Friday, May 21, 2010

PENDIDIK BUDAYAKAN HIDUP SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR (Disiarkan pada 29. 05. 2010)

Kemurnian profesion keguruan mempunyai ciri-ciri yang sentiasa melahirkan sifat-sifat keunggulan, keterampilan dan keikhlasan dalam bidang berbagai pembangunan. Satu sifat yang menempatkan bidang keguruan diterimapakai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira masa, tempat dan keadaan ialah ia sentiasa berurusan dengan masyarakat yang muda. Maka itu ciri-ciri yang menggambarkan keperibadian seorang guru ialah penampilanya di khalayak ramai yang memaparkan perwatakan seorang yang muda. Malah seorang guru yang telah bersara dari perkhidmatannya pun kelihatan mempunyai penampilan sebagai orang yang muda.
Berkhidmat sebagai guru sentiasa bersama dengan buku. Ini bermaksud hidup seorang guru tidak sunyi dengan budaya membaca. Jika ada guru yang tidak suka dengan buku maka ia telah memilih profesion yang tidak sesuai dengan jiwanya maka berlakulah penampilan yang tidak secucuk dengan profesionnya. Mangsanya ialah murid yang di bawah kelolaannya yang tidak terbela pendidikannya.
Masyarakat guru di seluruh dunia mempunyai budaya yang serupa iaitu sambil menyelam sambil minum air yang membawa maksud sambil berkhidmat sambil belajar menuntut ilmu dalam berbagai kategori. Orang yang sudah ada diploma mencoba mengambil Ijazah sarjana muda; mereka yang sudah ada ijazah sarjana muda mengambil Ijazah sarjana dan siapa yang telah memperolehi sarjana mengikuti program PhD.
Budaya ini lazimnya ada pada setiap individu guru. Ada juga di antara mereka yang bukan dari gulungan guru berbuat demikian tetapi bilangannya tidak sebanyak berbanding gulungan guru. Walaubagaimanapun dalam menempuhi kehidupan yang dicemari dengan berbagai kerenah birokrasi terpimpin ada juga guru yang sambil berkhidmat sambil melibatkan diri dalam arena perniagaan. Bagaimana pula masa yang digunakan untuk mengurus perniagaannya yang sepatutnya digunakan untuk memimpin dan membentuk anak murid di sekolah? Tepuk dada tanyalah iman sendiri.
Ada di antara mereka yang sudah hilang semangat serta minat menuntut ilmu kerana mengikut mereka tidak ada manfaatnya lagi! Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda bahawa menuntut ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad. Dalam erti kata lain Education is a long life learning. Belajar adalah sepanjang umur. Tidak ada yang dikatakan tidak bermanfaat lagi!
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud “Demi masa manusia adalah sentiasa dalam kerugian.” Surah al-Ashr (103) 1 – 2. Apabila manusia dalam usia warga emas, masa begitu banyak terbiar tidak dimanfaatkan. Walaupun dari segi pandangan pembangunan jasmani tidak ada kemanfaatannya lagi tetapi pembangunan rohani pasti bermanfaat.
Kemungkinan jasmani anda tidak ada kemampun lagi hendak meneruskan ibadah dan muamalah dunia tetapi otak yang ada pada anda sebagai pusat pemprosesan kemahiran berfikir wajar diberi latihan agar ia tidak mendekati kenyayukan kalau usia anda diberi ganjaran atau bonus yang lebih panjang lagi. Jika anda mensia-siakan bonus umur yang diberi Allah S.W.T. maka anda telah mengkufuri nikmat hidup di dunia.
Apakah jawapan anda apabila disoal oleh Allah S.W.T. semasa di padang maysar nanti mengenai bagaimana anda memanfaatkan usia anda semasa di dunia? Segala amalan dan muamalah semasa di dunia adalah persediaan untuk menghadiri sesi soal jawab oleh Kadi Rabul Jalil setelah agenda di dunia selesai nanti.
Kemungkinan besar mereka yang memandang rendah mengenai menuntut ilmu untuk menambah ilmu yang sudah sedia ada disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah masalah kewangan; kedua ialah mempunyai hati yang kurang menerima cabaran; ketiga berpuas hati dengan pencapaian yang sudah ada; keempat, takut gagal mendapat ijazah yang diambil dan kelima ialah tidak ada motivasi dalaman yang mendorong seseorang itu untuk menyertainya.
Faktor utama adalah mengenai kewangan yang tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk meneruskan usaha menimba ilmu. Segala usaha yang berupa kebajikan adalah ibadah kerana Allah, maka itu permasalahan yang timbul dalam melaksanakan ibadah tersebut anda memohon kepada Allah S.W.T. untuk memudahkan urusan.
Sebagai contoh apabila anda libatkan diri dalam menolong kesusahan orang lain dari segi ekonomi, pengerusan kewangan anda akan teratur dan mendapat redha dari Allah. Maka dengan itu sebelum berbuat demikian anda merasa sukar menungguh hujung bulan jika anda berkhidmat dengan kerajaan, dalam usaha mengatur perbelanjaan.
Seorang ibu tunggal yang berkhidmat dengan kerajaan sebagai buruh kasar, bergaji 900 ratu ringgit sebulan dengan anak empat orang semuanya bersekolah. Ia mendapati pengurusan kewanganya amat sukar setiap kali menjelang penghujung bulan. Tetapi apabila ia melibatkan diri membantu sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan menderma sepuluh ringgit sahaja setiap bulan ia dapati pengurusan perbelanjaan rumah tangga mudah dilaksanakan dan mencukupi hingga ke hujung bulan.
Segala urusan dalam hidup, Allah yang menentukan namun usaha manusia untuk menyelaraskan kesesuaian tahap kehidupan mengikut selerah masing-masing adalah hanya tawakal semata. Bagitulah juga keadaan ekonomi rumah tangga, yang menentukan pengerusan nya ialah Allah atas tawakal yang anda telah laksanakan. Walaubagaimanapun jika kepincangan berlaku dalam disiplin pengurusannya seperti mengadu nasip dalam aktiviti perjudian dengan membeli empat ekor atau lain-lain amalan yang tidak berlandaskan kebajikan maka berlakulah kesukaran untuk menentukan pengerusan yang bermanfaat.
Faktor kedua orang memandang rendah tentang menuntut ilmu ialah mempunyai hati yang kurang menerima cabaran. Setiap umat wajar memahami hidup ini adalah ibadah kerana Allah. Allah S.W.T.telah bekalkan manusia dengan berbagai fitrah kehidupan jauh lebih banyak berbanding dengan haiwan. Dan jika fitrah itu tidak digunakan dalam hidup anda di dunia maka anda telah mengkufurkan diri dari nikmat Allah serta hidayah-Nya. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud “Aku tidak jadikan jin dan manusia selain dari beribadah kepada Ku.” Surah Az-Zaariyat ayat (51)56.
Selain dari mengkufurkan diri dari nikmat Allah, anda juga tidak menghormati saranan Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda bahawa menuntut ilmu itu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Masyarakat Barat mempercayai bahawa menuntut ilmu adalah seumur hidup, Education is a long life learning.
Gunakan sisa-sisa hidup anda dengan menuntut ilmu dan jangan biarkan usia anda berlalu mengikuti masa bagitu sahaja tanpa diisi dengan ilmu terutama sekali ilmu tauhid. Menuntut ilmu adalah satu pelaburan dalam hidup kerana semakin anda tahu semakin anda tidak tahu. Ia membawa maksud bahawa semakin banyak ilmu yang anda ketahui masih banyak lagi ilmu yang belum dapat diterokai.
Faktor ketiga mereka memandang rendah tentang menuntut ilmu ialah berpuas hati dengan pencapaian yang sudah sedia ada. Faktor ini tidak melahirkan ukhuwah kemanusiaan kerana landasannya adalah budaya mementingkan diri. Anda harus fikir mereka yang dekat dengan anda yang mempunyai pemikiran bercelaru dengan pembangunan moden masa kini. Mereka adalah anak anda sendiri yang dahagakan ilmu pengetahuan. Seorang ayah wajar menjadi idola atau pemangkin kepada anak-anak untuk giat belajar.
Di zaman sains dan teknologi ini banyak kerenah yang mewarnai penampilan anak-anak dalam bermasyarakat. Akhlak dan tingkah laku masyarakat rebung ini wajar mengikut acuan yang digarisbawahkan oleh agama. Dan ini wajar agar ia kenal tanggungjawab sebagai pemakmur alam kehidupan. Menjadi kelaziman dalam hidup bahawa jika bapa cintakan ilmu maka anak turut sama membudayakannya. Pepatah mengatakan bapa borek anaknya rintik, jika bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Bapalah menjadi acuan anak dalam menelusuri pembangunan kehidupan.
Faktor keempat, takut gagal dalam usaha mengikuti program yang dipilih. Pembangunan adalah kesemuanya berlandaskan kepada dua faktor iaitu menempuhi kejayaan atau kegagalan. Pemainnya tidak ada kekuasaan menentukan matlamat agenda yang ceburi. Kemampuannya hanya bertawakal semata, keberhasilannya adalah prerogative Allah S.W.T.. Keadaan demikian hanya bersandarkan kepada keimanan dan keikhlasan. Bagitulah percaturan hidup di alam dunia.
Walaubagaimana pun wajar anda memahami bahawa setiap perlaksanaan agenda pembangunan adalah ibadah kerana Allah. Belajar menuntut ilmu adalah ibadah maka itu iman anda akan menyinarkan nur cahaya kefahaman bahawa setiap ibadah yang dilaksanakan dengan hati yang ilkhlas dan jujur terutama sekali yang berunsur kebajikan Allah pasti meredhainya. Meyakini diri anda terhadap keredhaan Allah S.W.T. akan menjadi pemangkin diri untuk mendapat ganjaran atau kejayaan dalam penglibatan dalam satu-satu perjuangan.
Memohon keredhaan Zat Yang Maha Berkuasa tehadap usaha anda merupakan satu doa yang mendekatkan anda kepada Allah S.W.T.. Ia membawa maksud bahawa anda telah melaksankan kekalifahan anda dalam kelangsungsan hidup beriman. Dengan itu masa yang sentiasa memporak-porandakan manusia telah diguna dengan sebaik-baiknya dengan aktviti pembangunan.
Faktor kelima yang membuat orang tidak suka menuntut ilmu ialah tidak ada incentive atau dorongan dalaman yang membuatnya ingin participate atau menyertai dalam urusan menimba ilmu. Tahukah anda bahawa kehadiran ilmu dalam diri seseorang akan menyinarkan kemuliaan diri dari segi penampilannya dalam pandangan orang ramai. Orang berilmu mempunyai penampilan yang diterimapakai oleh masyarakat umum yang membuat setiap insan merasa senang dengan pembawaan dirinya.
Jika anda berjaya memikat perasaan orang lain merestui keberadaan anda di khalayak ramai maka anda telah berjaya menyinarkan dakwah Islamiah kepada masyarakat berbilang bangsa yang mempunyai bermacam-macam kepercayaan. Keadaan demikian anda telah perolehi dana pahala sebagai bekalan dunia akhirat nanti di samping menguatkan hubungan ukhuwah kemanusiaan. Dakwah inilah yang dikenali sebagai dakwah senjap.
Satu contoh yang lain ialah cara orang berpakaian yang sentiasa kemas dan mengiklankan keislamannya. Penulis sendiri telah mengalami situasi demikian apabila dia melihat orang Islam itu sentiasa bersongkok dikhalayak ramai atau di mana-mana sahaja mereka berada.
Melihat jemaah menujuh ke masjid dengan berpakaian baju Melayu dan bertupi songkok setiap hari Jumaat hendak menunaikan solat jumaat, hari yang mulia itu, terasa keenakan perasaan dalam hati kelak mengingatkan kekuasaan Allah S.W.T. dalam memurnikan kehidupan. Menyaksikan keadaan demikian setiap Jumaat telah melembutkan hati penulis untuk mencintai Islam lalu meninggalkan agama asalanya Krestian (Catholic) yang dianutinya sejak di bangku sekolah lagi.
Penampilan masyarakat Islam bagitu kemas dan bersih dengan berpakaian baju Melayu melambangkan keunggulan Islam sebagai agama Allah yang direstuinya. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Pada hari ini telahKu sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah ku redhakan Islam itu jadi agama bagi mu.” Surah Al-Maaidah ayat (5) 3.

