Wednesday, April 28, 2010

ISTIKAMAH DAN KEJUJURAN DALAM BERIBADAH

Kejadian alam semesta ini seperti pergerakan bumi, putaran siang dan malam, pancaran mata hari yang menjadikan alam siang dan malam.  Bulan yang menyinar di waktu malam, ombak di laut  mengalun menandakan pergerakan udara, burung-burung dan segala haiwan keluar berkelia ran di muka bumi mencari makanan termasuklah makluk manusia  dan sebagainya adalah fenomena alam yang berlaku secara istikamah setiap hari mengikut  pergerakan masa. Demikian lah putaran alam kehidupan yang terbuntuk dari kekuasaan Allah S.W.T.

                Setiap makluk samada yang hidup (aktif) mahupun yang mati (tidak aktif) pempunyai peranan masing-masing. Tidak ada yang wujud tanpa kekuasaan Allah dan tidak ada Allah wujudkan tanpa kemanfaatan kepada kehidupan. Maka itu kewujudan makluk manusia yang dibekalkan  Allah dengan kemahiran berfikir telah dipertanggungjawab untuk memakmurkan alam dengan menjalankan amanah sebagai khalifah.

                Setiap pergerakan kehidupan itu mempunyai disiplin tersendiri dan itulah yang difahami sebagai ketakalan dalam menangani hidupnya. Pergerakan secara istikamah itu diatur oleh masa yang bergerak mengikut peraturan alam yang diwujudkankan oleh Allah S.W.T. Tidak ada yang bakal bergerak tanpa kekuasaan Allah atau teknologiNya menggerakkan. Itulah yang dikenali sebagai sunat alam.

                Dalam arena pendidikan masa mengatur perjalaan agenda yang disediakan untuk mendidik anak murid mulai dari peringkat asas hinggalah ke peringkat universiti. Menjadi kewajipan setiap insan mengikuti suasana kehidupan secara istikamah kerana tanpa mengikuti disiplin tersebut manusia pasti akan membuang masa tanpa dimanfaatkan.

                Setiap ibadah atau aktiviti kehidupan harus mempunyai disiplin yang diatur sedemikian rupa bermula mengikut peringkatnya hinggalah agenda itu menjadi kenyataan. Perlaksanaan pemeringkatan itulah memerlukan disiplin istikmah. Budaya ketakalan dalam pengurusan ibadah memerlukan semangat juang yang menjadi nadi kepada felosofi pembangunan kehidupan.

                Allah membentuk alam kehidupan lengakap dengan disiplin ketakalan. Setiap fenomena kehidupan itu harus dijadikan iktibar dalam pembangunan seperti mana Allah menyarankan manusia supaya membaca alam yang tercipta oleh Allah dan juga alam yang terucap oleh-Nya supaya dijadikan sebagai satu disiplin mengolah ibadah pembangunan.

                Sebagai contoh, Allah S.W.T. membentuk mekanisme dalam jasmani manusia sedemi- kian canggih yang semuanya mempunyai disiplin istikamah. Pergerakan jantung mengepum darah ke seluruh anggota badan sentiasa dalam disiplin ketakalan bermula pada usia bayi mencapai 120 hari dalam rahim ibu; kemudian lahir ke dunia menjadi bayi yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Usianya meningkat menjadi kanak-kanak dan kemudian menjadi rumaja di mana ia memerlukan berbagai keperluan hidup. Meningkat dewasa kemudian memasukui pintu nikah untuk melangsungkan perkahwinan, membentuk generasi pelapis sehinggalah meningkat usia tua yang akan menutup agenda di dunia. Semua perjalanan hidup sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, jantung tidak pernah berhenti bergerak mengepum darah dan  melakukannya secara istikamah.

Jika demikianlah Allah bentukkan mikanisme kehidupan maka manusia wajar membu- dayakan disiplin tersebut agar menjadi pemain yang berwibawa dan mempunyai wawasan dan pembangunan tamadun. Setiap yang dipelajari haruslah melalui budaya istikamah sehinggalah dapat difahami makna dan kemanfaatannya dalam kehidupan.

Amalan istikamah seharusnya beriringan dengan kejujuran dalam jiwa melaksanakan agenda pembangunan. Keikhlasan merupakan keredhan diri untuk membudayakan disiplin

pembanguan agar dapat dirasai sebagai sebahagian daripada diri anda sendiri. Dalam pengurusan agenda pendidikan tugasnya menyentuh hati pendidik dan mendoakan agar ilmu yang hendak di ajar menjadi titik perubahan kepada anak murid.

