MANUSIA HIDUP BERSOSIAL SEBAGAI SEORANG MUKMIN
(Disiarkan pada 2. 6. 2012)
Manusia pertama yang diwujudkan oleh Allah s.w.t. ialah Nabi Adam a.s. Dia diwujud kan di syurga dengan segala fasiliti hidup yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. Walau sedemikian keadaan pun manusia tidak merasa selesa kerana tidak mempunyai teman. Oleh Allah kemuskilan Adam diketahui-Nya maka diwujudkan Allah temannya iaitu seorang perempuan Siti Hawa namanya. Kalau Adam diwujudkan daripada tanah maka Hawa juga sedemikian keadaannya hanya pebezaan antara keduanya ialah Hawa diwujudkan dari sebahagian tubuh Adam yang asalanya dari tanah.
Dari faktor kejadian tersebut maka jelas manusia sememangnya hidup bersosial atau semestinya ada orang lain bersama dengannya. Dalam semua faktor pembangunan semestinya ada pengimbangnya sebab tanpa itu tidak dapat menetukan perubahan sesuatu keadaan. Maka itu wujudnya lemah kerana ada yang penampilannya lebih baik berbanding denganya. Jika ada yang kaya maka pasti ada yang miskin; wujudnya pintar kerana adanya bodoh. Fenomena demikian merupakan keadaan felosofi pembangunan yang dilaksanakan oleh manusia sebagai makhluk yang berfikir atau dalam erti kaa lain “A thinking animal”.
Kebahagian hidup dapat diraih kerana kehadiran orang lain. Manusia merasa seronok mempunyai teman dan merasa tenang jika didekati, merasa takut jika bersendirian. Ia benci perpisahan dan keterasingan, merasa bahagia jika disenangi, diterima, dihormati dan diberi haknya. Inilah tabiat alami yang tertanam dalam diri setiap orang.
Kebahagian tidak mempunyai erti jika keseorangan seperti yang dialami oleh manusia pertama (Adam) apabila beliau hidup seorangan tidak berteman di syurga Allah dengan segala fasiliti hidup tanpa usaha untuk menyediakannya. Malah rasa kebahagian pun sukar dirasainya tanpa seseorang untuk merasakan bersama kesenangan itu.
Sesungguhnya orang Mukmin bersaudara, dan Allah s.w.t. perkukuhkan keadaan demikian dalam firman-Nya yang bermaksud (terjemahan): “Hanyasanya orang-orang yang beriman itu bersaudara, oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudara kamu, dan takutlah kamu kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat”. Surah Al-Hujerat ayat 10.
Allah menjelaskan, bahawa dikatakan orang-orang yang beriman kalau tidak mengaku bersaudara sesama mereka, iaitu saudara seagama yang terjalin oleh ikatan iman. Oleh itu tidak patut orang yang mengaku dirinya “Mukmin” yakni beriman kalau dia masih menyimpan rasa permusuhan terhadap sesama Mukmin, atau masih bersengketa, bertelagah apabila berperang dan berbunuh-bunuhan.
Ayat ini juga menetapkan, bahawa ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan di dalam Islam itu lebih kuat hubungannya daripada persaudaraan senasab (seketurunan). Malahan persaudaraan seketurunan itu tak ada ertinya tanpa mempunyai hubungan ukhuwah Islamiah.
Orang yang melaksanakan kewajipan iman, ia adalah saudara bagi setiap Mukmin, wajib bagi setiap Mukmin untuk melaksanakan hak-haknya, walaupun tidak terjalin akad dan pertalian yang khusus antara keduanya, kerana Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w. telah menjalinkan persudaraan antara mereka berdua.
Memelihara dan mengukuhkan iman wajar bersendikan perasaan kasih sayang. Bemula dari diri sendiri, kemudian dalam rumahtangga, harus diturunkan rasa kasih sayang. Bermuara dari situ barulah kita dapat membentuk masyarakat yang saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lainnya.
Untuk membentuk masyarakat penyayang bukan hanya sekadar ucapan dan harapan semata, tetapi harus mempunyi model yang menjadi contoh dan teladan. Umat Islam telah dibimbing oleh Rasulullah s.a.w. agar di dalam diri kita masing-masing mempunyai sentuhan
kasih dan sayang. Fitrah kebajikan yang ada dalam diri, merupakan model asas untuk menjaya kan sebuah masyarakat yang saling mencintai antara sesamanya. Dari situlah lahirnya hidup bersosial yang diikat dengan iman dan takwa serta kasih sayang kerana Allah s.w.t..