GURU BAGIKAN SANG SURIA MENYINARI BUMI (Disiarkan pada 22. 05. 2010)

Lahirnya seorang anak di alam dunia ini Allah bekalkan dengan fitrah kehidupan seperti pendengaran, penglihatan, merasa, sentuhan dan menghidu yang dibekalkan kemudian apabila anak itu sudah sampai peringkat umur mengenali makanan. Dalam peringkat bayi dunianya ialah ibu yang memberi segala keperluan hidup. Cahaya hidupnya dibekalkan oleh seorang ibu yang berbentuk kasih sayang, harapan dan motivasi dalam segala pembangunan seorang bayi.
Anak yang menangis apabila ia memerlukan keselesahan hidup, seorang ibu sentiasa bersedia melimpahkan kasih sayangnya walau ia sebuk sekalipun dengan berbagai urusan dunia yang berupa ibadah. Seorang bayi menaruh penuh harapan kepada seorang ibu untuk memenuhi keperluannya. Dengan kasih sayang seorang ibu, ia melahirkan motivasi kepada anak untuk menerokai alam kehidupannya.
Apabila anak itu meningkat umur persekolahan orang tuanya menghantar ke sekolah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari seorang ibu. Kalau seorang ibu memberi cahaya hidup kepada anaknya, maka seorang guru akan menyinarkan cahaya dalam hidup seorang insan. Cahaya inilah yang membentuk akhlak dan keperibadian anak sebagai ahli masyarakat manusia.
Seorang ibu memberi cahaya hidup kepada si bayi berupa makanan dan kasih sayang secara langsung darinya. Tetapi seorang guru memberi cahaya hidup kepada anak muridnya berupa ilmu pengetahuan yang akan membentuk anak itu memahami disiplin kehidupan. Disiplin kehidupan seperti menghormati ibubapa dan guru serta rakan sebaya. Menghormati masyarakat dan undang-undang kerajaan dan menjadi pemain yang bertorelansi dan bertangungjawab. Kepentingan ilmu untuk memahami berbagai agenda kehidupan menjadi prasyarat dalam kehidupan..
Allah telah berfirman yang bermaksud “baca dengan nama Tuhan mu.” Membaca kalimah Allah yang terucap iaitu dokumen wahyu seperti al-Qur’an nul karim dan kalimah Allah yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini merupakan ibadah kerana Allah. Untuk membolehkan manusia membaca kalimah-kalimah tersebut wajar mempunyai ilmu. Ilmu itu boleh diperolehi dari gedung-gedung ilmu seperti institusi pendidikan yang dikelolakan oleh seorang guru dan juga dari pengalaman seseorang.
Guru mendidik dengan kalimah-kalimah pembangunan sama ada jasmani mahupun rohani. Mengilmukan insan adalah khidmat yang paling mulia berbanding dengan profesion lainnya kerana ia memberi cahaya hidup kepada seorang insan. Apabila cahaya tersebut ada pada seorang individu, bermakna ia boleh mengolah aktiviti ibadahnya sebagai kahlifah di muka bumi ini. Mengolahkan ibadah bermaksud ia sebagai pemakmur alam kehidupan yang disediakan oleh Allah S.W.T.
Melihat fenomena alam yang lain ia serupa dengan keadaan alam tumbuh-tumbuhan serta berbagai makluk lainnya. Segala makluk tersebut dapat hidup dengan bantuan sinaran cahaya mata hari yang menyinarkan cahayanya selama dua belas jam setiap hari dalam masa dua puluh empat jam sehari semalam.
Dengan cahaya mata hari sahaja tumbuh-tumbuhan dapat memproseskan makanannya sendiri kelak menjadikan tumbuh subur lalu mengeluarkan bunga. Bunga itu akan melalui proses pendebungaan dari seekor haiwan seperti lebah, burung-burung, insekta yang melawat bunga itu untuk memakan madu yang ada di dalamnya. Setelah proses ini berlaku maka bunga itu akan layu dan menjadi buah yang mempunyai gula di dalamnya yang berhasiat kepada haiwan lain termasuklah manusia.
Mata hari adalah punca kehidupan segala makluk di muka bumi ini. Sinaran cahayanya
menghidupkan atau mengaktifkan berbagai makluk Allah yang berkeliaran di merata tempat. Dengan cahayanya membolehkan makluk tersebut dapat melihat mangsanya atau musuhnya selain dapat bergerak dengan bebas mencari makanan.
Allah bentukkan matahari untuk memberi kemudahan kepada semua jenis kehidupan di muka bumi ini selain dari membekalkan tenaga kepada pokok untuk memproseskan makanan nya. Tenaga suria juga boleh digunakan dalam industri penjanaan tenaga elektrik sebagai mengganti tenaga elektrik yang dikeluarkan oleh dynamo dari turbine yang diputar oleh air
seperti yang berlaku dalam proses hydro-eletrik yang dibina menggunakan pancutan air.
Guru memberi cahaya hidup kepada murid bagikan mata hari menyinari bumi di waktu siang. Tumbuh-tumbuhan memproses makanannya dengan adanya cahaya mata hari manakala manusia dapat mengolahkan kehidupan dengan ilmu yang dipelajari dari seorang guru. Analogi demikian sangat bertepatan kepada seorang guru mengilmukan manusia dan memanusiakan ilmu. Ilmu yang ada pada manusia wajar dimanfaatkan sebagai firah Allah s.w.t. kerana menyalahgunakan ilmu akan mengheretkan manusia ke jurang kehinaan yang membawa kedosaan besar di sisi Allah s.w.t.
Ramai orang menghabiskan sebahagian usianya merengkok di penjara kerana tidak menggunakan ilmu untuk memanusiakan diri. Penjara adalah satu tempat di mana banduan membuangkan masa dan usianya tanpa memanfaatkannya. Ilmu adalah untuk menjadi sinaran kepada kehidupan di dunia dan bukan dijadikan satu kesempatan untuk berbuat sesuatu yang akan menggelapkan masa depan anda terutama sekali apabila anda mendapat giliran untuk beralih hidup ke akhirat.
Ilmu itu memberi cahaya kepada kehidupan manusia. Cahaya yang membentuk pembangunan jasmani dan rohani. Kedua-dua unsur ini adalah pelengkap kepada hidupnya seorang insan yang kenal diri serta tahu tanggungjawabnya sebagai kahlifah Allah di muka bumi ini. Manusia adalah diamanhkan Allah menjadi kahlifah atau pemakmur alam kehidupan dengan memanfaatkan ilmu yang diperolihi dari seorang guru.
Dalam membina seorang insan pembangunan jasmani beriringan dengan pembangunan rohani wajar diterapkan kerana majadi kewajipan pada setiap manusia memahami unsur-unsur kemanusiaannya. Ilmu membentuk peribadi mulia seseorang itu kelak melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang menjadi teras kesepaduan umat bermasayrakat.
Membentuk insan dengan pembangunan rohani akan mengenalkan dirinya sebagai hambah Allah serta sifat-sifat-Nya yang pengasih dan penyayang. Sifat-sifat tersebut akan membentuk jiwanya untuk mengenali makluk Allah yang lain kelak menjadi pemangkin dalam kelangsungan hidup sebagai kahlifah. Merasa sayang kepada makluk seperti haiwan berbagai jenis dan juga tumbuh-tumbuhan akan melahirkan perasaan tanggungjawab sebagai pemain dalam kehidupan ini.
Ilmu yang diajar oleh seorang guru kepada murid di sekolah menjadi pemudah cara baginya dalam mengolah pembangunan. Murid itu memahami masalah maka itu mencari solusi penyelesaiannya agar ia bermanfaat kepada kehidupan. Jika masalah itu diibaratkan sebagai cahaya yang gelap atau pudar maka setelah menemui solusi penyelesaiannya akan menyinarkan cahaya yang berupa kegembiraan seseorang sebagai pemain.
Murid yang mendapat didikan sempurna dari seorang guru akan menggunakan ilmu berkenaan dalam memimpin diri sebagai pemain dalam semua bidang pembangunan seperti pembangunan keluarga, masyarakat, umat manusia, negeri dan negara. Pemain yang berilmu dapat menggunakan kemahirannya berfikir dan mengolah agenda pembangunan mengikut acuan yang dibentuk oleh kerajaan.
Didikan yang sempurna merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Ia mengenali dirinya sebagai hambah Allah dan melaksanakan ibadah demi kesejahteraan ummah. Memelihara ukhuwah kemanusiaan menjadi agenda yang melahirkan kesetiakawanan sosial sebagai benting kesepaduan bermasyarakat. Budaya tolong menolong yang dimurnikan dengan perasaan kasih sayang antara sesama insan akan membina solidaritas sosial kelak mengembalikan perasaan persaudaraan sejagat yang tidak mengenali perbezaan antara umat.
Ilmu dunia yang membebaskan diri dari kepentingan peribadi akan memperolehi keredhaan Allah S.W.T. kelak dapat mengumpulkan dana pahala sebagai faktor keselamatan dan kemuliaan kehidupan di akhirat kelak. Hidup tanpa kehadiran orang lain tidak membuahkan sebarang manfaat kerana kehadiran merekalah yang membuat kehidupan itu bermakna.
Generasi pelapis adalah peneraju dan penerus cerita agenda pembangunan tamadun manusia. Pembangunan itu adalah cahaya dalam kehidupan. Maka itu setiap pemain dalam meningkatkan pembangunan wajar mempunyai ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itulah yang dianalogikan sebagai sang suria menyinari bumi.
Apakah yang diperlukan dalam kelangsungan hidup bertamadun? Pada dasarnya cahaya kehidupan dapat dimanfaatkan dengan kehadiran ilmu. Walaubagaimanapun ilmu semata tanpa dimurnikan dengan ilmu kerohanian sukar mendapat cahaya kehidupan kerana pemainya akan mudah menyalahgunakan ilmu yang ada padanya.
Tamadun merupakan istilah yang paling popular digunakan dalam masyarakat Melayu
untuk menceritakan tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Jika istilah tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak dan sepadu.
Ciri-ciri tamadun Islam menepati kehendak fitrah manusia.Tututan pembangunan dan kemajuan Tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang menitik beratkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material.Tamadun yang dibangun kan secara pincang dan menitikberatkan aspek material berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak berlandaskan ilmu dan iman. Oleh itu tamadun Islam meletakkan tujuan pembinaannya adalah taqwa dan keredhaan Allah s.w.t. bukan keinginan hawa nafsu manusia.
Pembanguan Islam adalah sejagat mutlak dan tetap. Tamadun Islam tidak mugkin berlaku perubahan dari sudut garispanduannya. Pertukaran zaman, perubahan geografi dan sebagainya tidak mungkin mengubah haluan matlamat dan paradighmanya. Ini disebabkan sumber mutlaknya bukan pemikiran manusia yang sering mengalami kebuntuan dan kecelaruan, tetapi sentiasa segar dan bertenaga walaupun mengalami perubahan masa dan geografi.
Kecemerlangan tamadun Islam ialah sepadu dan seimbang antara spiritual, intelektual, emosional dan material atau fisikal. Ciri ini membuktikan bahawa agama menjadi acuan bagi Tamadun Islam. Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebatikan dengannya ialah), acuan Allah (yang telah mencurahkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik acuannya (berbanding acuan Allah yang kami beriman dengan-Nya)? Dan kepada-Nyalah kami beribadat.” (al-Baqarah 138)
Ilmu yang menyinari cahaya kehidupan dunia dan akhirat menjadi agenda yang wajar setiap insan memperolehinya dalam kehidupan. Manusia diwujudkan oleh Allah untuk menjadi kahlifah di muka bumi di samping melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada ku”. Surah Az-Zaariyat ayat (51) 56.
Oleh yang demikian khidmat seorang guru mendidik manusia bukannya setakat mengenali huruf dan mampu mengira tetapi membina manusia agar berfaedah kepada
pembangunan umat manusia sejagat dan berfaedah kepada kehidupan akhirat.

