(Disiarkan pada 13 Oktober 2012)
Ahli ekonomi mengatakan “There is no end in want” atau dalam bahasa Malaysianya, tidak ada penghujung kepada kemahuan. Sebagai contoh yang paling mudah, jika kita membeli sepasang kasut kulit pasti kita hendak sepasang stoking dan selepas ada sarung kakinya kita kena fikirkan lagi untuk mencantikan kasut itu supaya ia kilat dan berseri maka kita kena membeli alat pengilat seperti belaking jenis kewi. Sudah ada alat pengilat kemudian kita perlukan pula berus untuk menyapu permukaan kasut supaya menjadi kilat. Dan seterusnya, mungkin tumit kasut tidak seberapa tinggi seperti mana kemahuan kita maka itu hantar kepada tukang kasut untuk menambahnya. Begitulah keadaan yang kita mahu tentang sepasang kasut.
Matarantai kemahuan dalam menelusuri kehidupan begitu disiplinnya. Keadaan demikan berlaku disebabkan naluri manusia sentiasa inginkan sesuatu yang baik, baru dan menonjolkan berbanding dengan apa yang sudah sedia ada, atas dasar kerana mungkin tidak sesuai lagi pada pandangan mata mengikut perubahan semasa.
Untuk menokoh tambah sesuatu keadaan yang sudah sedia ada supaya menjadi lebih menyenangkan hati disebabkan sifat manusia yang sentiasa suka disanjung dan dipuji. Falsafah pembangunan menggarisbawahkan pencapaian sesuatu ibadah agar ia sentiasa mengalami perubahan mengikut disiplin masa itu bergerak atau berubah.
Disiplin pembangunan kehidupan mengajar kita mengikuti jajak langkah perubahan masa agar pencapaian hari ini seharusnya lebih baik berbanding pencapaian hari kelmarin; dan hari esok sewajarnya lebih murni lagi berbanding hari ini, dan seterusnya hari-hari berikutnya gandakan pencapaian kita supaya lebih menyerlah berbanding apa yang telah dicapai sebelum nya. Demikanlah fenomena pembangunan demi mewujudkan sesuatu yang serasi dengan keadaan semasa.
Dalam pembangunan tamdun manusia, falsafah pemikiran manusia sentiasa mencari pembaharuan kepada status kehidupan yang lebih dominan. Inilah falsafah yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin dunia yang bertukarganti setelah rakyat tidak menyokongnya lagi sebagai pemimpin mereka.
Pemimpin yang adil akan disanjung rakyat tetapi sebaliknya jika agenda kepimpinannya berbau peribadi yang melandaskan tindakannya lari dari keadilan maka ia perlu disangga oleh rakyat sebagai pemimpin mereka. Oleh yang demikian untuk memelihara kemurnian ukhuwah kemanusiaan adalah lebih sesuai sebelum patah carilah penggantinya.
Setiap individu perlu muasabah diri melihat kembali apa yang telah dicapainya dan apa yang belum dan melibat juga perancangan yang masih hijau belum menjadi kenyataan. Pepatah Melayu mengatakan “ kutu di sebarang sungai jelas kelihatan tetapi gajah di bawah telinga kita sukar diketahui kehadirannya. Pimpinlah diri mengarah ke dunia akhirat tetapi jangan pimpin diri untuk kepentingan dunia semata.
Melihat kepada muamalat hidup di alam dunia, agama mengajar kita agar meningkatkan perlaksanaan ibadat kerana Allah beriringan dengan perjalanan hidup menuju ke liang lahad. Perubahan demikian adalah lebih bermanfaat jika disandarkan kepada falsafah hidup yang menggarisbawahkan usaha bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang hayat (long life learning).
Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. dalam melaksanakan ibadat, mengutamakan amal ibadatnya lebih banyak berbanding masa tidurnya. Ia masuk tidur sentiasa lewat kerana menjalankan aktiviti dakwah di mesjid. Kemudian sepertiga malam yang akhir baginda bangun lagi untuk melaksanakan sembahyang tahajud. Baginda memikirkan bahawa memurnikan akidah itu lebih penting daripada tidur, seperti apa yang dikumandangkan oleh bilal semasa azan Subuh: “asolatu kairul minan nauum”, solat itu lebih penting daripada tidur.
