Wednesday, April 28, 2010

KEMAHIRAN BERSEPADU ASAS PENDIDIKAN BERKUALITI

Kewujudan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini memainkan peranan penting dalam memakmurkan alam kehidupan, maka itu setiap individu Allah lengkapi dengan berbagai kemahiran sebagai fitrah. Kemahiran itu berbeza antara sesama manusia. Walau bagaimanapun kemahiran asas wajar dikenali atau dimantapkan terlebih dahulu sebelum melangkah ke peringkat yang lebih dalam atau lebih luas dalam arena pembelajaran.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidi kan untuk memberi laluan kepada penekanan dalam kemahiran asas lebih meluas dalam peringkat asas pembelajaran. Strategi tersebut adalah penting kerana membina asasnya akan mengukuhkan kemahiran tertentu agar melahirkan keseronokan dalam belajar. Kemahiran asas dalam kurikulum pembelajaran adalah seperti membaca, menulis dan mengira yang biasanya dikenali sebagai kemahiran 3R.

Mendidik anak murid wajar menggunakan seberapa banyak deria dari yang lima iaitu mendengar dengan telinga, melihat dengan mata, merasa dengan lidah, mengidu dengan hidung  dan sentuhan dengan kulit. Dalam semua deria, sentuhan yang digunakan dalam amalan perbuatan akan mendekatkan murid kepada kefahaman makna ilmu yang dipelajari.

Kata-kata pujangga yang amat berfaedah kepada pengajaran murid ialah “Saya dengar saya ingat saya lihat saya tahu, dan saya buat saya faham.” Deria sentuhan mempunyai kesan positif yang lebih kukuh berbanding deria-deria yang lain. Mengingati dan mengetahuinya sahaja tidak memberi jaminan bahawa pelajaran itu telah menjadi faktor perubahan kepada individu berkenaan. Apa yang penting dalam sinario pendidikan ialah memahami ilmu itu dengan hidayah Allah S.W.T.

Setiap ilmu yang baru jika diikuti dengan amal perbuatan maka pengukuhan kepada ilmu berkenaan dalam diri pelajar dapat dimanfaatkan. Ilmu yang baru jika tidak diamal akan hilang dari ingatan setelah tiga hari berlalu. Jika ia diguna dalam perlaksanaan aktiviti kehidupan dengan menggunakan berbagai deria seperti sentuhan, pendengaran dan perasaan akan kekal bersama anda sepanjang masa. Itulah yang dikenali sebagai pembangunan minda.

Memanfaatkan sebanyak mana yang boleh  deria-deria yang lima adalah satu stratigi pendidikan yang menggunakan kemahiran bersepadu. Allah S.W.T. telah melengkapkan fitrah tersebut kepada hambah-Nya untuk kemudahan bagi setiap individu membina pembangunan kehidupan. Jika ia tidak digunakan dalam aktiviti menimba ilmu maka anda telah mengkufurkan diri dari memahami hidup sebagai fitrah.

Dalam pengukuhan kemahiran 3M, pemimpin utama ialah guru yang mana ia seharusnya mahir mengenai strategi pendidikan dalam KBSR. Guru yang berwibawa dan berketerampilan dalam mengolah pengajaran dan pembelajarnnya wajar mendapat dorongan dari GuruBesar sebagai pemangkin dalam keseluruhan perlaksanaan KBSR sepertimana sewajarnya system yang digarisbawahnya oleh Kementerian Pendidikan.

Satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan setelah perlaksanaan system KBSR diperkenalkan berlalu selama enam tahun, menunjukkan bahawa perbezaan dalam prestasi pepereksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berbanding prestasi keputusan peperiksaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) hanya 2 peratus sahaja. Keadaan demikiian amat menduka citakan.

Penyelaras-penyelaras KBSR seluruh negara telah diminta oleh Ketua Pengarah Pendidi- kan di Kementerian Pendidikan mengkaji semula di mana kelemahannya di negeri masing-masing. Secara kebetulan penulis adalah penyelaras KBSR negeri Sabah waktu itu. Maka itu satu jawatan kuasa dalam unit KBSR bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan negeri Sabah telah dibentuk  pada tahun 1990. Tajuk kajian ialah “Keterampilan Guru Besar Sekolah Rendah 1990”.