GURU – HENDAK SERIBU DAYA TA’ HENDAK SERIBU DALIH (Disiarkan pada 15. 5. 2010)

Sebagai guru banyak yang boleh dilakukan semasa berkhidmat dengan kerajaan demi kebaikan diri dan juga keluarga serta anak-anak murid di bawah kelolaannya. Satu petunjuk dalam hidup seorang guru ialah mempunyai semangat “Saya mesti berubah!” Membuat perubahan boleh berlaku di mana-mana; pada diri sendiri, pada kerjaya, pada penampilan dalam masyarakat umum dan sebagainya. Penampilan diri menjadi keutamaan dalam pembangunan kendiri kerana ia menjadi faktor untuk pengenalan diri sebagai pemain dalam kelangsungan hidup.
Menuntut ilmu adalah antara yang terpenting dalam membuat perubahan pada diri anda. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna yang akan menambah pengalaman yang sedia ada. Ilmu adalah sebahagian daripada diri anda dan kehadirannya membentuk keperibadian manusia sebagai pemain dalam hidup bertamadun. Keperibadian seorang guru menjadi pemudah cara dalam segala pembangunan dengan syarat ia melaksanakannya dengan sedaya upaya yang dimurnikan dengan keikhlasan dan kejujuran.
Otak manusia adalah Central Processing Unit (CPU) dalam mengaplikasikan ilmu yang ada padanya dalam system mengola aktiviti pembangunan yang difahami sebagai kemahiran berfikir. Segala bahan ilmu yang diperlukan dalam pembinaan insan akan disalurkan oleh otak kepada system para jurit perlaksana yang diketuai oleh hati yang melahirkan perasaan tentang kewajaran ilmu berkenaan dalam membentuk kesempuraan insan. Perasaan adalah antara fitrah yang Allah bekalkan kepada manusia yang membezakannya dari haiwan. Fakulti inilah yang wajar ada pada seorang pendidik kerana ia melahirkan kasih sayang yang mendekatkannya kepada jiwa anak-anak murid di bawah kelolaannya dalam usaha mengilmukan mereka.
Membina kewibawaan seorang murid memerlukkan kepekaan seorang guru untuk menggunakan segala ilmu yang telah dilaluinya. Guru merupakan jurubina atau architect kemanusiaan dan membentuk insan dalam segala segi termasuklah pembangunan jasmani dan rohani. Guru yang proaktif dan inovatif menggapai kecemerlangan pelajar dalam usahanya menimba Ilmu. Semuanya berpaksi kepada semangat seorang guru yang sentiasa berpegang kepada prinsip hendak seribu daya ta’ hendak seribu dalih.
Khidmat seorang guru tidak sewajarnya dapat dipersoalkan kewibawaannya mendidik anak muridnya kerana ia telah melalui berbagai latihan intensif dari Institute Perguruan dan telah melalui berbagai kaedah termasuklah kefahaman psikologi kanak-kanak dan juga remaja. Seorang guru sewajarnya sentiasa tidak ketandusan cara menyampaikan ilmu kepada anak muridnya walau dalam keadaan apapun atau dalam situasi yang rumit sekalipun guru mempunyai cara tersendiri. Hanya persoalannya ialah hendak mendidik dengan jujur dan ikhlaskah atau sebaliknya.
Kepimpinan seorang Guru Besar atau Pengetua sekolah wajar berpegang kepada prinsip: “Come with a solusion and don’t come with a problem”. Maksudnya lebih kurang datang dengan membawa cadangan penyelesaian masalah dan jangan datang dengan masalah, tanpa cadangan. Guru yang mempunyai masalah dengan anak muridnya, dialah orang yang paling arif tentang penyelesaian masalah berkenaan berbanding dengan guru lain yang tidak terlibat dalam pengajaran murid berkenaan. Murid-murid dibawah jagaan seorang guru dianggap sebagai anaknya sendiri. Apa yang baik untuk anak sendiri maka baiklah untuk anak muridnya di sekolah.
Satu peristiwa pernah berlaku kepada seorang guru wanita yang baru juga menamatkan latihan dari Institute Perguruan, ditugaskan mengajar murid-murid tahun enam di sebuah sekolah di pedalaman atas Sabah. Murid-murid tahun enam tersebut adalah dalam kumpulan mixed ability atau kebolehan yang bercampur. Bilangan murid dalam kelas hanya seramai dua belas orang sahaja. Dalam dua belas orang tersebut ada seorang murid lelaki yang agak lemah pencapainnya dalam kelas. Guru berkenaan pinggirkan murid berkenaan dengan alasan ia dalam kumpulan “bodoh”. Ia tidak padai membaca dan mengira. Ia duduk di belakang tanpa teman dan hanya mengikuti kelas tanpa penyertaan mahu pun perhatian dari gurunya.
Pegawai yang menyelia pengajaran guru tersebut mencuba mengambil alih kelasnya dan melibatkan murid yang lemah itu. Ia mencoba mendidik murid berkenaan dengan menggunakan system suku kata dalam membaca perkataan. Murid tersebut boleh kenal huruf dan boleh menyebut atau membacanya. Latihan suku kata berjalan selama tiga minit sahaja kemudian pegawai mencobanya membaca suku kata berkenaan apabila dalam perkataan dan kemudian dalam ayat. Latihan mengambil masa selama enam minit sahaja untuk membolehkan murid itu membaca ayat tersebut dengan lancar.
Seorang guru mengatakan murid bodoh amat mengaibkan profesion keguruan. Kehadiran murid yang lemahlah maka wujudnya sebuah sekolah dengan segala kelengkapan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah seorang guru yang ditauliahkan untuk mendidik manusia dengan diberi ganjaran berupa gaji setiap bulan. Guru yang berkhidmat sehingga sampai usia pesaraan akan diberi keestimewahan mendapat wang persaraan sehingga akhir hayatnya. Malah sesudah ajal menjemput nyawa, jika ia maseh mempunyai anak yang masih bersekolah akan dibela oleh ganjaran persaraannya hingga anak itu mendapat pekerjaan.
