Thursday, April 1, 2010

PONTENG KELAS MASALAH SOSIAL

Ponting kelas atau tuang kelas adalah bahasa yang biasanya pelajar menggunkannya untuk menyampaikan berita kepada kupulannya yang mempunyai budaya yang sama. Pelajar menunjukkan akhlak sedemikian rupa untuk melegakan diri atas sebab beberapa faktor. Faktor pertama ialah murid yang suka ponteng kelas tidak menghormati peraturan atau disiplin sekolah maka itu dengan sendirinya murid berkenaan tidak menghormati sekolahnya apa ta’ lagi mencintainya. Faktor kedua ialah pelajar serupa ini tidak ada semangat dan keinginan  hendak berubah menjadi pandai dan berilmu. Faktor lain ialah melayani akhlak kehaiwanannya yang suka melihat keseronokan alam kehidupan tanpa memahami kewujudannya.

                Harus anda faham, peraturan sekolah adalah program Kementerian Pendidikan untuk semua institusi pendidikan. Sekolah adalah tempat mendidik manusia di atas landasan yang membina tamadun manusia. Dalam erti kata lain sekolah adalah memanusiakan manusia dan bukan menghaiwankan insan. Mendisiplinkan diri bukan semudah yang difikirkan jika individu berkenaan kurang faham matlamatnya. Dalam pepatah bahasa Inggeris mengatakan, menerima desiplin, “Is a bitter pills to swallow.” Menerima disiplin sekolah bagikan memakan obat pil yang pahit.  Tidak ada orang yang suka memakan obat, kerana rasanya pahit tetapi kerana hendak sembuh dari penyakit yang dihidapi, terpaksa memakannya. Para remaja wajar menerima disiplin sekolah beriringan dengan ilmu pengetahuan kerana ia adalah elemen pembangunan insan.

                Para remaja yang masih belum mengenali identitinya kurang senang dengan peraturan disiplin kerana mereka merasakan ia menhalang kebebasan mereka membuat sesuatu sesuka hatinya. Menuntut ilmu, wajar dihiasi dengan kemurnian berdisiplin yang akan membentuk anda seorang yang kenal diri dan menghormati orang lain serta dapat berpatisipasi dalam membentuk masyarakat.

                Sebagai seorang pendidik harus menerima kerenah-kerenah pelajar yang ditimbulkan dalam kelangsungan pendidikan kerana menanganinya adalah bibit-bibit kasih sayang dalam membina ukhuwah kemanusiaan. Tugas utama seorang guru dalam mengilmukan manusia ialah mendekati dan memahami penampilan individu dalam menerima ilmu kerana ilmu yang baru itu tidak semudah yang difikirkan dapat difahami dan diterima oleh pelajar.

                Pernah berlaku kepada seorang bekas pelajar yang sudah lama berhenti sekolah dan berkhidmat sebagai pemandu di sebuah Pejabat Pertanian. Beliau berhenti sekolah setakat lulus darjah Enam aliran bahasa Melayu dengan kepujian dalam semua mata pelajaran yang didudukinya. Setelah berkhidmat sekian lama, ia menyaksikan rakan-rakan seperjuangan di sekolah dahulu mengikuti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)calon persendirian dalam aliran bahasa Melayu. Pada masa itu aliran bahasa Inggeris masih berjalan seiring dengan aliran bahasa Melayu.

                Terdorong dalam hati hendak mengikuti PMR  bersama rakan-rakan tersebut dengan kefahaman bahawa mereka adalah bekas murid semasa di sekolah dahulu dengan penampilan mereka dalam pelajarannya yang amat sederhana. Maka itu pemandu kerajaan tersebut  meminta abang kandungnya yang berkhidmat sebagai Pegawai Pelajaran, memasukkannya dalam program tuisyen jarak jauh. Abangnya itu menawarkan kepada adiknya kursus Jarak Jauh dalam aliran bahasa Melayu. Adiknya bersetujuh dengan kefahaman bahawa aliran bahasa Inggeri adalah susah maka itu biarlah ia mengambil kursus  dalam aliran bahasa Melayu.

                Setelah mendaftar dalam kursus tuisyen jarak jauh dan dikirim pula pelajaran pertama iaitu mata pelajaran bahasa Melayu dan ilmu Georografi. Setelah membacanya pemandu itu tidak faham langsung apa yang terkandung dalam pembelajaran tersebut termasuklah bahasa Malaysia. Ia berjumpa dengan abang kandungnya mengatakan bahawa pelajaran sekarang amat tinggi nilainya sehingga ia tidak langsung sekali memahaminya.

                Menuntut ilmu biarlah mengikuti adab-adab istikamah mulai dari buaian hingga ke liang

lahad seperti mana yang disarankan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Anggapkanlah

ilmu itu bagikan teman karib yang setia bersama anda. Berteman itu mempunyai disiplin tertentu yang perlu difahamai untuk mensesuaikan keselesaan diri dalam segala hal pembangunan sosial. Pada peringkat awal memang terdapat beberapa faktor yang mempunyai pergesaran nilai tetapi apabila ditangani dengan budaya ketakalan maka ia menjadi sesucuk dengan jiwa anda.

                Sebagai contoh, apabila kita berteman dengan seorang wanita yang penampilannya agak kurang secocok dengan keingingan anda, tetapi apabila pergaulan itu telah memakan masa sekian lama maka barang yang kurang mulia menjadi cantik dalam pandangan mata anda kerana sudah terbiasa dengan gerak lakunya maka itu timbullah perasaan cinta kepada individu berkenaan.

                Bagitulah juga keadaannya kepada menuntut ilmu. Ilmu yang baru itu kurang diminati pada perasaan anda kerana belum dapat difahami tujuan dan maknanya, tetapi setelah difahami dan boleh diketahui kegunaannya maka ilmu tersebut menjadi minat anda atau yang difahami sebagai bahan ilmu dalam pembangunan.

                Mengikut mantan ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Wira Abdul Rahman Phd. bahawa ilmu itu adalah kedatangan sesuatu makna. Dalam erti kata lain apabila maknanya dapat difahami maka ilmu itu menjadi sebahagian daripada diri kita kerana ia sudah menjadi bahan perubahan pada pembangunan kehidupan. Demikianlah ciri-ciri pembelajaran yang berlaku pada setiap insan yang menuntut ilmu daripada seorang guru. Guru menjadi pemudah cara kepada murid untuk mendekati apa yang dikenali sebagai pembangunan.   

                Dalam hidup ini tidak ada yang mudah untuk dilaksanakan kerana setiap aktiviti kehidupan itu harus melalui berbagai pringkat disiplin pelaksanaan dan wajar ditangani dengan ketekunan dan kesabaran. Pentingnya ialah amal perbuatan itu wajar dilaksanakan dengan budaya istikamah. Budaya ketakalan dalam melaksanakan berbagai ibadah wajar menjadi felosofi pembangunan kerana dengan cara demikian sahaja Allah S.W.T. dapat meredhai amalan setiap hambah-Nya.

                Sebagai contoh, mendapat sesuap nasi sahaja pun kita memerlukan berbagai disiplin yang perlu dilaksanakan sebelum makanan itu dapat dimasukkan ke dalam mulut. Nasi itu adalah dari beras yang wajar diperolehi dari bijirin padi. Sebelum mendapat padi petani  harus menanamnya sehinggalah sampai kepada merawatnya supaya tidak diganggu oleh perosak tumbuhan padi. Setelah berbuah wajar dijaga dari serangan burung yang suka memakan padi. Setelah padi masak harus dituai dengan menggunakan jentera atau dengan cara tradisional.

                Padi dituai  wajar dijemur sebelum digiling untuk mendapatkan berasnya. Beras itu kemudian dimasak menjadi nasi. Nasi itu tidak menjadi makanan jika tidak menggunakan tangan untuk mengambilnya  kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Mata rantai displin perlaksanaan untuk mendapatkan sesuap nasi amat memerlukan kesabaran dan ketekunan, tanpanya amatlah sukar mendapatkan sesuap nasi.   

                Bagitu jugalah disiplin pembelajaran yang memerlukan budaya istikamah dalam berbagai peringkat menimba ilmu mulai dari peringkat dasar, berpindah kepada aras pertengahan dan diikuti  ke peringkat menengah hinggalah ke aras yang tertinggi yang dikenali sebagai universiti. Menuntut ilmu di peringkat rendah tidak sama dengan disiplin menuntut ilmu di peringkat menengah dan bagitu jugalah di peringkat university, masing-masingnya mempunyai disiplin pembelajaran sesuai dengan umur para pelajar yang turut sama mengikuti pelajaran berkenaan.

                Para pendidik juga mempunyai taraf kesesuai pada setiap tahap untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Di peringkat asas memerlukan disiplin pendidikan yang amat memerlukan hubungan kasih sayang antara guru dan anak murid. Suasana demikian amat diperlukan dalam mendidik anak murid yang belum baligh, pemikiran yang masih memelukan

santunan kasih sayang seperti mana ia mendapat layanan dari ibubapa di rumah masing-masing.

                Disitu berlakunya strategi pengajaran serampang dua mata. Mendidik anak murid agar mereka merasa sentuhan kasih sayang pendidik sepertimana dialaminya dari rumah yang diberi oleh ibubapa mereka. Dan kedua, merasa cinta kepada pelajaran yang diberi oleh seorang guru. Apabila sentuhan demikian berlaku dalam pembelajaran seorang murid maka keinginan atau motivasi dalaman untuk menjadi murid yang gemar menimba ilmu, sentiasa ada.

                Suasana pembelajaran demikian menjadi pemangkin kepada jiwa pelajar untuk lebih suka menimba ilmu terutama sekali ilmu yang belum pernah diketahui. Murid yang sentiasa tergalak hati untuk mengetahui ilmu yang baru akan membina dalam dirinya satu kekuatan untuk mengetahui lebih banyak ilmu. Inilah motivasi dalaman yang ada pada setiap individu, ingin berpindah ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam erti kata lain ingin dinaikkan kelas lebih cepat yang biasa difahami sebagai double promotion.

                Melangkau kelas berlaku di semua peringkat sama ada di peringkat asas atau sekolah rendah; peringkat menengah mahupun di peringkat universiti. Jika berlakunya  kecerdasan otak pada pelajar tertentu, pelajar tersebut tidak wajar mengkuti umurnya apabila dinaikkan kelas. Jika ia dipaksa mengikuti pelajaran mengikut usianya maka anda telah mengganggu kesesuai pelajar itu dalam menimba ilmu.

Di Malaysia telah wujud seorang pelajar yang menunjukkan prestasi pelajarannya yang amat cemerlang sehingga ia dapat menguasai pelajaran pringkat “A” level semasa usianya baru menjangkau lima belas tahun. Inilah kekuasaan Allah S.W.T. dalam mengetengahkan insan yang mempunyai kekuatan mental dan mempunyai intelek yang luar biasa. Allah itu maha kuasa, segalanya adalah ketentuan- Nya.

Setiap manusia mempunyai tahap penguasaan ilmu pengetahuan atas keredhaan Allah S.W.T. Manusia hanya mampu bertawakal dan kepada semua kejayaan yang diperolehi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya kerana Dialah yang meredhakannya. Maka itu menjadi kewajipan manusia mensyukuri apa yang berjaya diperolehinya.

Para pendidik serta masyarakat guru adalah manusia yang dimuliakan Allah kerana merekalah pemegang amanah memanusiakan manusia. Apa yang dibawa oleh seorang guru dalam mendidik manusia hanya dua perkara sahaja. Pertama ialah mengilmukan manusia agar menjadi pemain yang berketerampilan. Dengan ilmu ia tahu diri dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Perkara kedua ialah membina akhlak dan tingkahlaku manusia agar menjadi nadi kepada pembangunan jasmani dan rohani. Pembangunan jasmani merangkumi ukhuwah kemanusiaan yang menggamit perasaan kasih sayang antara sesama.  Manakala pembangunan rohani membina akhlak  untuk mendekati Allah S.W.T. serta mengenali tanggungjawab yang diamanahkan Allah sebagai hambah Allah. Allah berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada-Ku. Surah Az-Zaariyat ayat (51) 56

Tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah sebagai hambah Allah dan wajib sujud  menyembah dan memuji Allah. Ketahuilah bahawa setiap apa yang anda laksanakan di atas landasan kebajikan adalah ibadah kerana Allah. Dengan pembangunan jasmani dan rohani ibadah adalah di atas ketakwaan kepada Allah dan keredhaan terhadap sesama manusia.

Masalah disiplin para pelajar tidak wujud jika seorang pendidik mempunyai kefahaman mengenai ciri-ciri membina insan yang berkualiti. Kelahiran ponting kelas adalah disebabkan guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan tidak mendapat partisipasi positif daripada pelajar atas sebab beberapa isu yang wajar diamal oleh seorang guru. Latihan maktab telah menyediakan berbagai cara mengajar, dari situ guru perlu membuat pengkayaan yang akan memotivasikan

pelajar untuk lebih suka datang ke sekolah. (http://bicaramindafaridblogspot.com)

No comments:

Post a Comment