Saturday, January 28, 2017

SUKA DAN DUKA RARAM HIDUP MANUSIA

 (Disiarkan pada 27. 1. 2017)
               Makhluk manusia diwujudkan Allah dengan segala fitrah-Nya guna untuk kesempur- naan hidup sebagai hamba Allah swt. Antara fitrah yang terpenting untuk membentuk  kehidu pan manusia ialah hati. Hati memimpin manusia sama ada di landasan  yang diredhaan Allah atau sebaliknya mengikut  fenomena pembangunan yang didasarkan kepada tanggung jawab sebagai khalifah Allah atau pemakmur alam kehidupan yang diredhai Allah s.w.t..
               Ibadat hati yang bertentangan dengan keredhaan Allah hukumnya berdosa dan  ganja- rannya api neraka. Ibadat hati yang di atas landasan yang diredhai Allah hukumnya mendapat  pahala dan ganjarannya ialah Syurga. Hati merupakan rasul dalam diri  manusia. Ia memim- pin manusia ke jalan yang lurus dan diredhai Allah s.w.t.
               Hati akan menjadi lemah dan tidak dapat melaksanakan ibadat yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. jika ia bertemankan dengan nafsu serta iman yang lemah dan ilmu pengetahuan yang cetik kepada pembangunan kehidupan.
               Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka buruklah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah  bahawa segumpal daging itu adalah hati manusia. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).
               Suka dan duka garam hidup manusia membawa maksud bahawa segala pentadbiran kehidupan manusia berpangkal daripada hati. Hati yang baik itu akan mengalami hidup yang suka dan bahagia kerana pentadbiran kehidupannya berpaksi kepada keredhaan Allah s.w.t.. Ia memelihara semangat ukhuwah kemanusiaan yang dimurnikan dengan suasana kasih sayang antara sesama.
               Hubungan kemanusiaan merupakan faktor utama dalam memurnikan pembangunan tamadun. Dalam hubungan kemanusiaan, kita memerlukan media untuk berkomunikasi. Media yang amat sempurna dan mudah dilaksanakan ialah dengan menggunakan kod bahasa untuk menghantar mesej atau maklumat kepada orang lain. Maka itu untuk berkomunikasi serta berinteraksi dalam melaksanakan pembangunan kita memerlukan ilmu pengetahuan.
               Merapatkan siraturrahim antara sesama manusia adalah antara faktor yang digalakkan oleh agama Islam demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Dengan adanya hubungan kemanusiaan maka dapat melahirkan perasaan kasih sayang antara satu  sama lain. Kasih sayang itu adalah satu ukhuwah Islamiyah yang mengekalkan tali persaudaraan manusia sejagat. Ia merupakan tali yang paling kuat, benar, kekal dan lebih sempurna dari semua ikatan dan hubugan lainnya termasukalah ikatan kekeluargaan sekalipun.
               Imannya kepada Allah memimpin manusia ke jalan yang menggamit kebahagiaan hidup. Iman dan ketakwaannya kepada Allah menjadikan hidupnya sentiasa dipimpin Allah kelak dimudahkan segala urusan dalam pembangunan kehidupan. Hidupnya sentiasa dilandasan kebahagian sama ada di dunia lebih-
lebih lagi di akhirat kelak.
               Hati manusia  terbahagi kepada tiga macam iaitu; Hati yang hidup sihat, hati yang mati dan hati yang sakit. Pembahagian ini berdasarkan fungsi dan kepekaan hati tersebut terhadap peranan dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Pembahagian itu berdasarkan
firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 22: 52 – 54 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tiadalah Kami utus sebelum engkau seorang Rasul dan tidak pula Nabi, melainkan apabila bercita-cita (dalam hatinya), maka syaitan menghalangi cita-citanya itu, lalu Allah menghapuskan halangan syaitan itu, kemudian Allah menetapkan ayat-ayat-Nya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Supaya Dia menjadikan halangan syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang yang kasar hatinya. Sesunguhnya orang yang aniaya itu dalam perselisihan yang jauh dan supaya mengatahui orang-orang yang diberi pengetahuan, bahawa al-Qur’an sebenarnya daripada Tuhanmu, lalu mereka  beriman kepadanya dan tenteram hatinya, sesungguhnya Allah menun
juki orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”
               Hati yang sihat adalah hati yang akan berjaya menemukan pemiliknya dengan Allah s.w.t. di hari kiamat nanti
dengan penuh kebahagian dan kegembirangan. Sebagaimana yang di khabarkan Allah s.w.t. dalam firman-Nya dalam surah