Seorang muslim dengan muslim yang lain pada prinsipnya bersaudara. Tidak boleh menzalimi dan menghianati atau memperkecilkan muslim yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang-orang Islam satu sama lain bersaudara, tidak saling menzalami, mengkhianati mahupun menghina.” (HR Muslim)
Ahli falsafah Islam Ibnu Sina dalam bukunya bertajuk “Al-Siasah” menyebut bahawa perbezaan manusia dengan segala binatang lain ialah manusia berfikir untuk hari esoknya. Selain daripada keperluan hidupnya untuk hari ini, dia juga memikirkan untuk hari esoknya dan hari-hari selanjutnya di samping memerlukan rumah-rumah kediaman dan juga memerlukan bangu- nan perniagaannya.
Manusia memikirkan mengenai keperluan jasmaninya tetapi juga meliputi keperluan untuk hari akhirat iaitu keperluan rohani. Pemikiran inilah maka manusia perlu bersosial dan memelihara ukhuwah kemanusiaan kerana Allah s.w.t.. Hormat menghormati antara sesama wajar dijelmakan dalam pembangunan hidup seorang insan kerana manusia memerlurkan keber- adaan orang lain.
Pembangunan itu perlu atas dasar manusia hidup bantu membantu. Tidak ada seorang pun dapat menyediakan segala keperluan hidupnya kerana setiap manusia mempunyai kemahiran tertentu maka kelebihan itulah maka ia diperlukan oleh orang lain. Pepatah Melayu mengatakan “alah bisa taggal biasa”, yang membawa maksud tidak semua kemahiran hidup dapat diperolehi oleh seorang diri. Sesuatu kemahiran itu hanya dapat dikuasai oleh orang tertentu sahaja.
Jika ada manusia yang boleh melaksanakan semua jenis muamalah tetapi orang berkenaan tidak dapat menguasai semua kemahiran satu-satu ibadat. Pepatah bahasa Inggeris mengatakan “jack of all trades master of none”. Ia boleh melaksanakan semua jenis pekerjaan tetapi tanpa menguasai kepakararannya semua pekerjaan tersebut.
Maka dalam hidup manusia, Allah wujudkan dengan bekalan tertentu yang dikenali sebagai fitrah. Dalam disiplin pembangunan manusia, setiap individu wajar melandaskan kepakarannya dalam kemahiran yang ada pada dirinya. Seorang doktor perubatan tidak sama kepakarannya dengan seorang seni lukis sebagai contoh, membina jambatan wajar diberi kepada jurutera mengenai kepakaran jurubina jambatan. Begitu juga seorang ahli tafsir Al-Quran tidak semestinya dapat dikuasai oleh seorang jurubina bangunan yang dikenali sebagai akitek.
Nabi Musa a.s. telah ditanya oleh umatnya tentang siapakan yang paling pintar dalam hidup ini. Nabi Musa mengakui dirinya sebagai seorang yang terpintar dengan alasan dia dapat menumbangkan kerajaan Firaun. Allah memandang sinis kepada Musa maka Allah perintahkan Nabi Musa berjumpa dengan Nabi Hijir untuk menunut ilmu darinya.
Nabi Hijir, oleh Allah, diberi satu kelebihan untuk dapat melihat keadaan masa depan kehidupan seseorang atau keadaan sesuatu benda kepunyaan orang lain. Nabi Musa berjaya menemui Nabi Hijir dan memperlawakan dirinya untuk menuntut ilmu dari Nabi Hijir. Nabi menerimanya sebagai muridnya dengan satu syarat iaitu Nabi Musa tidak dibenar sama sekali bertanya kepada Nabi Hijir tentang apa yang akan dibuat oleh Nabi Hijir, terutama sekali sesuatu perlakuan yang di luar kefahaman akal manusia biasa.
Syarat berkenaan diterima dan diperakui oleh Musa bahawa beliau dapat memegangnya. Walaubagaimanapun sesudah mereka bersama sekian lama, tiga macam perlakuan Nabi Hijir yang Musa tidak dapat menyimpan syaratnya tanpa bertanya kepada Nabi Hijir. Pertama seorang budak yang tidak berdosa pada pandangan mata kasar di bunuh oleh Nabi Hijir; kedua ialah merosakkan sebuah perahu yang baru dibeli, kepunyaan masyarakat kampung; dan ketiga melakukan kebajikan dengan membaiki rumah yang hampir roboh yang terletak di sebuah kampung yang masyarakatnya tidak membenarkan mereka berdua berteduh untuk semalam sahaja di kampung berkenaan. Ketiga-tiga peristiwa tersebut Nabi Musa terpaksa melanggar syarat yang dipeganganya kerana pada Musa perbuatan itu tidak dapat difahaminya.
