Thursday, April 1, 2010

KEMURNIAN HUBUNGAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)

Setiap sekolah wajar diwujudkan satu persatuan yang dipanggil Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Persatuan ini mengeratkan hubungan antara ibubapa murid dengan staf sekolah berkenaan. Pepatah mengatakan ‘Ta kenal maka ta’ cinta’. Ibu bapa dianjurkan mendekati sekolah dengan satu tujuan untuk mengetahui serta mengenali apa dia itu institusi pendidikan dan kemanfaatannya kepada pembangunan insan.

Di rumah, ibubapa mendidik anak-anak mereka  mengenai pembangunan sosial seperti adab dan sopan santun sebagai pembawaan diri bersama orang lain dan juga di khalayak orang ramai. Penampilan tersebut amatlah penting ada pada setiap individu kerana setiap perlakuan individu akan merujuk kepada siapa orang tuanya.

Guru di sekolah mempunyai tanggungjawab yang serupa. Perbezaan ketara hanya dalam sinario pembelajaran mengenai perkembangan sosial. Perkembangan sosial dalam lingkungan pendidikan di sekolah amat luas bidangnya sehingga kepada pengenalan zat Allah S.W.T.  yang dalam bentuk alam ghaib. Tumpuan kepada pengenalan diri terlebih dahulu sebelum berpindah kepada pengenalan Allah yang Maha Berkuasa.

Dengan kewujudan institusi pendidikan maka setiap insan akan berpeluang membaca dan memahami kewujudan alam kehidupan. Memahami bumi, tumbuh-tumbuhan serta segala jenis logam dalam perut bumi melalu pendidikan Geography dan Zoologi. Mengetahui keadaan laut serta kemanfaatannya kepada kehidupan melalui ilmu Oceanography. Udara dan fenomen alam seketar dapat diketahui melalui ilmu kajicuaca dan sebagainya. Dengan adanya bidang-bidang pembelajaran tersebut maka jiwa setiap insan akan mendekati Zat yang mewujudkan semua fenomena tersebut.    

Institusi sekolah dapat menyemaikan bahan-bahan ilmu yang universal mengikut tahap penguasaan murid mengikut peringkat usia. Di sekolah biasa dikenali sebagai gedung ilmu maka itu setiap ibubapa yang mempunyai zuriat digalakkan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana dengan cara demikian sahajalah masyarakat manusia dapat menjauhi budaya kejahilan.

Institusi pendidikan di Malaysia belum dapat mengamalkan system “Compulsori Educatioan” kerana masih ramai orang yang tinggal di hutan belantara beratapkan langit. Walau bagaimana pun PIBG membuatnya seolah-olah Pendidikan Wajib kerana menjadi ahli PIBG adalah secara automatik sebaik sahaja menghantarkan anak ke sekolah.

Fahamilah bahawa menghantar  anak ke sekolah  adalah satu pelaburan. Ibubapalah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang dilaburkan di sekolah. Maka dengan itu ibubapa wajar mengikuti perkembangan semasa terutama sekali penyertaan anak-anak dalam pembelajaran di sekolah.

Apakah yang ibubapa perlu mendekati perkembangan sekolah yang melibatkan prestasi pelajaran anak murid? Motivasi dalaman pelajar terletak kepada penglibatan ibubapa secara tidak langsung kepada kemajuan pelajaran anak di sekolah. Tahap pembelajaran anak murid terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah peringkat asas atau tahap rendah dan tahap kedua ialah bahagian atas atau tahap menengah.

Penglibatan ibubapa kepada pembelajaran anak tertumpu kepada peringkat asas di mana anak murid  mula membina keyakinan diri dengan bantuan dari ibubapa. Orang tuanyalah yang anak mempunyai keyakinan membimbignya beriringan dengan pengajaran guru di sekolah. Perigkat asaslah yang amat penting dalam membina intelek anak murid kerana kemahiran berfikir masih dalam peringkat percubaan atau try  and error.

Setelah anak itu dapat meyakinkan dirinya, biasanya dalam peringkat tahun ketiga maka

penyertaan ibubapa secara akrab dengan pembelajaran anak boleh dikurangkan kerana pendidikan sudah mula bersandarkan kepada psikologi kanak-kanak di mana seorang guru telah dilengkapkan dengan kemahiran tersebut semasa menerima latihan sebagai pendidik di Maktab Perguruan dahulu. 

