Wednesday, April 28, 2010

MOTIVASI SIFIR WAJAR DALAM KEHIDUPAN

Dalam pergerakan hidup sifir menjadi pengukur dalam segala segi pembangunan. Allah bentukkan manusia mengikut disiplin istikamah dalam kelangsungan hidup. Walaupun kelihatan jasmani dalam keadaan rehat tetapi deyutan jatung tidak pernah rehat mengepup darah ke seluruh anggota badan secara istikamah dalam kelajuan secara purata 75 kali seminit mengikut umur. Pakar perubatan mengesahkan kesihatan seseorang itu dengan meninjau daripada kelajuan jantung bergerak. Ketentuan prestasi kesihatan seseorang itu adalah mengikut disiplin sifir seperti berapa kali deyutan jantung dalam seminit.     

Dari denyutan jantung sahaja pun para pakar perubatan boleh mentafsirkan kesihatan seseorang itu. Kelajuan denyutan jantung menandakan bermacam masalah kesihatan yang dialami oleh idividu berknaan. Mengalami kejutan terutama sekali yang membahayakan, otak manusia akan menyampaikan mesej kepada jantung untuk meningkatkan kelajuan denyutan untuk mengepum darah dengan derasnya ke keseluruh anggota badan menandakan satu persediaan untuk bertindak. Semua gerakan tersebut adalah mengikut budaya sifir dalam system penampilan seseorang.

Apabila denyutan jantung menjadi cepat maka pernafasan pun turut sama berubah dari yang perlahan kapada yang cepat. Penafasan dalam keadaan normal tidak bagitu cepat maka apabila mengalami perubahan pada perasaan, maka pernafasan pun turut sama berubah. Semuanya ini mengikut budaya sifir.

Di sekolah setiap anak murid didedahkan dengan budaya sifir yang khusus dan ia harus dihafal menjadi sebahagian daripada disiplin hidup. Sifir bermula dengan angkah yang rendah iaitu sifir dua hinggalah kepada angkah yang tinggi seperti sifir dua belas. Setiap angkah dalam satu-satu tahap penguasaan sifir digandakan mengikut urutan number dari satu hingga ke angkah duabelas. Sifir adalah sebahagian daripada kehidupan manusia sebagai pemain dalam kelang- sungan hidup.

Dalam diri setiap individu sifir berperanan menentukan disiplin hidup. Semua kefahaman mengenai pembangunan manusia didasari dengan felosofi sifir. Melaksanakan ibadah kita memerlukan sifir. Hubungan sesama insan memerlukan sifir mengenai kekerapan membantu rakan dalam seminggu atau sebulan.    

Manusia yang paling dekat dalam hidup ini ialah ibu dan bapa anda . Berapa kalikah anda mengingati mereka dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun? Jika baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan apabila ditanya oleh seorang sahabat: kepada siapa yang ia harus ia mencintai dalam hidupnya? Maka jawab Baginda  ialah ‘ibumu’ sebanyak tiga kali, selepas itu barulah ‘bapamu’. Ini bermakna ibu itu adalah orang yang pertama yang perlu anda memusatkan kecintaan  anda. Ustaz menyarankan kepada anak-anak kecil bahawa syurga anak adalah di bawah telapak kaki ibu!

Dalam menelusi kehidupan pemikiran sentiasa dihiasi dengan perkara-perkara yang mengkufurkan anda untuk mendapatkan dana pahala. Dalam pergaulan hidup dengan masyarakat  sering kali kita ditemukan dengan gejala-gejala yang melahirkan pergesiran nilai dengan orang lain kelak melahirkan kehancuran kepada kesetiakawanan sosial. Maka itu lahirlah kumpulan yang tidak ada dalam diari hidup anda yang dikategorikan sebgai musuh!

Sebagai hambah Allah tidak ada yang dijadikan musuh dalam hidup jika anda kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasul. Jika demikianlah keadaan hidup ini maka berapa kalikah anda mengingati musuh anda dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun atau tidak pernah muncul dalam ingatan anda lagi? Mereka yang sentiasa mengingati musuhnya akan ditemukan dengan kebaikan dan ini akan membawa kepada pemulihan hubungan yang telah retak.

