Thursday, October 25, 2012

ANTARA AMAL DAN PENGALAMAN DARI KACA MATA IMAN


 (Disiar pada 20.10.2012)
Agama mengajar manusia untuk melihat dirinya dalam dua fenomena iaitu jasmani dan rohani atau fisikal dan roh. Antara keduanya mempunyai perbezaan dari segi ciri dan sifatnya. Fenomena fisikal sifatnya nyata dan boleh dilihat dan disentuh tetapi rohani pula bertentangan sifat apa yang ada pada fisikal. Ia tidak nyata (ghaib), tidak mempunyai bentuk tetapi keberadaannya dapat dirasai oleh  iman.
Antara amal dengan pengalaman juga mempunyai sifat yang bertentangan antara satu sama lain. Amal atau perlakuan adalah pergerakan fisikal dan mempunyai sifat nyata berbanding dengan pengalaman, hanya iman dan mata hati (iman) sahaja yang dapat melihatnya.
Ambil contoh yang mudah sahaja seperti pengalaman merantau di negeri orang. Mata kepala tidak dapat melihat keadaannya seperti mana kebolehan mata hati melihat nya. Begitu juga alam dunia dan alam akhirat, dunia boleh dikesan oleh pancaindera mata tetapi alam akhirat hanya mata hati atau iman sahaja yang boleh melihat keberadaannya. 
Kedua-dua fenomena ini menjadi agenda dalam kehidupan yang sukar ditemukan dengan jawapannya jika tidak disandarkan kepada kekuasaan Allah s.w.t. Dialah Maha Pencipta dan Maha mengetahui. Pembentukan manusia sahaja sebagai hamba-Nya menakjubkan para pengkaji ilmu kerana ia terbentuk dalam dua sifat iaitu sifat nyata (jasmani) dan sifat ghaib(roh)
Keberadaan zat roh  pada diri manusia menjadikan manusia satu ciptaan Allah yang terunggul dan termulia berbanding makhluk ciptaan-Nya yang lain. Keunggulan manusia berbanding makhluk lainnya atas dasar mempunyai berbagai fitrah Allah. Antara nya seperti akal, kemahiran berfikir, perasaan kasih sayang, ingin mengetahui, berkema- huan (nafsu), berwawasan dan berilmu pengetahuan.
Dengan kehadiran iman manusia dapat menyelami alam ghaib yang mendekat kannya kepada Zat yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui. Dengan kehadiran ilmu pada manusia wawasan pemikirannya meliputi alam nyata dan alam ghaib. Maka itu budaya hidupnya adalah beramal menerokai alam nyata dan juga alam ghaib. Maka itu wujudlah apa yang dikenali sebagai pembangunan fisikal dan pembangunan rohani iaitu dunia dan alam akhirat.
Dengan beramal menerokai alam nyata akan memperkayakan fenomen pengala- man pada diri manusia. Banyak pengalaman membuat manusia pintar dan berwawasan kerana ahli fikir mengatakan “pengalaman merupakan guru yang paling bijaksana” (experience is the best teacher). Pengalaman mencegaskan fenomena kemahiran berfikir dan menjadikan ia teras kepada kemampuan dalam menyelesaikan berbagai masalah pembangunan tamadun manusia.
Orang yang berilmu adalah disebabkan mempunyai banyak pengalaman. Maka itu beramal, bertawakal, beribadat sebenarnya meluaskan pengalamannya, dalam erti kata lain menuntut ilmu atau memperkayakan ilmu yang sudah sedia ada. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan: “tuntutilah ilmu hingga ke negeri Cina”. Ia membawa maksud menuntut ilmu bukannya semudah yang difikirkan. Ia memerlukan semangat juang, ketabahan hati(perseverance, dan istiqamah dalam segala amal ibadatnya..
Menuntut ilmu adalah satu jihad kerana segala kebahagian dunia yang membawa kepada kelalaian untuk beribadah, hatinya tidak tergiur untuk melayani kemahuan syahwatnya. Ilmu yang ditutut memperluaskan horizon atau ufuk pengalamannya. Maka itu membaca adalah satu ibadah kerana banyak membaca akan meluaskan ilmu pengetahuan; dari situ pengalaman dengan sendirinya akan menjadi luas. Mempunyai pengalaman yang luas biasanya orang yang mempunyai banyak ilmu.
