepada pembanca. Dakwah yang senyap menggamit kekusyukan hati pembaca kelak dapat menerokai alam kehidupan yang ghaib yang mendekatkannya kepada Allah s.w.t. Khidmat penulisan juga akan bersama dengan kita sepanjang zaman dan akan dipusakai oleh generasi turun temurun hingga akhir zaman.
Penulis yang tidak ketandusan bahan dakwah dalam penulisannya sebenar akan sentiasa mendapat hidayah Allah s.w.t. serta diterangkan hatinya demi kemanfaatan para pengguna kerana dakwah demikian merupakan satu media yang akan meliputi semua gulungan manusia mukmin mahupun yang munafik.
Kadangkala khidmat yang dilakukan oleh kebanyakan orang tidak mencapai kepada kesempurnaan pembangunan. Walau bagaimana pun mempunyai kebolehan sesuatu adalah lebih baik daripada mereka yang hanya memilih sebagai penonton dalam hidupnya. Pepatah mengata kan: “Jack of all trades master of none.”
Mempunyai sedikit ilmu mengenai sesuatu pekerjaan ada manfaatnya kerana dalam menangani hidup kepakaran itu akan datang apabila budaya istikamah menjadi prinsip dalam perjuangan memurnikan kehidupan. Pepatah mengatakan: “Alah bisa taggal biasa.” Tidak semua kemahiran itu diperolehi dengan hanya mempunyai ilmu pengetahuan tetapi kemahiran itu lahir
dari amalan yang berterusan. Apa yang penting ialah khidmat individu itu murnikan pembangunan.

No comments:

Post a Comment