Kajian ditumpukan kepada kepekaan Guru Besar mengelolakan perkembangan kuri- kulum di sekolah masing-masing. Strategi demikian diambil untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengikut system baru sekolah randah. Saranan mantan Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan, Tan Seri Datu Dr. Wira Hj. Abdul Rahman yang mengatakan “Kalau Guru Besar Lembab jangan harap guru-guru dibawah jagaannya rajin”, semasa merasmikan persidangan Pegawai-Pegawai Daerah dan Bahagian seluruh negara yang ke 5 pada 5 hingga 9 September 1987, di Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan.

Guru Besar adalah pemimpin masyarakat sekolah. Corak kepimpinannya mencerminkan keterampilan dalam usaha melaksanakan tugas sebagai pendidik, sebagai pentadbir sekolah dan juga sebagai pendidik adalah satu tugas yang sentiasa menguji kewibawaan seseorang, tidak kira masa dan tempat, caranya wajib dilaksanakan.

Kajian itu terbahagi kepada 4 komponen, seperti  Perancangan, Sikap Pengedalian, Kawalan dan Keilmuan atau perkembangan diri. Daripada 965 soal selidik dikirim  kepada semua sekolah di negeri Sabah, hanya 425 orang guru besar sahaja yang telah mengembalikan. Ini bermakna lebih kurang 45 % responden telah diterima.

Mengikut analisis yang dibuat dari kajian tersebut, Perancangan agak mempunyai pantulan yang lebih baik berbanding yang lain. Persediaan mengajar serta rancangan-rancangan bulanan dan harian mendapat perhatian. Tetapi kawasan-kawasan yang penting dalam komponen ini seperti strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran kurang diberi penekanan. Fakta ini kemungkinan besar yang mengakibatkan kemahiran asas 3M itu belum dapat dikuasai penuh.

Perkara-perkara lain yang turut meragutkan rancangan untuk menguasai masalah penguasaan kemahiran 3M ialah penekanan kepada perkembangan keilmuan guru-guru tidak dapat memenuhi hasrat KBSR. Ini berlaku  disebebkan matlamat sestem KBSR itu masih belum dikuasai oleh mereka.

Sebahagian daripada kelemahan guru Besar  ialah cara bertindak mengikut keutamaan. Dalam skop kajian sikap pengendalaian terdapat penekanan tugas Guru Besar banyak tertumpu kepada bidang pentadbiran semata-mata. Akibat dari itu perjalanan Jawatan Kuasa Kurikulum sekolah  tidak berfungsi seperti mana yang dihasratkan. Bagitu juga perlaksanaan panatia mata pelajaran, guru Besar kurang keilmuan tentang fungsinya dalam memperhebatkan lagi aktiviti kurikulum di sekolah.

Penyeliaan guru Besar terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya  masih menjadi tanda tanya sama ada mereka faham atau tidak apakan itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi skop pembelajaran kepada 5P. Ini disebabkan responden mengenai perlaksanaan pemulihan dan pengkayaan di sekolah tidak mendapat jawapan yang baik.

“Primary school is to prepare and secondary school is to repair”. Kata-kata hikmah ini telah diutarakan oleh yang berbahagian Tan Seri Dr. Wira Hj. Abdul Rahman Arshad mantan Ketua Pengarah  Pendidikan Malaysia. Pengelolaan system pengajaran dan pembelajaran adalah satu aspek yang terpenting  dalam menjayakan pengurusan kurikulum di sekolah. Tanpa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan maka sudah pasti segala matlamat dan objektif  yang dirangka akan tinggal sebagai penjelasan yang hanya enak  dibaca di atas kertas sahaja.

Jika persediaan di sekolah rendah itu tidak dilaksanakan dengan sempurna maka ini akan menimbulkan masalah di sekolah menengah nanti di mana skop kurikulumnya adalah membaiki strategi pembelajaran. Dalam erti kata lain, jika tidak ada persediaan maka pengurusan pembaikan tidak dapat dilaksanakan. Guru Besar merupakan pengurus kurikulum yang boleh mencorakkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah. Guru Besar sebagai agen perubahan, tidak akan berfungsi jikalau budaya keilmuannya kurang. Sebagai pemimpin dan pengurus kurikulum ia haruslah memahami dan menghayati matlamat pendidikan negara.