Dalam system bermasyarakat, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam system nilai peribadi dan juga masyarakat manusia di setiap peringkat. Ilmu menjana nilai pengetahuan yang tinggi dan menjadi kunci kepada segala kebaikan. Apabila ilmu menginap dalam diri manusia, maka pintu pemikiran yang waras akan terbuka. Ilmu akan membolehkan manusia memahami diri sebagai makhluk yang mempunyai nikmat Allah s.w.t. yang tidak terkira banyaknya dan menjadi pembina ketamadunan hidup seorang insan.
Amal merupakan aktiviti kehidupan menangani keperluan-keperluan semasa untuk pembangunan manusia. Amal yang ikhlas itu merupakan ibadah kerana Allah. Kesungguhan beramal  bermakna keikhlasan beribadah kepada Allah s.w.t.. Amalan ialah suatu bentuk  kerja yang diusahakan secara istiqamah.
                Amal ibadah itu semestinya kemanfatan kepada kedua-dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat. Wawasan hidup manusia adalah menangani pembangunan dunia dan juga pembangunan akhirat kerana manusia terbentuk dalam dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani. Keperibadian kedua-dua alam tersebut tanggungjawab setiap insan. Maka itu falsafah pembangunan manusia wajar  berlandas kepada alam dunia yang bersifat sementara dan kepada alam akhirat yang kekal dan abadi.
                Amal melahirkan pengalaman yang mendidik manusia lebih  dewasa kerana dari pengala- manlah maka seorang insan itu menjadi berguna kepada orang lain. Kecanggihan manusia melaksanakan amal sehingga dapat menghasilkan  satu reka cipta yang memberi kemanfaatan kepada kehidupan adalah hasil penggunaan pengalaman yang ada padanya.
                Pengalaman beribadah kerana Allah khususnya membantu orang lain dalam segala kemuskilan hidup membuahkan pahala yang akan menjamin kemudahan hidup di dunia yang sentiasa dihiasi dengan keseronokan bermasyarakat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas itu adalah yang lebih mulia daripada tangan yang dibawah”
 Tangan yang di atas dianalogikan  sebagai orang yang ringan tangan untuk memberi pertolongan kepada  orang yang memerlukannya. Tangan yang dibawah adalah orang yang suka meminta-minta dan kurang berusaha untuk menabur bakti kepada bumi mahupun kepada masyarakat di sekelilingnya.
Amal dan pengalaman berjalan beriringan. Pengalaman merupakan hasil kepada apa yang telah diamalkan atau diusahakan. Pengalaman tidak akan menjelma tanpa beramal. Pengalaman  murupakan kedatangan ilmu yang baru dan ia membina keyakinan diri untuk terus beramal. Istiqamah dalam beramal membina kesempurnaan hidup di sisi Allah s.w.t. kerana Allah lebih suka amalan yang berterusan berbanding dengan amalan yang bermusim.
Pengalaman hasil dari amalan manusia itu akan membimbing atau menemaninya ke liang lahad dan seterusnya ke alam akhirat. Ia sebagai penentu kepada kedudukannya di akhirat. Dalam kehidupan dunia manusia  itu dalam garis besarnya  terbahagi kepada dua:
1.        Mereka yang baik amalannya kerana beriman dan beramal saleh.
2.        Mereka yang tidak baik amalannya atau jahat, kerana kafir dan bermal saleh.
Baik yang diperbuat, baik pada balasannya. Buruk yang dilakukan , buruk pula balasannya. Ini adalah suasana Allah, yang selalu berlangsung dalam kehidpan dunia. Ia merupakan undang-undang seluruh kewujudan manusia. Apabila seorang berlaku dan berbuat baik dalam kehidupan dunianya, ia akan memperolehi kebaikan dalam kehidupan akhiratnya sebagai balasan. Demikian pula  yang berbuat  tidak baik  atau jahat dalam kehidupan dunianya, maka keburukan juga yang
akan diterima sebagai balasannya (Dr. Harun Din 1990)..
                Nilai balasan baik di akhirat ialah dengan penempatan di dalam Jannah. Nilai balasan buruk ialah dengan penempatan di dalam nar. Jannah diterjemahkan oleh bahasa Sanskrit dengan  Surga, sedangkan nar atau Jahanam diertikan dengan Neraka. Jannah melambangkan kehidupan bahagia dan sejahtera (salam), penuh dengan keselamatan  dan kesenangan. Nar melambangkan kehidupan yang penuh  dengan penderitaan dan kehinaan.
                Kalau kehidupan dunai manusia diakhiri oleh mati, yang kemudian disambung dalam kehidupan alam barzakh, maka setelah manusia dibangkitkan ia memasuki alam akhirat. Kehidupan yang akhir ini tidak terbatas oleh waktu. Di dunia  manusia mengalami kehidupan yang kekal dan abadi.