As-Syu’ara ayat 26:88 – 89 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta dan anak-anak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat (sihat).
               Hati yang selamat bermaksud hati yang sihat. Hati yang selamat daripada segala bentuk nafsu dan syahwat yang sentiasa menentang perintah Allah, ia juga hati yang selamat daripada berbagai bahaya  syubhat, selamat dari pada penyembahan dan pengabdian kepada selain Allah, selamat daripada mencipta dan membuat undang-undang yang bukan ditetapkan
oleh Rasul-Nya.
               Hati yang sihat itu hanya sentiasa berada dalam kecintaan dan pengabdian kepada Allah. Ia takut kepada-Nya, mengharapkan (rahmat-Nya), hanya bertawakal kepada-Nya mengembalikan semua perkara kepada kekuasaanNya, hanya mengamalkan hukum-hukum sesuai dengan ketetapan-Nya, dan selalu merendahkan diri dan tidak bersikap sombong tehadap-Nya.
               Hati yang sihat juga mesti terlepas daripada segala jenis dan bentuk syirik yakni menduakan Allah s.w.t. Hal ini merangkumi semua kehidupan sama ada yang berhubung terus dengan Allah s.w.t. atau  yang ada interaksinya  dengan manusia dan alam sekitar. Konsep ikhlas menjadi teras dan dasar daripada semua amal perbuatan bagi individu yang  memiliki hati yang sihat.
               Maka itu jika ia suka atau cinta, maka hanya kerana Allah s.w.t.  Kalau ia benci dan marah kerana atas dasar Allah. Ia memberi dan mengambil (sesuatu hak) semata-mata demi Allah. Semua itu tidak akan terlaksana sehingga ia hanya tunduk dan patuh terhadap undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
               Hati yang sihat adalah hati yang boleh dan mampu mengendalikan  semua umgkapan ini berdasarkan hukum dan ketetapan yang telah  diputuskan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Hati yang sihat tidak akan mengungkapkan suatu perkara sama ada yang berbentuk akidah (pemikiran), ucapan dan perbuatan sehinggalah  datang perintah Allah s.w.t. tentang hal-hal
tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 49:1 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului (untuk menetapkan sesuatu hukum dengan perkataan dan perbuatan) sebelum (datang keputusan) Allah dan RasulNya akan hal-hal tersebut.”
               Dalam huraian terhadap ayat tersebut, segolongan daripada ahli salaf ada berkata: “Tiada satu  perbuatan yang patut sekalipun remeh dan kecil melainkan ianya tidak  terlepas  daripada  dua soalan iaitu: “Kerana apa dan mengapa perbuatau itu dilakukan? Soalan yang pertama mempunyai natijah adakah anda melakukan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Tuhan anda atau hanya sekadar mempunyai harapan lain dan kerana nafsu belaka? Soalan yang ke dua juga mempunyai natijah: “ Adakah amal yang anda lakukan berdasarkan perintah (syarak) yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya atau sebaliknya? Dua soalan tersebut
berkesimpulan: “ Yang pertama tentang penting ikhlas dan yang kedua perlunya ittiba’
(mengikut apa yang dicontohkan Rasulullah s.a.w.).” Hendaklah diketahui bahawa Allah s.w.t. tidak menerima sebarang amal kecuali dengan dua syarat tersebut, iaitu Ikhlas dan ittiba’ (terhadap syarak).   
               Maka itu dua soalan tersebut hanya boleh diselesaikan dengan cara menenamkan keikhlasan yang sebenar dan hanya beramal atas dasar ittiba’ (berdaarkan hukum yang telah diputuskan oleh Allah). Di sinilah pentingnya peranan hati yang ikhlas, iaitu hati yang mampu mengatasi cabaran yang menghalang daripada keikhlasan dan unsur-unsur yang menjadi punca melakunya amal perbuatan tanpa ittiba’. Demikianlah  hakikat sebenar hati yang sihat,
yakni di dalamnya terkandung kejayaan dan keselamatan.
               Hati yang mati adalah sama sekali tidak mempunyai jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui siapa Tuhannya apa lagi menyembahnya, bahawa sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukai-Nya dan tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Sebaliknya hati yang mati hanya tenggelam bersama syahatnya di dalam satu kemaksiatan dan keseronokan.
Sekalipun ia mengetahui yang sebenarnya bahawa Allah s.w.t. murkah dan marah kepadanya.
Bagaimanapun ia tetap tidak  kisah dan berdegil sama ada Allah s.w.t. meredhai atau memurkai, baginya apa yang penting adalah berseronok menurut hawa nafsunya dan  sudah  merasa cukup puas hati dengan segala perintah yang