Kesepaduan pendidikan memerlukan kemahiran-kemahiran lain untuk disepadukan atau digabungkan dalam satu situasi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran tertentu akan men- jemput kefahaman dalam aktiviti mentafsirkan makna sesuatu  ilmu. Allah itu  maha kaya dalam segala-galanya.

Ilmunya Allah tidak ada sempadannya maka itu alam kehidupan bagitu luasnya dengan segala makluk Tuhan yang tidak terbilang banyaknya. Maka itu adalah wajar ciptaan Allah seperti manusia mempunyai visi yang membuka alam kehidupan dengan menggunakan segala ilmu Allah telah bekalkan kepada hambah-Nya yang berbentuk fitrah.

Menggunakan fitrah tersebut dalam memurnikan kehidupan manusia adalah ibadah. Maka itu tanggungjawab sebagai khalifah Allah ialah menyempurnakan ibadah untuk mem- bentuk tamadun kehidupan. Dengan adanya usaha demikian maka teka teki kehidupan di alam dunia ini dapat diterjemahkan kepada realiti pembangunan.

Berhadapan dengan harta dan kekayaan dunia manusia dianjurkan untuk membudayakan perasaan qanaah atau cukup apa yang ada. Tetapi tidak dengan menuntut ilmu kerana semakin banyak ilmu diperolehi semakin dekat kita dengan Zat yang maha kuasa. Menuntut ilmu adalah seumur hidup (Long Life Learning) kerana semakin amda tahu semakin anda tidak tahu.

Manusia apabila berhadapan dengan kemewahan dunia maka ia lupa tanggungjawabnya sebagai hambah Allah. Sebagai contoh  seorang yang dikurniakan Allah dengan kekayaan dan kemewahan dunia  bernama Malik bin Dinar. Istananya sahaja dikelilingi timbuk yang besar dan tegap dengan pengawal-pengawal yang gagah-gagah belaka. Dalam istana, puluhan dayang-dayang yang cantik-cantik belak. Tetapi sedihnya Malik bin Dinar tidak mengamalkan sembahyang kerana lupa dirinya bahawa sekaya macam mana pun manusia ia digelar hambah Allah dan wajib menyembah Allah S.W.T.

Malik bin Dinar diperlihatkan oleh Allah dalam mimpinya macam mana keadaan di neraka jahanam. Mengikut cerita dalam mimpinya Malik bin Dinar akan dicampakkan ke jurang neraka. Semasa dia hendak dibuang ke neraka tiba-tiba tersedar dari tidurnya. Ia mengucap astagafirullaalazim, berkata dalam hatinya syukur ia adalah mimpi! Tubuhnya bergemetar ketakutan.

Pada keesokan harinya Malik bin Dinar kelihatan kulit badannya melucur seperti gaya terbakar. Ia berfikir dalam hati mengenang peristiwa mimpinya semalam. Hanya mimpi dan belumpun sampai ke jurang neraka, keadaan badannya sudah demikian rupa. Kalaulah sampai ke neraka tidak tahu bagaimana keadaannya!

Mulai dari itu Malik bin Dinar bertukar wajah seperti orang biasa dan istana serta semua kemewahannya ditinggalkan. Ia merantau dunia menjalankan ibadah menyebarkan agama Allah dan hidup sebagai hambah Allah. Dalam usahanya melaksanakan ibadah, Malik bin Dinar tidak pernah senyum dan apabila ditanya mengapa keadaan demikian? Ia menjawab macamana hendak senyum, mimpi hendak dicampak ke neraka sahaja pun badan sudah melucur!

Kalau pengalaman itu mendewasakan anda maka menuntut ilmu menjauhkan anda dari serangan penyakit lali. Menuntut ilmu berbagai kategori terutama sekali kesepaduan antara ilmu dunia dengan ilmu ukhrowi amat bermanfaat khususnya gulungan manusia yang hanya menanti gilirannya ke alam barzah! Jangan kosongkan masa penantian itu. Isikanlah dengan ilmu yang bermanfaat kepada generasi anda. Hiasilah dan murnikanlah dunia anda agar keberadaan anda di

alam dunia nanti setelah berhijrah ke alam berikutnya masih dapat dirasai oleh umat manusia. Insa Allah!

No comments:

Post a Comment