                Amalan yang tidak baik akan menjadi pengalaman yang pahit bagi kehidupan di dunia. Faktor ini bermanfaat juga kepada kehidupan kerana ia menjadi faktor untuk menyedari amalan yang membawa kerugian kepada kehidupan. Pengalaman yang pahitlah akan menyedarkan individu berkenaan untuk memperbaiki amalannya atau dalam perkataan lain mendorongnya untuk mengenali amalan yang membawa kebaikan kebaikan.
                Maka dengan itu pengalaman akan membolehkan kita mengenali yang mana baik dan yang mana buruk. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah agar  diberi kekuatan untuk melihat yang hitam itu adalah hitam dan yang putih itu adalah putih. Dalam percaturan hidup, nafsu manusia sentiasa inginkan kebahagian yang berunsur duniawi yang sering membawa kepada pembalasan kepada kebutkan.
                Memperbaiki amal seseorang seharusnya berlandaskan kepada pengalaman yang telah mereka lalui. Pembangunan berdasarkan kepada kejayaan yang telah dicapai menjadi sandaran kepada setiap fenomena perubahan. Menuntut ilmu merupadakan faktor utama yang penting untuk melaksanakan sesuatu demi memperbaiki amal yang telah berjaya diperolehi. Dengan ilmu manusia dapat melihat cakerawala alam yang lebih menyerlah  serta mengamit keseronokan pada mata memandang.
                Pengalaman sebenar merupakan faktor pemangkin kepada perubahan sesuatu kehidupan. Faktor kemodenan sebenar adalah akibat amal yang telah mencapai tahap yang terbaik berban- ding dengan apa yang telah dialami dalam pembangunan kehidupan. Falsafah pembangunan semestinya menuju kepada faktor kemodenan. Ini penting kerana setiap yang baru itu cepat menjadi lapuk atau lama disebabkan faktor masa begitu cepat beredar.
                Hidup ini menyeronokkan kerana kehadiran fenomena yang baru akibat dari persepsi pemikiran  baru. Dunia masa kini di landa oleh ledakan pembahruan dari segi sains dan teknologi sehingga belum sempat mengetahui penemuan yang baru  sudah datang lagi ciptaan yang terkini. Alvin Tofler dalam bukunya “Future Shock” atau “Kejutan Masa Depan” menghimbayu masalah demikian di mana manusia sukar mengikuti pembaharuan dan perubahan pembangunan yang begitu drastik.
                Mempelajari dari pengalaman banyak perubuan yang dapat dilaksanakan  untuk memper- baiki tentang kelemahan yang telah berlaku. Sebagi contoh, seperti Peristiwa  13 Mei 1969, Dasar Pelajaran Kebangsaan (DBK) telah tidak dilaksanakan dengan tegas. Sungguhpun  tujuan  DBK ialah hendak menjadikan bahasa Melayu bahasa penghantar  utama, tetapi kerajaan  Perikatan pada masa itu memberi layanan yang istemewa kepada pendidikan  aliran Inggeris.
Sebenarnya pendidikan aliran Inggeris berkembang 300 peratus  lebih pesat  daripada pendidikan aliran Melayu baik dari segi murid, guru ataupun sekolah.  Malahan beberapa sekolah  kebangsaan (Melayu) terpaksa ditutup kerana tidak cukup murid yang masuk belajar  ke darjah satu. Salah satu sebab  tercetusnya  Peristiwa 13 Mei ialah perasaan tidak puas hati  kebanyakan orang Melayu terhadap layanan yang diberi oleh pihak  berkuasa terhadap pendidi kan aliran Melayu dan pendidikan  bagi  orang Melayu. Tragedi tersebut membangkitkan kesedaran dan keinsafan di kalangan sebahagaian besar warganegara Malaysia. Kerjasama yang erat antara rakyat  Malaysia yang berbilang keturunan telah berlaku, terutamanya di dalam majlis  Perundangan Negara yang telah dibentuk selepas peristiwa 13 Mei.
Dasar Pendidikan Kebangsaan di bawah pimpinan Menteri Pelajaran yang baru, Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub, telah dilaksanakan dengan tegas, mualai dari tahun 1970. Pada tahun 1971  pula, di bawah pimpinan Perdana Menteri baru Tun Abdul Razak bin  Datuk Hussain, satu Kongres Kebudayaan Kebangsaan telah diadakan dan kongres ini telah menghasilkan Dasar Kebudayaan Kebansaan Malaysia. 

No comments:

Post a Comment