Apabila keretakan dalam hubungan antara sesama sudah dipulihkan semula maka timbullah ukhuwah kemanusiaan. Bermasyarakat  merupakan nadi pembangunan manusia kerana ia akan menghidupkan ukhuwah kemanusiaan. Bermasyarakat akan menghidupkan budaya kesetiakawanan sosial yang menjadi keutamaan untuk membentingi tamadun hidup dari dicemari  oleh kekufuran akibat olahan tangan manusia.

Manusia dijadikan Allah dalam keadaan lemah. Ia sentiasa melayani kebuntuhan nafsu shawatnya yang mengakibatkan berlakuny pergeseran nilai kelak akan menghancurkan ketama dunan manusia. Kebuntuhan biologi manusia tidak ada engganan atau limitionnya seperti orang yang dahaga meminum air laut. Semakin diminum semakin kehausan.

Oleh itu untuk menyelamatkan manusia dari segala kerakusan yang akan melahir bibit-bibit kesombongan dan keganasan, amatlah penting kiblatkan pemikiran itu kepada membudaykan perasaan kesetiakawanan sosial. Ia akan membawa manusia untuk mengingati kekusaan Allh S.W.T. kerana tanpanya siapalah kita?

Sebagai manusia memang dilahir dengan sifat lemah. Maka itu tidak hairanlah jika hidupnya sentiasa diwarnai dengan akhlak yang tercela. Dalam menangani hidup berapa kalikah anda mengingati salah laku yang pernah anda alami? Dan adakah anda memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat setiap kali anda mengingati gejala tersebut. Budaya sifir sentiasa menemani anda di mana sahaja anda berada.  

Apabila berbincang atau mengambil bahagian dalam percambahan fikiran tentang sesuatu agenda kadang-kadang mulut tersasul dan mengucapkan kata-kata yang tidak sewajarnya di keluarkan kerana akan menyinggung perasaan orang lain. Tetapi apa yang berlaku tidak boleh ditarik balik. Maka itu sebagai insan yang sedarkan diri berapa kalikah anda mengingati kesalahan tersebut sebagai motivasi diri untuk memulihkan perasaan orang yang tersinggung?    

Apakah tujuan kita hidup? Allah S.W.T. wujudkan manusia di muka bumi ini dengan satu tujuan iaitu beribadah dan menyembah Allah S.W.T. Surah az-Zaariyat  (51)56, Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”. Berapakalikah dalam sehari suntuk kita memusatkan pemikiran kepada Allah S.W.T. dan berapa kalikan dalam sehari kita mengucap al-hamdulillah kapada Allah setiap kali menemui jawapan kepada teka-teki kehidupan ?

Rancangan anda untuk masa depan sentiasa mengusik jiwa anda. Berapa kalikah  anda memikirkan mengenai rancangan berkenaan? Sudahkan anda membuat strateginya untuk memulakan agenda tersebut? Atau rancangan itu masih dalam pemikiran anda tanpa membuat apa-apa solusi untuk merelisasikan rancangan itu. Sedarkan diri anda bahawa jika rancangan itu diteruskan menjadi rancangan semata maka masa akan menipu anda untuk hanya membudaya kan sifir berapa kali membuat perancangan tetapi tidak dijadikan amalan hidup.

Anda tidak sedar bahawa apa yang anda laksanakan demi kebajikan kehidupan adalah tawakal kepada Allah S.W.T. dan segala kejayaan daripada tawakal itu adalah prerogatif Allah maka itu adalah wajar anda mengucapkan syukur alhamdulillah kepada pemberian tersebut. Berapa kalikah anda mengucap syukur alhamdulilla setiap kali mendapat kejayaan? Budaya melafazkan kata-kata syukur sebagai kemurnian dalam kehidupan menjadi tanda tanya pada setiap insan!

Semasa menuntut ilmu di sekolah mulai dari sekolah rendah hingglah ke menara gading di univesiti, hidup anda sentiasa dihiasi dengan budaya sifir. Mengapakah anda lupakan sifir untuk memusatkan fikiran kepada Allah setiap kali mendapat hidayah dari-Nya. Kekerapan anda mengucap sukur kepada Allah menandakan bahawa cinta anda kepada yang Maha Berkuasa sentiasa mewarnai kehidupan anda.