Setiap perkara yang baru wajar memohon keredhaan dari Allah S.W.T. dapat kiranya merestui dan memudahkan urusan pelajar hendak menerima ilmu tersebut. Doa seorang guru untuk menyemaikan ilmu dalam hati para pelajar tidak pernah melesit dan sentiasa diterima oleh Allah S.W.T. dengan syarat kejujuran dan keikhlasan hati para pendidik sentiasa mewarnai pengajaran dan pembelajarannya. Maka itu melaksanakan amanah menjadi tanggungjawab pendidik agar usaha tersebut dapat memanusiakan manusia.

Mendidik anak murid adalah satu ibadah yang amat murni kerana anda mengisi dengan ilmu dalam jiwa para pelajar yang akan mendewasakan mereka dalam pemikiran. Hidup dengan ilmu menjadi wawasan setiap insan agar ia menjadi pemain dalam membina tamadun kehidupan. Kehidupan haruslah diwarnai dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat sebagai pelengkap ketamadu- nan manusia sebagai pemain mengolah pembangunan.

Mendidik murid wajar ditimang dengan kasih sayang yang berterusan atau secara istikamah untuk menjemput jiwa menggamit keseronokan belajar. Suasan demikian  akan membasmi kemorosotan pencapaian dan menjauhi diri dari ketidakjujuran dalam mengilmukan diri. Membuat perubahan pada diri sendiri atau mengilmukan diri seharusnya ada budaya ketakalan dalam menerima kedatangan sesuatu makna kerana jika budaya ini gagal diperolehi maka kerugian dari segi masa dan umur telah mengambil tempat dalam kehidupan seorang pelajar.

Felosofi tersebut wajar disedari dan diamal oleh setiap pendidik kerana elemen inilah yang menjadi pemangkin jiwa dan pengerak semangat untuk membina insan yang masih memerlukan ilmu pengetahuan yang mendewasakannya. Wajar difahami bahawa setiap usaha pendidik dalam melaksanakan amanah Allah itu adalah memurnikan generasi pelapis. Masyarakat berilmu murnikan pembangunan kehidupan menggamit dunia sains dan teknologi.

Dunia kejahilan manusia sudah berlalu, walaubagaimanapun kemunculannya di dunia modern ini tidak mustahil jika budaya mengilmukan diri menjadi pinggiran. Hidup dengan ilmu memerlukan kehadiran orang lain yang dikenali sebagai pendidik. Maka itu profesion keguruan membina tamadun manusia berilmu dab berketerampilan.

Menuntut ilmu tidak ada hadnya maka itu saranan baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. untuk menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad menjadi tanggungjawab setiap individu dalam mengola kehidupan.

Dalam hidup bertakwa ada tiga unsur dalam berhadapan dengan dunia. Perkatan takwa terbitnya tiga huruf iaitu ‘ta’, qof dan wou. Masing-masing mempunyai makna yang tersediri. Ta’ daripada perkataan tawadhu yang membawa makna rendah diri dan tidak mahu dipuji, sentiasa tidak angkoh dan tidak sombong dan mempunyai sikap ketahanan mental. Pemimpin yang berwibawa adalah golongan manusia yang tawadhu.

Qof, terbitan dari perkataan Qanaah yang membawa makna, merasa cukup dengan apa yang diberikan Allah. Sifat memadai sekadar apa yang ada tanpa tamak dan haloba. Kepimpian nya ialah yang dipimpin didahulukannya.

Dan perkataan Wau terbitan dari perktaan warak yang bermaksud terpelihara dari subahat lebih-lebih lagi yang haram. Tidak sama sekali mendekati yang haram. Orang serupa ini tahu diri dan memahami peranannya dalam kelangsungan hidup.

Walaubagaimanapun dalam menuntut ilmu perkataan qanaah atau cukup apa yang ada tidak sama sekali ada tempatnya. Menuntut ilmu adalah sepanjang zaman sehingga ajal

menjemput nyawa kerana ilmu itu semakin anda tahu semakin anda tidak tahu yang membawa maksud tidak ada penyudahnya. Semakin banyak ilmu anda ketahui semakin banyak lagi ilmu di alam kehidupan yang belum anda terokai. Dalam erti kata lain tidak ada dikatakan rehat dalam menuntut ilmu. Hanya ajal sahaja yang menjadi penentunya apabila agenda dunia anda tidak ada kaitan lagi.