Seorang guru sewajarnya tidak berada di sekolah jika murid yang bodoh itu tidak ada. Murid yang sudah enam tahun bersekolah jika ia masih dianggap bodoh maka ganjaran guru mengajarnya menjadi tidak bersih atau haram. Murid yang lemah memerlukan usaha yang gigih, jujur dan ikhlas kerana Allah dari seorang guru. Jika guru itu handak murid itu pandai seribu daya ia akan laksanakan untuk mengobah keadaan. Jika guru itu indah ta’ indah sahaja mengenai mendidik anak murid berkenaan maka seribu alasan akan bermain dalam minda seorang guru termasuklah melebalkan anak muridnya sebagai bodoh.
Seorang guru sepatutnya sentiasa berinovatif dan merancang pengajarannya dalam keadaan yang menyeronokkan serta menggalakkan murid untuk lebih giat mengambil bahagian dalam perbincangan mengola pemikiran untuk menemukan penyelesaian sesuatu masalah. Bilik darjah adalah satu gelangang percambahan fikiran antara murid dalam tahap pemikiran mereka sesuai dengan umur.
Guru mendidik wajar dalam landasan hendak seribu daya kerana ilmu itu hendaklah diperolehi dengan sedaya upaya kerana Allah. Seorang guru harus pusatkan pemikirannya kepada keredhaan Allah S.W.T. kerana dari Zat yang Maha Berkuasalah berlakunya segala aktviti pembangunan yang memfokoskan kepada ketamadunan hidup manusia.
Hidup ini bukan setakat dari tangan ke mulut tetapi wajar memahaminya sebagai satu proses perjalanan hidup di mana manusia sebagai pemain dalam memurnikan segala ibadah kerana Allah. Seorang guru wajar memahami tanggungjawab sebagai pemurni alam kehidupan. Hiasilah hidup anda dengan mendapat kefahaman, “benarkan saya seorang pendidik?” Untuk mendapatkan jawapannya wajar tumpukan kepada keikhlasan dan semangat ‘sedaya upaya’ untuk mendapatkan bahan ilmu dalam memurnikan pengajaran.
Setiap perlakuan itu memerlukan pemikiran yang global. Sebagai contoh, makanan yang terhindang di atas meja belum menjadi makanan sebelum menggerakkan tangan untuk mendapat kannya dan masuk ke dalam mulut. Dalam proses memasukkan makanan itu ke dalam mulut adalah mukadimahnya dalam proseses mendapatkan zat pembanguan jasmani. Sebelum makanan itu ke mulut wajar difikirkan bagaimana makanan itu diperolehi. Adakah ia bersih dari segi puncanya mahupun dari segi keadaannya sebagai makanan yang tidak dicemari oleh makluk asing seperti kuman dan sebagainya dan itu adalah proses pembangunan rohani.
Membangunkan bangsa perlu dalam landasan seribu daya. Ini penting kerana jika penghasilannya tidak menepati kehendak pembangunan sejagat maka usaha anda sebagai kahlifah akan terumbang ambing tanpa kemanfaatan kepada generasi pelapis. Seorang pendidik wajar berfikiran global kerana tugasnya adalah tauliah dari Allah S.W.T. maka itu fahamilah khidmat seorang guru ialah sebagai architect atau jurubina dalam membangunkan manusia.
Jangan biarkan masa menimbulkan celaka dalam perjuangan mengilmukan insan. Mengikut Prof. Syeikh Yusuf Dajwi, ia menyinarai beberapa faktor maka berlakunya kecelaka- an pada diri seseorang dalam perjuangannya membina tamadun kehidupan. Membuang masa adalah antara faktor yang mengakibatkan kecelakaan dalam melaksanakan khidmat sebagai pemain. Wajar pandai mengatur membahagikan waktu. Sebab itu hendaklah orang mengadakan peraturan untuk menjaga perjalanan dirinya sendiri. Jangan dipercaya hati sendiri yang berkata bahawa dia tak perlu diatur. Kerana diri itu biasanya memang tak mahu turut peraturan, sehingga tidak difikirkan bahayanya yang akan menimpa.
Ketahui bahawasanya umur manusia yang sangat pendek itu akan sangat pajangnya, kalau pandai mengatur diri dan pekerjaannya. Yang memendekkan umur, walaupun hidup di dunia seratur tahun, ialah tak pandai mengatur pekerjaan dan diri.
Prof. Syeikh Yusuf Dajwi mengatakan bahawa orang yang mempunyai didikan agama sentiasa melihat hidup ini cerah dan berpotensi. Pengaruh kebendaan sukar mendekati hati orang yang mempunyai didikan agama. Setiap usaha itu difahaminya sebagai ibadah kerana Allah maka di situlah timbulnya semangat juang yang membina identiti diri yang ingin melihat keberhasilannya menggapai kecemerlangan.
Hendak seribu daya ta hendak seribu dali, mempunyai mesej yang amat mengerunkan pembanguan manusia. Setiap pemain haruslah membawa pemikirannya ke dimensi yang diatur oleh Zat yang Maha Berkuasa. Apakah peranan anda dalam sinario pembangunan apabila Allah mentauliahkan anda sebagai kahlifah di muka bumi ini? Dibekalkan manusia dengan fikiran untuk memahami agenda pembanguan dan disertakan juga hati yang dapat merasa kepentingan partisipasi dalam membina tamadun.
Apakah tujuan anda dalam hidup? Membina stratigi untuk menemukan jawapan teka teki kehidupan atau melakarkan berbagai alasan untuk mengetepikan diri dari berperanan dalam membangunkan tamadun kehidupan. Jawapannya, tepuk dada tanyalah iman! Dalam sinario pemikiran sebagai kahlifah konotasi tersebut sepatutnya tidak wajar wujud dalam pembangunan manusia. Tetapi ia menjema juga disebabkan permainan iblis laknatullah hendak menggelincir kan manusia dari landasan kekahlifaannya.
Bertemu dengan masalah wajar diselesaikan dengan mencari solusinya dan bukan mencari alasan mengapa ia berlaku. Sebanyak mana alasan yang ditemui tidak akan mengubah keadaan malah masa akan membawanya kepada keadaan yang memborokkan lagi. Maka itu kelahiran masalah sebenarnya menjemput usaha mencari solusi penyelesaiannya. Di situlah daya usaha memainkan peranan.
Setiap unit pembangunan itu memerlukan seribu daya untuk melahirkan usaha sehingga menemui solusi penyelesainya. Oleh yang demikian seorang guru itu tidak punya pilihan melainkan berjalan di atas landasan menuju redha Allah kelak akan terbina masyarakat penyayang dan berilmu. Profesion keguruan secara automatik pemegang amanah Allah membina tamadun maka itu budaya tak hendak seribu dalih tidak wajar ada dalam diari kehidupan seorang pendidik.

MENDIDIK MURID ADALAH AMAL JARIAH (Disiarkan pada 8. 5. 2010)

Mengikut kamus Bahasa Melayu yang ditulis oleh Arbak Othman yang diterbit oleh Fajar Bakti Sdn. Bhd.,perkataan jariah bermakna kebaikan yang dilakukan sepanjang waktu. Dalam Islam amal jariah yang wajar setiap umat lakukan terbahagi kepada tiga kategori. Pertama ialah mempunyai anak yang soleh; kedua ilmu yang diamal; dan ketiga membuat sesuatu untuk kebaikan orang awam.
Apakah manfaat kepada pembangunan rohani yang dapat diperolehi dari amal jarian yang anda perolehi? Pahala yang ada pada setiap Amal Jariah yang anda laksanakan ialah menjamin anda kehidupan bahagia di akhirat kelak. Setelah selesai agenda di dunia maka anda akan beralih ke dunia alam barzakh buat seketika menanti kedatangan hari hancur-hancuran iaitu hari khiamat yang Allah janjikan kepada umat manusia sebelum sampai ke distinasi mutlak manusia sama ada syurga atau neraka jahanam.
Setelah selesai kehidupan dunia setiap yang hidup mesti mengalami mati. Mati adalah perpisahan jasad dan roh. Apabila anda memasuki pintu kematian, segala kemewahan dunia yang anda perolehi semasa hidup akan berpisah dengan anda kecuali tiga perkara. Mempunyai anak yang soleh yang sentiasa mengharumkan nama baik bapanya di dunia walaupun ia sudah berada di alam barzakh. Mereka masih merasakan bahawa keberadaan bapanya di dunia diwakili oleh anak yang soleh. Penampilan seorang anak yang soleh sentiasa menggambarkan penampilan seorang bapa seolah-olah ia masih hidup di dunia.
Anak yang soleh dapat memimpin umat menjauhi segala larangan Allah dan melaksana kan segala perintah-Nya. Disiplin hidup yang tinggi yang dibalut dengan kesucian beragama akan membentuk tamadun kehidupan di bawah naungan persaudaraan sejagat yang dipimpin oleh perasaan kasih sayang dalam membina kekuatan ummah.
Mempunyai anak yang soleh adalah pewaris ibadah yang pernah dilaksanakan oleh seorang ayah untuk menegakkan siar Islam yang memakmurkan alam kehidupan. Anak yang soleh mempunyai bibit-bibit seorang ulama yang sentiasa memelihara penampilannya yang mewarnai scenario pembanguan tamadun.
Amal jariah yang kedua ialah ilmu yang diguna. Keberhasilan ilmu yang dimanfaatkan akan kekal berada di dunia buat selama-lamanya bersama dengan manusia yang masih hidup. Sebagai contoh, seorang penulis yang telah menghasilkan nukilannya akan sentiasa bermanfaat kepada generasi demi generasi manusia yang masih hidup di dunia walaupun penulisnya jasad sudah dikandung tanah.
Nukilan yang amat bermanfaat kepada masyarakat sehingga menjadi rujukan setiap kali mereka berbicara tentang pembangunan jasmani dan rohani dan ada kalahnya menjadi bahan dakwah kepada mereka yang masih cetek ilmu pengetahuannya mengenai pembangunan kehidupan. Jika sebuah buku itu wajar dijadikan sebagai rujukan maka ada orang yang memperbanyaknya dan menjadi asetnya sendiri.
Seorang guru telah menggunakan ilmunya untuk mendidik anak pelajar di sekolah adalah antara amal jariah yang memberi kemanfaatan kepada generasi pelapis. Ilmu yang guru sumbang kan kepada pembangunan minda setiap insan akan membentuk mereka menjadi pemain yang dapat mengolahkan teka-teki kehidupan. Setiap ilmu yang membentuk insan makluk yang bertamadun ganjarannya akan dipusaki oleh seorang guru yang mendidiknya.
Bukan sahaja dalam arena pendidikan seorang guru dapat curahkan ilmunya tetapi juga dalam demensi lain seperti menjadi idola kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pemimpin dalam segala bindang. Di medan perang beliau dihadapan menjadi pemimpin berjuang mempertahankan akidah Islam; dalam rumah belau menjadi pemimpin keluarga yang amat sayang kepada anak-anaknya dan isteri; di mesjid beliau menjadi guru menyampaikan risalah tauhid kepada para jemaah dan sebagainya.
Dalam masyarakat penampilan seorang guru sentiasa dihormati dan diisegani. Akhlak dan tingkahlaku yang sentiasa dihiasi dengan perasaan kasih sayang dan kesetiakawanan sosial sentiasa menjadi pujaan setiap insan yang ingin membangun. Dengan perkataan guru itu sendiri pun adalah akronim yang memberi erti sesuatu konotasi “Guna Untuk Rakyat Umum.”
Perkataan guru itu sendiri akan melekat pada diri seseorang pendidik walaupun mereka sudah bersara dari perkhidmatannya. Dalam perasaan umum panggilan guru adalah lebih mulia daripada gelaran-gelaran yang diperolehi dari kerajaan dalam perkhidmatan. Dengan panggilan guru sentiasa mendahului nama orang berkenaan dan kadangkala lebih kerap diucap dalam pertemuan umum daripada namanya sendiri. Namun pada itu hingga setelah orang berkenaan sudah meninggalkan dunia ini pun masih orang menggunakan gelarannya “cek’ gu” sebelum disebut namanya.
Seorang guru yang lengkap dengan ilmu termasuklah ilmu agama dan bertakwa kepada Allah S.W.T. dapat membentuk anak murid patuh kapada disiplin belajar serta nasihat seorang guru yang berlandaskan kepada agama. Ilmu dan amal adalah satu keutamaan dalam pembangunan seorang insan. Hubungan ilmu dan amal ini boleh dikaji menerusi ayat Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah S.W.T. daripada hambah-hambah-Nya adalah ulama.”
Sebagaimana maklum bahawa perkataan ulama adalah bentuk jamak daripada alim yang bermakna “orang yang berilmu.” Dengan demikian berdasarkan ayat Allah tersebut, orang yang berilmu, mestilah dia akan merasa takut kepada Allah S.W.T.. Maksudnya, ia akan sentiasa mengamalkan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Dengan perkataan lain, walaupun seorang itu pandai dan mengetahui segala sesuatu termasuk ilmu-ilmu agama, namun ia tidak takut kepada Allah S.W.T. maka orang tersebut tidak akan disebut sebagai seorang yang berilmu. Disini letaknya perbezaan yang mendasar tentang konsep ilmu di dalam al-Quran dengan berbagai teori ilmu yang dikemukakan oleh manusia.
Ilmu, amal dan takwa adalah wajar ada pada sorang guru. Ketiga-tiga sifat tersebut menunjukan bahawa manusia sentiasa sedar menggunakan masa kerana Allah. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-‘Asr dijelaskan setiap manusia sentiasa di dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Ilmu tidak disebutkan di sini. Namun seorang tidak akan dapat memperolehi keimanan yang sebenar tapa ilmu tentang keimanan itu sendiri. Maka itu ilmu dan amal adalah sangat rapat. Hanya dengan ilmu dan amal soleh itulah yang menjadikan manusia terhindar daripada kerugian.
Hubung-kait ilmu dan amal bagaikan roh dan jasad. Ia ibarat bapa dan anak, amalan muncul kerana adanya ilmu dan ilmu tidak muncul kerana adanya amalan. Orang yang beramal tanpa ilmu akan menyesasatkan dan menjauhkan dirinya dari keradhaan Allah S.W.T.
Dalam arena pendidikan faktor masa adalah amat diutamakan kerana segalanya bersandar kan kepada masa dalam perlaksanaan segala ibadah. Membuat kerja rumah juga memerlukan masa jika tidak seorang murid itu akan ketinggalan oleh rakan-rakan dalam kelas. Setiap masa guru mengajar ia menggunakan ilmu yang baru iaitu lanjutan daripada ilmu yang sudah dipelajari.
Guru mengilmukan pelajar adalah satu ibadah kerana Allah S.W.T. yang amat dialu-alukan dalam pembangunan ummah. Pelajar adalah generasi pelapis yang menjadi pemain dalam memurnikan tamadun kehidupan. Maka itu adalah wajar seorang guru dapat membekalkan ilmu sebanyak yang boleh yang akan menjadikan pelajar itu seorang pemain yang berketerampilan
dalam membina pembangunan.
Dengan ilmu seorang ulama atau ilmuan dapat bergerak pantas menangani sebarang musibah yang melanda ummah sebelum ia menjadi penyakit dalam membangunkan bangsa dan
negara kerana mencega adalah lebih baik daripada merawat. Dalam hal ini seorang guru wajar peka melihat masa depan anak pelajar apabila mereka menjadi pemain dalam pembangunan kehidupan.
Dalam sejarah kecemerlangan tamadun Islam, ulama adalah amat dihormati, berwibawa, pakar rujuk dalam pelbagai bidang, penggerak ummah dan sekaligus benting masyarakat. Mereka seharusnya sentiasa bersikap responsif terhadap isu semasa, dinamik dan selalu meng- ambil langkah lebih progresif dalam menangani masalah sosial terutama yang membabitkan keselamatan ummah dan generasi muda tanpa menunggu pehak lain meminta pandangan dan fatwa mereka.
Satu lembaran hitam dalam sejarah pendidikan negara apabila berlakunya kematian tiga pelajar akibat jangkitan HIV. Ia menimbulkan reaksi hangat pelbagai pihak antaranya, ialah munculnya cadangan untuk mengadakan ujian darah dan air kencing bagai calon penuntut yang akan memasuki maktab atau universiti.
Persatuan Kebangsaan Pelajaran Islam Malaysia (PKPIM) pula menyarakan keperluan pendidikan seks sebagai alternatif dan salah satu cara untuk menyekat masalah ini daripada meluas. Cadangan itu memang positif walaupun kajian menyeluruh oleh berbagai pehak dan jabatan perlu diadakan terlebih dulu terutama pandangan dan fatwa ulama. Ini salah satu pendekatan penting bagi mengembalikan imaj ulama yang menurut sesetengah orang semakin dipinggirkan pada era globalisasi dan maklumat ini.
Ulama mesti mampu merangka satu kaedah dan seterusnya bersama-sama pihak lain terutama kerajaan membentuk pelan bertindak bagi menangani masalah sosial dan mencari jalan keluar. Cukuplah menjadi pengajaran bahawa kelesuan ulama dan kejahilan umat adalah penyebab utama kemunduran umat Islam.
Ulama seharusnya cepat berbincang dengan pehak terbabit secara langsung seperti Kementerian Pendidikan bagi menyekat merebaknya bahaya itu. Hasil perbincangan wajar diikuti dengan tindakan yang sewajarnya. Umpamanya ulama berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan Pusat Islam agar berganding bahu memperbanyakkan ceramah agama khas yang mendedahkan bahaya dan dosa besar mengenai penyalahgunaan dadah, seks bebas dan perbuatan sumbang lain.
Program amali secara berterusan boleh membina akhlak dan ketakwaan pelajar seperti khemah ibadah hujung minggu, sembahyang berjemah di surau sekolah, qiamullail dan kegiatan kerohanian lain. Aktiviti dan program seumpama itu sangat penting bagi menyedarkan generasi muda daripada melakukan maksiat. Ia juga salah satu cara mengimbangi pengaruh pelbagai hiburan. Aktiviti seperti itu adalah satu tarbiah secara langsung ke atas pelajar ke arah pembentukan insan berakhlak karimah.
Semua amal kebaikan terutama sekali jenis amalan yang berhubung secara langsung dengan Allah S.W.T. adalah cara paling berkesan untuk menyekat dan menghilangkan pelbagai bentuk kejahatan dan kemaksiatan Firman Allah dalam al-Qur’an surah Hud:114 bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang pada waktu dua tepi siang (pagi dan petang) dan sebahagian daripada malam (Maghrib dan Isyak). Sesungguhnya kebaikan itu (boleh) menghapuskan kejahatan, demikianlah (hal ini) sebagai peringatan bagi yang sentiasa mahu ingat.”
Dari kenyataan Allah S.W.T. ini, alangkah rapatnya hubungkait antara menunaikan sembahyang dengan peranan kebaikan sehingga mampu menghapuskan kejahatan dan kemaksiatan. Langkah paling berkesan untuk menyelamatkan generasi muda terutama pelajar daripada bahaya Aids, seks bebas dan perbuatan sumbang lain adalah dengan memperbanyakkan amal ibadah, mendekatkan diri kepada Allah dan yang terpenting menjadikan Islam sebagai gaya dan cara hidup sempurna

GURU BERILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR (Disiarkan pada 01. 05. 2010)

Profesion keguruan membasmi dunia kejahilan kelak membentuk generasi bertamadun. Tidak dapat dinafikan bahawa tanggugjawab seorang guru dalam mengilmukan anak muridnya amat penting dalam kelansungan pembangunan kehidupan. Kehadiran seorang guru dalam men- tamadunkan generasi pelapis bagaikan garam dengan gulai. Tidak boleh dipisahkan jika anda berkehendakan lauk yang menyelirahkan. Membentuk insan yang berilmu dan berketerampilan wajar melalui pendidikan yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

Jika falsafah pemikiran seorang ahli ekonomi menyarankan bahawa “There is no end in wants”, lebih kurang maknanya “Tidak ada engganan kepada kemahuan”, seorang pujangga mengatakan juga bahawa tidak ada penyudah dalam menimba ilmu seperti yang disarankan oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. “Tuntutilah ilmu mulai dari buaian hinggalah ke liang lahad atau “Education is a long life learning”.

Ahli pujangga pula mengatakan, “Semakin saya tahu semakin saya tidak tahu!” Apalah yang ada dalam setitik air yang membasahi jari jika diculupkan ke dalam laut berbanding dengan banyaknya air laut yang tidak bertepi itu. Konotasi tersebut sebagai tamsil dalam pembangunan kehidupan bahawa ilmunya Allah tidak ada sempadan. Ulama mengatakan jika air laut itu dijadikan tinta atau dawat untuk mencatat ilmunya Allah, sehingga kering lautan pun tidak dapat habis ilmu Allah. Dan jika digandakan banyaknya air laut pun tidak mencukupi mencatatkan semua ilmu Allah.

Guru berilmu pemangkin kecemerlangan pelajar dalam arena pendidikan. Guru adalah perintis jalan menerokai ilmu yang terpendam di alam ini. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna yang dapat diterjemhkan kepada pembangunan kehidupan. Guru mengajar menggunakan kepekaannya memahami alam kehidupan yang wajar diterjemahkan kepada pelajar. Guru mengajar untuk kefahaman pelajar kelak membina semangat juang sebagai pemain dalam kelangsungan hidup.

Seorang guru tidak wajar berfikir pada dirinya tentang ilmu yang dipunyainya dengan berkata “Memadailah apa yang ada pada diri saya.” Wawasanya dalam hidup hanya menanti masa untuk mengisi borang persaraan! Walau bagaimana pun jika dilihat daripada dimensi kemewahan dunia maka tidak ada yang memilih berkecuali dari pemikiran seorang ahli ekonomi.

Dengan ilmu, perlaksanaan agenda pembangunan menjadi mudah. Guru yang berilmu boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Pemangkin utama dalam urusan menimba ilmu ialah minat dan minat akan menimbulkan semangat partisipasi dalam kelas. Penyampain pengajaran guru sentiasa menyeronokkan pelajar jika guru tahu bahan yang di sampaikan. Di situlah memerlukan kepekaan sorang guru mengola pengajarannya yang akan menaikkan minat pelajar mengikuti arus pemikiran guru dengan seronok.

Guru mengajar kepada pelajar wajar dihiasi dengan ilmu yang menyemerakkan minat pelajar kelak menjadi pemurni jiwa mereka dalam memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru. Kefahaman pelajar dalam mengikuti pengajaran guru menjadi pemangkin minat untuk ingin mengetahui lebih luas tentang pelajaran berkenaan kelak akan membentuk wawasan diri berlandaskan falsafah hidup dengan semangat “Saya mesti Berubah”. Penampilan seorang guru dalam bilik darjah menjadi faktor utama dalam mewujudkan kawalan kelas yang akan menggamit motivasi dalaman pelajar untuk menjauhi budaya ponting kelas.

Harus anda faham bahawa seorang guru berhadapan dengan ramai pelajar yang masing-masingnya mempunyai bermacam kerenah. Kedua ialah dalam kelas guru berhadapan dengan pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai bermacam ragam semulajadi. Dalam kelas juga selain dari kelas agama kesemua pelajar mempunyai kepercayaan masing-masing. Hanya satu faktor sahaja yang semua mereka adalah sama iaitu mereka ialah manusia. Maka itu faktor persamaan itulah menjadi isu dalam pendidikan. Agenda perjuangan seorang guru ialah memurnikan manusia supaya menjadi pemain dalam pembangunan kehidupan.