diarahkan oleh nafsu.       
               Kategori hati yang mati juga adalah hati para penyembah dan pemuja selain Allah s.w.t. Ia mengabdikan diri kepada  sesuatu termasuk kepada nafsunya dalam keadaan sungguh cinta kerana rasa keseronokan, sangat takut jika berpisah dengannya, penuh pengharapan agar sentiasa berdampingan dengannya, serta selalu redha dan mengangungkannya.  
Dengan demikian seseorang yang mati hatinya kalau ia cinta atau suka terhadap sesuatu hanya atas dasar kerana nafsu, ia membencinya kerana didorong oleh nafsu semata-mat, jika memberi sesuatu juga belandaskan nafsu, pendik kata yang dilakukan hanya kerana menuruti hawa nafsunya.
Orang yang dijangkiti penyakit hati selalu cenderung menjadikan nafsu sebagai imam nya, syahwat sebagai pemandunya, kejahilan sebagai pengarahnya, sehingga akibatnya kelalaian dan kealpaan merupakan hasil daripada semua aktiviti kehidupannya. Ia hanya berfikir tentang cara memperolehi kenikmatan dunia, mencintai dunia di atas segala-galanya sehingga seakan-akan ia telah mabuk, lupa daratan kerana terpedaya oleh gemerlapan dunia.
Ia terlalu jauh daripada Allah s.w.t. dan hari akhirat sehingga tidak mendengar seruan-seruan dakwah, sebaliknya hanya mengikut dan tunduk tehadap arahan syaitan yang terkutuk. Baginya apa yang terpenting ada dunia dan segala kenikmatannya telah memihak  dan meredhainya. Ini semua kerana nafsu  telah membuat ia menjadi buta dan tuli terhadap kebai kan dan erti kehidupan.
Hendaklah dimaklumkan bahawa bercampur gaul dengan orang yang mati hatinya akan boleh menjangkiti dan mempengaruhi kehidupan seseorang itu menjadi buta dan duduk berdampingan dengannya akan membawa kerosakan dan kebinasaan.
Hati yang sakit, didalamnya terkandung jiwa dan roh, namun padanya  terdapat penyakit. Di dalamnya memiliki dua potensi yang saling bertelingkah bagi mendapatkan tempat dalam mendominasi hati berkenaan.
Pada masa iman, ikhlas, tawakkal dan rasa mahabba (cinta) kepada Allah mampu memainkan peranan serta menguasainya, maka waktu itulah hati tersebut menjadi sihat, hidup dan mempunyai roh. Sebaliknya ia akan menderita sakit bahkan menjadi mati sebaik sahaja sifat mahabbah pada syawat dan nafsu serta sifat-sifat mazmumah (tercela) seperti hasad, sombong, ujub (bangga diri) dan lain-lain perbuatan jahat mengatasi perkara-perkara baik dan seterusnya lebih berperanan ke atas hati tersebut. Dan pada masa itu ia telah berada diambang kerosakan dan kebinasaan.
Hati yang sakit sentiasa menghadapi dua ujian dan cabaran. Pertama tarikan-tarikan
Mahabba yang membawa kepada sifat cinta terhadap Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, dan yang kedua; unsur-unsur yang memperdayakan ke arah kehidupan dunia belaka sehingga bertuhan kan nafsu dan mengabdikan diri kepada karta benda. Firman Allah dalam surah Al—Jasiyah ayat 45:23 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Tiadakah engkau lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhan-nya? Dan Allah membiarkannya sesat dalam keadaan berpengetahuan. Dan telah dicap (ditutup) telinga dan hatinya. Dan menjadikan matanya tertutup. Maka siapa lagi selepas Allah yang dapat memimpinnya? Tiadakah kamu beringat?”
                    Syaitan dengan berbagai cara melalui sayuan-rayuan yang dinyatakan dengan perka-
taan, pendengaran dan pancaindera yang lain sentiasa berusaha menyesatkan manusia sehingga ia mematuhi arahan dan tunduk terhadap perintahnya. Ia juga menanamkan perasaan syak wasangka terhadap kebaikan di dalam hati manusia sebagai mana firman Allah s.w.t. dalam surah An-Naas ayat  114:5 yang bermaksdu: (terjemahan)
                    “ (Syaitan) yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.”
                    Bagaimanapun syaitan hanya boleh mempengaruhi hati yang mati dan sakit. Hati yang hidup sihat tidak akan mampu disesatkannya. Ini berdasarkan pengakuannya sendiri di hadapan Allah s.w.t. sebaik sahaja memohon agar Allah mengembalikan permintaannya untuk menyesatkan sekalaian manusia.
                    Firman Allah salam surah  Al-Hijr ayat 15:39-40 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Iblis berkata. “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan akau menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang diberisihkan daripada

sebarang syirik.”

No comments:

Post a Comment