Pada suatu ketika apabila isteri tersayang, Siti Aisah masuk tidur ia menyaksikan suami nya masih di atas tikar sembahyang. Kemudian sepertiga malam yang akhir, Siti Aisah terjaga, suaminya masih di atas tikar sembahyang. Apabila suami masuk tidur Siti Aisah menegur suaminya: “Abangkan sudah dijamin oleh Allah keampunan dosa. Janganlah sampai begitu sehingga tidur pun sentiasa terganggu!” Apa jawab Rasul: “Alangkan baiknya jika saya digelar oleh Allah orang yang paling bersyukur”. Budaya hidup baginda Rasul tidak ada penghujung rasa kesyukurannya kepada nikmat hidup yang Allah kurniakan kepadanya.
Jika kita mahu beribadat kerana Allah pastikan tidak ada penghujung kepada muamalat berkenaan. Setiap detik masa berlalu membawa seribu macam nikmat Allah yang kita alami dalam hidup ini. Maka itu adalah wajar tidak ada penghujung kepada ibadat kita sebagai tanda kesyukuran kita kepada nikmat hidup yang Allah berikan kepada kita.
“Tidak ada penghujung kepada kemahuan”, merupakan satu fenomena hidup yang sewajarnya disandarkan kepada keikhlasan dan kejujuran hati manusia sebagai hamba Allah demi kebahagian hidup di akhirat kelak. Ilmu, mendidik kita bahawa “semakin kita tahu semakin kita tidak tahu”. Konotasi demikian memberi satu disiplin hidup bahawa untuk memurnikan keadaan hidup harus dengan ilmu. Tetapi ilmu mendidik manusia bahawa semakin banyak ilmu yang dikuasainya semakin banyak lagi ilmu yang belum dapat diterokai.
Setiap penemuan ilmu yang baru seharusnya menjadi pemangkin kepada naluri manusia untuk lebih terdorong lagi untuk mencari ilmu kerana apalah ilmu dunia berbanding dengan llmunya Allah. Ulama mengatakan “jika kita culupkan jari kita ke dalam air laut dan angkat, air laut yang membasahi jari itulah ilmu dunia tetapi ilmunya Allah ibarat air laut yang tidak bertepi itu. Dan jika dijadikan air laut itu menjadi tinta untuk mencatat ilmunya Allah sehingga kering air lautan pun tidak dapat menghabiskan mencatat ilmu Allah. Dan jika kita gandakan air lautan itu pun sehingga kering, tidak juga dapat menghabis mencatat ilmunya Allah.
Dalam program televisysen yang dinamakan “animal planet” kita dapat menyaksikan berbagai macam jenis haiwan sama ada di atas bumi mahupun di dalam laut. Makhluk-makhluk yang hidup dalam air laut sahaja pun amat mengkagum dan menakjubkan pada mata memandang. Semuanya adalah makhluk yang hidup. Setiap makhluk mempunyai disiplin hidup yang tersendiri dan semua fenomena berkenaan adalah kekuasaan Allah s.w.t. untuk mewujud kannya. Tidak ada kewujudan sesuatu itu tanpa kekuasaan Allah untuk mewujudkannya.
Dengan pada itu juga ikan-ikan yang ada di dalam laut hidup dengan memakan lumut-lumut dan tumbuh-tumbuhan yang ada di sekelilingnya. Tidak kurang juga jenis-jenis ikan yang besar memakan ikan-ikan yang kecil sebagai disiplin matarantai kehidupan makhluk ikan di dalam laut. Fenomena kehidupan makhluk tersebut adalah kekuasaan Allah s.w.t. mewujud kannya. Jika diteliti dan dikaji falsafah kehidupan makhluk ikan, membuat kita lebih menakjub kan. Walaupun air laut itu rasanya masin, tetapi ikan yang hidup di dalam laut, dagingnya tidak menjadi masin.
Firman Allah s.w.t. pertama yang disampaikan kepada Baginda Rasul Nabi Muhammad s,a,w, melalui Malaikat Jibril, memerintahkan manusia (Muhammad) supaya membaca (Iqra). Walau bagaimanapun, Baginda Rasul memberi tahu kepada Malaikat Jibril bahawa beliau tidak pandai membaca, (kerana tidak pernah memasuki sekolah untuk menuntut ilmu). Walau pada itu juga Malaikat mengulangi perintah Allah sebanyak tiga kali supaya membaca dengan nama Allah (Iqra bisimirabbika lazzi kalaq). Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahuai.
Allah memerintahkan manusia supaya membaca untuk memperolehi ilmu. Ilmu yang dimaksudkan di sini ada dua iaitu ilmu yang terucap oleh Allah seperti dokumen wahyu; (al-Quran nul karim) dan kedua ialah ilmu yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini. Di dalam alam kehidupan seperti ikan dalam laut, manusia diperlukan membaca dan memahami falsafah kehidu pannya.