Menelusuri ranjau-ranjau kehidupan kita sentiasa memusatkan pemikiran kepada Allah

S.W.T. dengan mengucapkan ‘astagfirullah alazim’ atau ‘masallah’ atau ‘inalilahi wa inaliahi raajiun.’ Berapa kalikah anda melakukan demikian setiap kali mengalami masalah yang meruncingkan perasaan? Pada kebiasaan manusia apabila terkejut dengan sesuatu yang kurang menyenangkan perasaan, secara spontan ia mengatakan ‘almak!’ atau ada yang lebih parah lagi apabila dalam keadaan demikian ia mengeluarkan kata-kata ‘memaki hamun.’   

                Manusia diwujudkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dalam mengolah atau memakmurkan kehidupan, berapa kalikah anda mengingati Allah? Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya supaya menziarahi kuburan kerana amalan demikian mengingatkan kita kepada mati kelak mengingati Allah.

                Melaksanakan ibadah sembahyang khususnya solat lima waktu sehari semalam akan memusatkan fikiran anda kepada Allah S.W.T.. Dalam erti kata lain, dalam lima waktu tersebut atau tujuh belas rakaat, agama memerintah anda untuk membelakangi kemewahan dunia serta segala gejala-gejalanya dan memusatkan jiwa anda kepada Allah S.W.T.

                Kalaulah perlaksanaan solat, purata mengambil masa lima minit sahaja, maka sifir mengajar anda dalam lima waktu sembahyang sehari semalam manusia memusatkan pemikiran kepada Allah selama 25 minit sahaja. Maka itu masa manusia mengingati Allah yang memberi ia hidup selama dua puluh empat jam sehari semalam hanya 25 minit sahaja. Itu pun agak sukar bagi semua muslimin dan muslimat dapat melaksanakan. Bagaimana pula mengingati Allah selain mendirikan solat?

                Dalam hidangan pemikiran tersebut ibadah berkenaan adalah untuk manusia yang hidup di atas bumi ini! Adakah setiap manusia sedarkan diri mengenai tanggungjawabnya sebagai hambah Allah? Tepuk dada tanyalah iman sendiri! Masalah demkian timbul apabila memikirkan  budaya sifir dalam kelangsungan hidup. Anda mempelajarinya sejak di bangku sekolah maka itu pertanyaan menyusul: adakah anda menterjemahkan sifir itu dalam hidup anda?     

                Berapa kerapkah kaki anda menziarahi rumah-rumah ibadah berbanding dengan menziarahi pesta-pesta pementasan dunia semata, atau pusat-pusat hiburan atau gedung-gedung supermarket? Keempat-empat tempat berkenaan mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali jika anda memikirkan dana pahala yang Allah S.W.T. redhakan.  

                Kekerapan anda menziarahi rumah-rumah ibadah akan mendapat jaminan kebahagiaan dunia lebih-lebih lagi kebahagian akhirat. Tetapi jika hidup anda membudayakan sifir yang amat tinggi jawapannya yang tertumpu kepada tempat–tempat lain selain rumah ibadah maka kebahagiaan yang anda perolehi hanya sebatas umur anda. Ingat umur anda juga  semakin mengecil angkanya? Buatlah sesuatu yang memberi jaminan kepada keselamatan akhirat. InsaAllah.

                Bertaubatlah sebelum terlambat. Banyak bertaubat akan mendekatkan anda dengan Allah S.W.T. dan jaminan kebahagiaan pasti menanti anda di pintu taubat. Budayakan sifir dalam hidup anda terutama sekali demi pembanguan kebajikan. Jangan biarkan masa berjalan tanpa membuat perubahan dalam hidup anda kerana semakin tinggi jawapan sifir yang anda lakarkan dalam hidup membuang masa semakin sempit peluang anda untuk membuat pesediaan ke dunia berikutnya.    

                Ingatlah bahawa kekerapan berbuat sesuatu yang membelakangkan keseronokan dunia akan menempah keselamatan dan kebahagian hidup di akhirat kelak. Allah sayangkan hambahnya yang sentiasa memohon hidayah dan petunjuk-Nya demi kekuatan jiwanya menangani ranjau-ranjau kehidupan dunia. Membudayakan sifir untuk mengenal pasti hidup yang diredhai Allah S.W.T. tetapi sifir tidak perlu lagi apabila kita mendapat giliran untuk menamatkan agenda dunia! Amin.

No comments:

Post a Comment