Bagi memudahkan seorang ayah kepada anak murid berhubungan dengan pehak sekolah maka adalah wajar ia menjadi ahli PIBG. sekolah. Sebagai ahli ibubapa hanya boleh memberi pandangan tetapi tidak boleh memberi arahan kepada pentadbiran, setiap solusi yang difikirkan oleh ibubapa dapat menyelesaikan masalah tertentu yang berkaitan dengan pelajar sekolah.

Kewujudan PIBG sekolah  akan menelorkan ibadah dan melahirkan ukhuwah kemanusia- an, tidak kira apa pegangan hidup atau kepercayaan agama pada setiap individu. Merapatkan hubungan  ibubapa dengan sekolah akan membina kecintaan anak murid kepada sekolahnya dan menjadi pemangkin diri untuk menunjukkan prestasinya kepada kedua-dua pehak iaitu pehak sekolah seperti para guru dan kepada ibubapa murid sendiri termasuklah sanak saudara dan

sahabat handai yang mengenali anda.

                Peranan PIBG dalam menaik tarafkan nama sekolah kursus dalam memajukan prestasi pembelajaran boleh disalurkan kepada pembangunan fisikal seperti membina jejantas jika sekiranya sekolah itu berhampiran dengan jalan raya. Membina pagar kongkrit sekolah untuk keselamatan para pelajar. Membina koridor untuk keselamatan anak murid berjalan pulang ke asrama atau ke dalam perhentian bas. Membeli buku-buku untuk menambahkan bahan bacaan sekolah dan menyumbangkan hadiah pelajar cemerlang dalam hari ucapan sekolah pada peng hujung  tahun.

                Sumbangan ibubapa kepada wang swa sekolah dapat diselengarakan dengan mengadakan bazar di sekolah di mana para ibubapa akan mengambil gerai jualan berbagai barangan dan akan menghadiahkan sebahagian jualan itu kepada sekolah. Dengan mengadakan bazar memberi peluang kepada masyarakat ibubapa kepada semua pelajar sekolah  bertemu dan bertukar-tukar fikiran serta merapatkan hubungan kekeluargaan.

                Jika penyertaan ibubapa dalam aktiviti PIBG kurang menyerlah maka anaknya yang belajar di sekolah berkenaan juga turut sama tidak ada kesarasian kepada masyarakat sekolah. Ibubapa harus tahu kebajikan anaknya di sekolah. Bagaimana hubungannya dengan guru-guru mengajarnya serta rakan sebayah di sekolah. Adakan anak murid itu mengenali ibubapa murid yang sama kelas dengannya. Bagaimana hubungan anak murid itu dengan Lembaga Disiplin Sekolah.

                Seorang murid mudah dikenali oleh semua masyarakat sekolah dalam dua faktor pembangunan. Pertama ialah apabila murid itu mempunyai rekod di sekolah mengenai prestasi pelajaran yang cemerlang dan kedua apabila murid berkenaan sentiasa mempunyai masalah disiplin dalam pembelajarannya.  Semua guru terutama sekali yang mendidik murid berkenaan tahu serta mengenali murid yang cemerlang. Bagitu jugalah pelajar sekolah terutama sekali pengawas sekolah atau prefect semuanya mengenali murid yang cerdas dalam pelajarannya.

                Murid yang sentiasa dirujuk kepada Ahli Lembaga Disiplin Sekolah juga amat terkenal kepada semua masyarakat sekolah dan ada kalahnya  sampai ke luar pun dapat mengetahuinya. Ibubapa perlu tahu jawapannya apa bila diajukan pertanyaan mengenai penyertaan anaknya di sekolah. Jika ibubapa tidak mengetahuinya maka penyakit ini yang menjakit kepada pelajar dan menjadikan ia sebagai kambing hitam di sekolah.