Apabila anda berurusan dengan manusia anda memikirkan mengenai perasaan kasih sayang dan kemahiran berfikir, disamping sifat-sifat kehaiwanannya. Maka itu seorang guru wajar mempunyai pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan kerenah-kerenah pelajar tersebut. Menjadi kewajipan seorang guru untuk mendekatkan diri kepada zat yang Maha Berkuasa kerana segala yang ada pada setiap individu pelajar adalah pemberian dari–Nya. Memohon petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T. bagaimana malaksanakan ibadah anda yang sesempurna yang boleh sewajarnya sentiasa bersama anda.

Tidak boleh dinafikan bahawa ada pelajar yang menjadi kambing hitam dalam kelas. Jika demikianlah keadaannya maka kawalan kelas menjadi keutamaan guru. Satu peristiwa berlaku kepada salah seorang guru dari Malaysia yang bernama Dr. Zainal. Beliau telah diutus oleh Suruanjaya ke Malaysia untuk pergi ke Amerika hendak mengajar satu kelas tingkatan empat yang sukar dikawal.

Pada hari pertama ia masuk kelas dan mula mengajar ia dilepar dengan selepar oleh beberapa orang pelajar. Kelas berkenaan ialah Tingkatan Empat aliran Sains. Pada hari keduanya ia masuk kelas dan mula mengajar muridnya bermain berkejaran di atas meja. Ia cuba mengawal kelas sedaya upaya dengan menggunakan berbagai teknik yang dia tahu tetapi masih tidak dapat mengawalnya.

Pada petang hari kedua guru itu berjalan-jalan bersantai di kawasa berhampiran sekolah itu. Ia dapati kawasan itu ialah kilang perindusterian. Banyak kilang bermacam jenis ada di situ. Ia berfikir bahawa dengan adanya kilang tersebut ada peluang untuk mendapatkan kawalan kelas semasa guru mengajar. Ia memilih kilang membuat kereta lalu guru itu berbincang dengan pengurus besarnya kalau ia boleh menggunakan kilangnya buat beberapa waktu untuk membawa pelajarnya membuat amali. Dengan penuh keikhlasan pengurus besar tersebut memberi peluang kepada guru itu. Kemudian guru itu mengatur persediaan untuk membawa pelajarnya pada keesokan hari.

Apabila guru itu membawa pelajarnya ke kilang tersebut pada hari ketiga guru itu berada di sekolah itu, kelihatan muka pelajar amat gembira dan bertukar penampilan mereka menjadi tenang dan mendengar nasihat dari gurunya. Dalam kelas (kilang) guru memberi tugasan setiap individu. Mereka melaksanakan tugas mereka masing-masing dengan penuh minat. Guru hanya menyelia sahaja kerana semua pelajar tahu apa yang dibuat mereka.

Pelajar Tingkatan Empat berkenaan adalah kumpulan pelajar yang Intelligent Quotient (I.Q)nya sangat tinggi. Ramai guru di Amerika dipanggil mencoba mengajar mereka tetapi gagal hendak mengawal kelas. Maka itu guru dari Malaysia dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dr. Zainal dari Universiti Sains Malaysia adalah pakar dalam pendidikan murid bermasalah.

Dr. Zainal menyediakan jadul pengajaran dalam dua system. Separuh masa dalam seminggu pelajar berada di kilang kereta berkenaan dan separuh masa seminggu yang lain berada di kelas biasa. Bagitulah keadaan perjalanan kelak yang disediakan oleh Dr. Zainal yang amat menyeronkan pelajar Tingklatan 4 yang pada mulanya amat susah mengawal kelasnya.

Oleh sebab kelas tingkatan berkenaan adalah pelajar-pelajar yang amat deras perubahan prestasinya maka guru yang inovatif amat sesuai dengan kumpulan pelajar tersebut. Dengan adanaya kelas yang memerlukan amali, pelajar-pelajar tidak merasa bosan dengan sistem pengajaran yang berbentuk “Chalk and Talk”.

Dalam melaksanakan kawalan kelas antara dua jenis kumpulan pelajaran iaitu murid yang laju dan cergas dengan kumpulan murid yang rendah I.Q. adalah antara masalah yang memerlukan kepekaan seorang guru untuk mengajar. Maka itu guru berilmu pemangkin kecemerlangan pelajar.

Masalah murid dalam kelas adalah cobaan dalam bidang pendidikan. Jika seorang murid dalam kelas adalah dalam kumpulan yang deras dan cergas atau dalam bahasa pendidikannya ialah kelas “mixed ability”, maka antara murid yang lemah dengan murid yang cergas guru kena buat persediaan berasingan. Jangan memikirkan bahawa seorang guru dalam bilik darjah adalah lebih besar daripada muridnya dan berkuasa mengambil tindakan sesuka hati tehadap masalah yang ditimbulkan oleh pelajar!

Jika pelajar yang cergas memerlukan pelajaran yang mencabar, guru wajar melayaninya. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kesat seperti “anak malaikat!” dan menghukumnya untuk keluar kelas dan memeluk pohon bunga di bawah teriknya mata hari disebabkan murid berkenaan meminta kerja dari gurunya. Kalaulah demikian tindakan guru mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid yang cergas, maka adalah amat penting bagi guru berkenaan melihat diri dalam cermin dan menyoal jiwanya: “Adakah saya sesuai sebagai guru?”

Profesion sebagai guru adalah tugas yang amat mulia di sisi Allah S.W.T.. Khidmat seorang guru adalah memanusiakan manusia. Dunia kejahilan wujud kerana tidak ada khidmat seorang guru untuk mengilmukan manusia. Tindakannya berunsurkan kehaiwanan dan jauh mengenali diri sebagai hambah Allah. Allah wujudkan manusia dan Allah juga membekalkan ilmu agar mengenali tindakan yang bertamadun.

Guru wajar berilmu sebab ia mengilmukan manusia maka dengan ilmu yang dia perolehi menjadi kekuatan untuk melaksanakan ibadahnya sebagai guru. Dokumen yang mensahkan pencapaian anda di pengajian tinggi wajar dijadikan sebagai pemangkin anda untuk berubah sebagai pemain yang berketerampilan dan jangan gunakan dokumen itu sebagai hiasan semata dan tidak ada perubahan dalam mengolah pemikiran.

Guru menjadi pakar rujuk kepada muridnya maka itu adalah bersesuian ia melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Guru tanpa ilmu ibaran ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tidak ada sebab mengapa seorang guru tidak dapat melengkpkan dirinya ilmu asas berbagai pembangunan semasa hidup di dunia.

Negara kita Malaysia sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain khusus di rantau Asian. Pegajian tinggi seperti universiti berada di depan rumah anda dan hanya menanti usaha anda datang ke kaunter pendaftaran dan mengisi borang menjadi mahasiswa atau mahasiswi. Ikut jejak langkah orang Mat Salleh, mahasitua pun masih ramai datang mendaftar. Menuntut ilmu adalah mengikut sunnah Rasul yang baginda menyarankan kepada umatnya “Tuntutilah ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad”. Pemikiran Barat pula mempunyai konotasi serupa yang berbunyi: “Education is a long life learning.”

Segala usaha anda dalam memperbaiki keadaan hidup adalah tawakal kepada Allah. Maka itu pusatkanlah pemikiran anda kepada Zat yang Maha Berkuasa kerana tidak ada yang mustahil bagi Allah. Dialah yang berkuasa terhadap segala sesuatu. Manusia sebagai hambah-Nya pasti diberi petunjuk dan hidayah untuk menangani masalah dengan syarat anda bertawakal. Isya Allah