Hidupnya ikan dalam air laut yang masin tidak menjadikan dagingnya merasa masin, mempunyai satu tamsil atau analogi kepada disiplin kehidupan manusia. Ia mendidik kita mengenai fenomen pembangunan manusia yang sentiasa diwarnai oleh kerenah-kerenah alam kehidupan termasuklah gejala-gejala yang direka oleh iblis terhadap pembangunan disiplin manusia sebagai hamba Allah.
Pembentukan akhlak seorang insan wajar bermula dari rahim ibu. Bahan yang menjadi zat membina bayi dalam kandungan ibu terutama sekali pada organ otak dan hati, semestinya bersih dan halal daripada segala kotoran dalam pandangan akidah Islam. Ini penting dalam membina insan yang soleh dan solehin yang terbentuk dengan kekuatan mental serta mempunyai kekuasaan memelihara keaslian (origanility) dirinya sebagai hamba Allah.
Insan yang soleh tidak ada penghujung kepada kemahuannya beribadat kepada Allah s.w.t.. Hidupnya di alam dunia sentiasa diserikan dengan amal ibadat kerana Allah. Amal ibadat yang sempurna sewajarnya dengan ilmu. Semakin tinggi ilmu seseroang itu semakin kuat ibadatnya kepada Allah. Maka itu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan untuk menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad; yang membawa maksud kemahuan menuntut ilmu tidak ada penghujungnya seperti juga dalam mencari kekayaan dunia; tidak ada penghujung kepada kemahuan.
Manusia dihantar ke dunia untuk berjuang maka itu kehidupannya ditakdirkan untuk berjuang dan tidak boleh menganggur. Berdasarkan hakikat ini, manusia haruslah menginsafi bahawa hidupnya di dunia ini pemuh dengan perjuangan, pertarungan dan persaingan. Setiap orang tidak terlepas dari hakikat perjuangan ini, kerana hidup ini sendiri sudah mempunyai erti berjuang, bergerak.
Dengan pergerakan dan perjuangan ini menyebabkan wujudnya cita-cita hasrat kepada hakikat manusia. Oleh itu kalimat manusia adalah mencakupi hidup yang mempunyai cita-cita dan perjuangan.(Mohd. Ali bin Abu Bakar 2007, m223)
Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Balad: 4 yang bermaksud, (terjemahan): “Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu sentiasa dalam perjuangan.”
Sejarah hidup manusia sejak dari dalam rahim ibu dari lahir, hingga besar remaja dan hingga tua bangka adalah penuh dengan perjuangan-perjuangan melawan berbagai-bagai cabaran, halangan, godaan, malapetaka, bencana, penyakit dan maut. Inilah bentuk kehidupan yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. supaya diharungi oleh manusia.
Cabaran yang menjadi penghulu kepada segala cabaran ialah kemahuan,maka itu tidak ada penghujung kepada kemahuan. Menempuhi kehidupan tidak sunyi dengan kemahuan pada diri mengikut peringkat usia. Masa kanak-kanaknya kemahuan sering mengusik jiwa untuk memperolehinya maka ibubapa menjadi sasaran untuk mendapatkan kemahuan itu. Ibubapa menunjukkan kasih sayangnya kepada anak maka ia bertungkus lumus hendak mendapatkan apa yang dikehendaki anak.
Meningkat remaja kemahuan anak juga meningkat sukarnya untuk mendapatkannya. Kadang-kadang kemahuan itu tergelincir dari landasan kemanusiaan maka berlakulah tindakan berunsur kehaiwanan. Setelah terjebak dalam gejala sosial maka anak akan menyuntingkan muka kedua orang tuanya dan juga masyarakat umum.
Peringkat usia menjadi pemain dalam pembangunan tamadun, berbagai lagi kemahuan menjelma dalam fikiran yang membezanya diri dengan orang lain. Keadaan demikian berlaku disebabkan manusia dipengaruhi oleh syahwatnya maka itu tidak ada penhujung kepada kemahuannya. Walau pada usia tua bangka sekali pun kemahuan itu tidak berpisah dengan manusia.
Allah s.w.t. dengan jelas telah menegaskan kepada manusia bahawa hidup di dunia pasti menghadapi berbagai rintangan, cubaan dan dugaan yang hebat sebelum manusia dapat berjumpa Allah demi menilai perjuangan manusia tersebut. Rintangan-rintangan tersebut menjelma di sebabakan tidak ada penghujung kepada kemahuan.
No comments:
Post a Comment