                Adalah menjadi kerugian besar jika dalam kudrat kemanusiaan itu mempunyai had-had tertentu dalam menuntut ilmu. Dalam pendidikan sebagai contoh, setiap individu Allah bekalkan fitrah-Nya berupa kemahiran dalam bidang tertentu dalam kelangsungan hidup. Oleh yang demikian pehak sekolah menyediakan berbagai bidang ilmu untuk menyesuaikan kemahiran setiap individu.

                Bagaimana pula ilmu lain yang anda tidak ada kemahiran? Tidak menjadi kesalahan kalau anda mempelajarinya kerana mengetahui banyak ilmu adalah lebih bermanfaat kepada kehidupan daripada mempunyai ilmu yang terhad kepada sesuatu kemahiran sahaja. Bahasa Inggeris mengatakan “Jack of all trades master of none”. Ia tidak ada kemahiran pada perkara tertentu tetapi ia kenal dan faham masalah banyak perkara dalam hidup.

                Setiap individu mempunyai kemahiran tertentu yang dikenali sebagai fitrah Allah maka itulah wawasan dalam hidup untuk menegnali lebih mendalam mengenai fitrah tersebut. Menghilap kemhiran itu wajar melalui budaya istikamah. Dengan cara demikian kemahiran itu dapt disebtikan dengan jiwa individu berkenaan, seperti pepatah Melayu mengatakan belakang parang jika diasah setiap hari maka ia juga mejadi tajam. Menjadi tajam itulah visi dalam hidup setiap individu.

                Kemahiran yang ada pada individu jika dibudayakan istikamah maka ia menjadi mudah baginya mengendalikan sesuatu ibadah. Para pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membantu pelajar mengenali kemahiran mereka masing. Itulah yang dikenali sebagai membuat perubahan pada diri pelajar dari yang tahu sesuatu kepada yang lebih pantas dan mahir mengetahuinya. Kepantasan mengolah pemikiran sebenar adalah ciri-ciri pembangunan yang wajar dibina dalam diri setiap individu.

                Keadaan jasmani manusia dari masa ke semasa mengalami perubahan dan wajar kepekaan pemikiran juga turut sama dalam keadaan demikian. Setiap insan dalam hidupnya mengalami berbagai peringkat pengalaman mulai dari buayan hingglah selesai agenda hidup di dunia. Di samping pengalman kepada peningkatan usia ia juga mengalami ranjau-ranjau dalam kehidupan di mana banyak bertawakal untuk mendapatkan redha Allah S.W.T.

                Walau bagaimanapun dalam usaha menimba ilmu juga mengalami berbagai peringkat pengalaman. Masa kanak-kanaknya tidak serupa dengan peringkat apabila masa remaja dan apabila melalui usia dewasa segala pengalaman yang dilaluinya mendidiknya lebih berpenge- tahuan seperti mana yang biasa di dengan bahawa “pengalaman mendidik anda lebih dewasa.” Pegalaman itu juga ada bermacam kategori dan setiap individu harus  memahami kesesuaiannya dalam membentuk tamadu kehidupan.

                Di peringkat tua biasanya ramai orang kurang memikirkan peranannya dalam berpartisi- pasi dalam pembangunan ummah. Peranan masa usia emas tidak semestinya sesuai atau disamakan dengan birokrasi masa muda  mu. Harus faham bahawa dalam usia demikian hanya pemikiran sahaja yang boleh mengkikuti arus pembangunan maka dengan itu berpatisiasi dalam membina tamadun dengan menggunakan kekuatan mental yang disalurkan dengan pemikirannya.

Pengalaman wajar dijadikan sebagai nadi pembangunan. Pembangunan bukan berhenti setelah bersara dari perkhidmatan. Berilah kesempatan kepada kekuatan mental anda untuk turut sama menyumbang bahan-bahan ilmu yang boleh digunapaki dalam pembangunan melalui media cetak atau media eletronik. Jangan biarkan ilmu yang ada pada anda mengalami kemurungan hanya menanti masa anda mendapat giliran berangkat ke ala berikutnya. Itulah sebenarnya istikamah dalam kehidupan mulai dari buaian hinggalah ke agenda dunia sampai ke penghujungnya. Amin 

No comments:

Post a Comment