                Permasalahan yang dialami oleh ibubapa terutama sekali mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan adalah mengenai hubungannya dengan pehak pentadbir sekolah. Kemuskilan biasa berlaku mengenai masa yang tidak mengizinkan individu berkenan berhubung atau menjadi aktif dalam persatuan ibubapa dan guru (PIBG). Allah telah bersumpah dengan nama masa bahawa manusia adalah sentiasa dalam kerugian (Al Ashr (103) 1 – 2. Masa itu sentiasa memberi peluang kepada setiap individu tidak kira apa kedudukannya dalam arena pembangunan. Terpulang kepada individu berkenaan mengatur bagaimana masa itu boleh diguna untuk mengurus semua agenda di bawah kelolaan anda.

                Dalam politik pembangunan sebenar, yang menyibukkan individu berkenaan ialah budaya beramah mesra dengan mereka yang berkepentingan peribadi. Jika masa yang digunakan untuk melayani tetamu tertentu, digunakan untuk menziarahi sekolah untuk beberapa minit sahaja untuk mengetahui permasalahan yang mendedah maka pehak sekolah serta masyarakat ibubapa yang mempunyai anak-anak mereka bersekolah di sekolah berkenaan amat menghargai budaya demikian.

                Harus anda faham bahawa institusi pendidikan adalah pembina akhlaq dan tingkah laku

manusia. Seseorang itu menjadi pembesar negeri disebabkan sekolah yang telah usang telah mendidiknya hingga berjaya ke menara gading. Jangan melihat rendah kepada institusi pendidi kan. Sekolah adalah gedung ilmu yang menelorkan berbagai disiplin pembangunan yang diperlukan dalam tamadun kehidupan manusia.

                Satu kajian rambang mengenai prestasi pelajar antara ibubapa yang menghormati sekolah dan mengambil bahagian dalam membina infrastruktur pembangunan sekolah dengan ibubapa yang tidak kisah mengenai penglibatannya dalam aktiviti PIBG dan seterusnya kepada arena pembangunan sekolah. Pelajar yang ibubapanya sentiasa mengikuti perkembangan anaknya di sekolah menunjukkan prestasi yang menyerlah dan biasanya pelajar itu sampai ke peringkat universiti.

                Berbanding dengan ibubapa yang tidak ambil kira mengenai persekolahan anak, dan menyerakan anaknya bulat-bulat kepada guru-guru sekolah untuk membinanya agar menjadi manusia yang berketerampilan dan berwawasan. Pada kebiasaannya gulungan pelajar inilah yang mengamalkan budaya ponting kelas dan sentiasa tidak menghormati disiplin sekolah. Prestasi pelajar demikian amat bersyukurlah kalau ia selamat sampai ke tingkatan lima dan jika nasib menyebelahinya ia hanya mampu lulus minima tingkatan lima dan tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

                Bicara Minda bertanya kepada ibubapa sekalian, manakah yang lebih bermanfaat dalam pembangunan, antara hidup menjadi kaya dan banyak harta, dengan hidup mempunyai ilmu yang boleh digunakan dalam membina tamadun kehidupan. Dengan kekayaan biasanya manusia berkenaan lupa daratan dan ketahuilah bahawa harta dan kemewahan hanya bersama anda semasa hidup di dunia sahaja. Kemungkian besar ia membawa anda ke landaan kemaksiatan dan mengkufuri amal perbuatan anda.

                Manusia yang menuntut ilmu dengan tujuan membina tamadun kehidupan akan memper- olehi dana pahala yang setia dengan anda bersama-sama ke alam kubur kelak menjadi saksi di hadapan Kadi Rabul Jalil mengenai bagaimana anda menggunakan ilmu yang diperolehi dari sekolah semasa hidup di dunia?

                Seperkara lagi ialah dengan harta dan kekayaan akan menyibukkan anda menjaganya. Amat merumitkan ialah takut jatuh bankrap akan memuderatkan kehidupan. Berbanding dengan mempunyai ilmu, ia menjaga kita dari aspek disiplin, kesihatan dan yang amat penting sekalai ialah mengukuhkan hubungan anda dengan Allah S.W.T.

                Menuntut ilmu adalah satu ibadah dan menjadi ahli PIBG juga adalah satu ibadah. PIBG yang cergas dan banyak sumbangan kepada sekolah akan menarik perhatian orang lain, setidak-tidaknya keluarga sendiri yang akan membawa berita baik kepada orang lain kelak akan

mengikuti jejak langkah anda membina hubangan baik dengan PIBG. sekolah.

 

(http://bicaramindafaridblogspot.com)

No comments:

Post a Comment