Walaubagaimanapun Nabi Hijir memberi kefahaman kepada Nabi Musa mengapa ia melakukan demikian untuk keselamatan masa depan masyarakat yang ada kaitan dengan peristiwa berkenaan. Pertama mengenai anak yang dibunuh oleh Nabi Hijir kerana apabila anak itu besar nanti ia akan membunuh orang tuanya sendiri. Kedua ia mencacatkan perahu yang baru dibeli oleh masyarakat kampung kerana harta tanpa kecacatan, perompak-perompak akan senang merompak harta berkenaan. Dan ketiga, Nabi Hijir membaiki rumah yang hampir roboh itu kerana di dalamnya ada harta karun kepunyaan anak yatim iaitu peningalan orang tuanya.
Oleh sebab Musa gagal mematuhi janji dengan Nabi Hijir maka terpaksa Nabi Musa berpisah dengan Nabi Hijir. Demikianlah satu contoh mengapa kita memelihara hidup bersosial dan memelihara ukhuwah kemanusiaan kerana kelebihan orang lain tidak dapat dikuasai oleh sorang diri.
Hidup bersosial wajar dilandaskan kepada kepekaan memahami mengenai ujian-ujian yang kita tempuhi dalam hidup. Berdasarkan kenyataan Saidina Omar bin Al-Khatab: “ Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal yang kamu kerjakan dan lakukanlah nilai (timbangan) sebelum kamu dinilai nanti (di akhirat).”
Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia sentiasa diuji dan dicuba, makin besar pangkat dan lebih besar darjat kian besar pula ujian yang terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Tuhan ingin meyakinkan amalan seseorang dan kebenaran tauhid kepadanya sejak dari kecil hingga sampai akhir hayat adalah penuh dengan percubaan.
Kita seharusnya menghadapi alunan hidup yang bergelombang ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu agar hidup ini akan melahirkan kebahagian hidup di dunia dan di akhiat nanti.
Hidup ini dianalogikan sebagai hidup sepohon kayu yang tinggi menghadap ke langit berbanding dengan hidup tumbuh-tumbuhan seperti rumput. Kayu yang tinggi mempunyai resiko yang tinggi ditumbang oleh angin yang meniup kencang. Rumput yang merayap di atas tanah tidak kisah mengenai tiupan angin tetapi bersedilah menerima ujian dipijak-pijak oleh orang dan binatang yang lalu lalang dan pada ketika yang lain bersedia menerima najis yang dibuang oleh binatang berbagai jenis.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. memberi satu peringatan bahawa sesiapa yang ingin hidup bahagia semestinya dengan ilmu (Hadith Shahih). Ilmu itu pembuka selera untuk membangun yang dibawa oleh budaya bersosial. Pembangunan hidup merupakan satu pengiktirafan terhadap ilmu yang dipunyainya. Dengan ilmu hidup menjadi terarah. Ilmu merupakan acuan kepada kehidupan yang bertamadun, tanpanya masyarakat manusia akan mengalami pembangunan seperti zaman jahiliah.
Hidup bersosial semestinya dengan ilmu. Maka itu menjadi kewajiban kepada setiap insan menuntut ilmu sejak kecil lagi sebagai persediaan dalam menangani gelora kehidupan yang sentiasa menguji kepekaan manusia sebagai pemain. Kita hidup di alam dunia sentiasa dicurigai oleh makhluk halus seperti iblis dan syaitan kerana manusialah (Adam) mengakibatkan makhluk halus berkenaan hidup terhina di sisi Allah s.w.t.
Oleh sebab kita tidak dapat melihat makhluk halus hendak membencakan kehidupan manusia maka ilmu tauhid menjadi benting dan perisai dalam perjalanan hidup setiap insan.
Allah s.w.t. telah membenarkan iblis untuk melaksanakan niatnya mengoda dan menyucuk jarum yang bias kepada keturunan Bani Adam tetapi mereka yang dekat dengan Allah s.w.t., iblis tidak mampu berbuat jahat. Maka dengan ilmu agama menjadikan hidup ini selamat dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment