Wednesday, April 28, 2010

PERCAMPURAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MURNIKAN IBADAH

Melihat kembali origin kehidupan manusia di atas bumi ini amat sukar difahami jika dibandingkan dengan keadaan kehidupan masa kini. Nabi Adam a.s. hidup sendirian tanpa teman menelusuri kehidupan. Segalanya diusahakan sendirian kerana tidak ada orang lain yang boleh  Nabi meminta pertolongan. Walaupun Nabi Adam a.s. oleh Allah diwujudkan Siti Hawa, satu-satunya teman Nabi Adam di Syurga tetapi disebabkan kelemahan Nabi Adam memegang amanah Allah maka terpaksalah beliau mengharungi hidup di bumi tanpa teman buat seketika sekurang-kurangnya selama 200 tahun lamanya sebelum mereka ditemukan kembali. 

Setelah manusia membiak maka mulalah berbagai keperluan hidup yang diusahakan oleh manusia yang mempunyai bermacam-macam kemahiran dalam kelangsungan hidup bertamadun. Penguasaan bermacam kemahiran mula tertumpu kepada individu-individu yang mempunyai  aras kemahiran yang diberikan Allah S.W.T. maka lahirlah yang dikenali sebagai division of labour atau pembahagian usaha atau kemahiran.

Mempunyai kebolehan melaksanakan aktiviti kehidupan tanpa mengharapkan bantuan orang lain seperti yang dikenali sebagai Jack of all trade master of none mempunyai banyak kemanfaatan.  Manusia serupa ini dapat melaksanakan berbagai aktiviti kehidupan tetapi tidak ada kemahiran tertentu yang dapat dikuasai dengan sesempurnanya. Segala bidang aktiviti kehidupan ia mampu melaksanakan dalam aras kefahamannya sendiri. Segalanya ia tahu disiplin perlaksanaannya tetapi tidak  mempunyai kemahiran yang jitu. 

Setelah wujudnya institusi pendidikan yang dikenali sebagai sekolah, maka perancang kurikulum memuatkan berbagai elemen yang menjurus kepada berbagai kemahiran yang ada pada manusia. Elemen-elemen tersebut dikenali sebagai mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa, ilmu Alam atau Geografi, Sejarah, Agama, Seni Lukis dan sebagainya.

Dalam setiap mata pelajaran itu dicabangkan lagi kepada berbagai ciri seperti Matemitik bercabang kepada Calculus atau Kalkulus, Algebra, dan Geometri dan jurubina. Sains pula bercabang kepada Fisik, Kimia, Biologi, dan sebagainya. Manakala Bahasa bercabang kepada Sastera, Kesusasteraan, Sajak, Pantun dan lain-lain. Bagitu juga kepada Geografi ia bercabang kepada Kaji Bumi atau Geologi, Kajicuaca, Kajilogam dan sebagainya.

Sejarah bercabang kepada Pembangunan Tamadun, Peperangan, Antropologi, Politik dan seumpama. Mata pelajaran Agama mempunyai ciri-ciri disiplin penyembahan, perjuangan menegakkan agama, sejarah para nabi dan Rasul dan tafsiran al-Qur’an berbagai kategori. Manakala Seni Lukis menghidangkan berbagai kemahiran dalam merekabentukan bermacam bentuk kehidupan dengan menggunakan kemahiran dalam penggunaan alat-alat warna, alat tulis, ukiran-ukiran, jurubina dan sebagainya.

Mengapakah mata pelajaran tersebut perlu dilalui atau dipelajari oleh setiap pelajar di sekolah? Tidak semua pelajar mempunyai kebolehan mengikuti semua mata pelajaran yang ada dalam kurikulum pendidikan. Pelajar wajar mengikuti pembelajaran setiap mata pelajaran tujuan untuk mengenal pasti kemahiran yang ada pada dirinya.

Untuk memudah pelajar memilih bidang atau jurusan apa yang sesuai baginya, kementerian Pendidikan membahagikan dua bidang besar dalam kurukulum pembelajaran. Satu bidang Sains termasuklah mata pelajaran Matematik dan bidang Sastra yang merangkumi semua mata pelajaran yang tidak termasuk dalam kategori Sains.

Tidak mustahil seorang pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran yang ada dalam kurikulum sekolah. Walau bagaimana pun kepada peringkat pengukuhan atau pendalaman pada satu-satu mata pelajaran wajib mengguna kan mata pelajaran tertentu sahaja yang mana pelajar  boleh kuasi dengan mudah.

Percampuran penguasaan kemahiran wajib dalam hidup kerana kebolehan tersebut dapat menggunakan fitrah Allah S.W.T. kelak menjadi pengguna dan pemain dalam memurnikan kehidupan.  Allah S.W.T. murnikan keadaan hidup manusia dengan membekalkan berbagai fitrah seperti kemahiran berfikir untuk memahami teka-teki kehidupan. Dibekalkan mental yang

dapat memahami segala sesuatu yang sesuai dengan tamadun kehidupan.

Peranan manusia dalam memurnikan kehidupan adalah mengola keadaan sesuatu fenomena agar sesuai dengan fitrah pembangunan manusia sebagai khalifah. Mempunyai berbagai kemahiran akan mengecilkan jentera perlaksana sesuatu ibadah. Walau bagaimana pun mempunyai pemain yang ramai dalam satu-satu ibadah akan hanya merosakkan kesempurnaan perlaksanaannya seperti mana difahami dalam pepatah bahasa Inggeris mengatakan “too many cooks spoilt the broth”.

Mempunyai berbagai kemahiran akan dapat menyelesaikan kerja dengan cepat dan sesuai dengan selera diri tetapi jika ramai pemain dalam menyelesaikan sesuatu tugasan maka besar kemungkian kerja yang dilaksanakan kurang menepati kesempurnaannya dan banyak pembazi- ran dari segi peralatannya. Walau bagaimana pun setiap ibadah itu harus mempunyai perlaksana yang mahir mengenai disiplin perlaksanaannya. Pepatah mengatakan “alah bisa tagal biasa,” membawa maksud kesempurnaan dalam perlaksanaan sesuatu kerja ada pada orang yang mahir dalam kerja berkenaan dan bukan pada orang yang hanya setakat mengenali kerja tersebut.

Di dunia sains dan teknologi pembahagian tugas sudah menjadi kemestian. Kemahiran-kemahiran tertentu hanya dapat dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kepakarannya sahaja. Membina sebuah rumah sebagai contoh memerlukan berbagai pakar yang masing-masingnya mempunyai kemahiran sendiri. Seorang diri agak sukar melakukan kesemua jenis kerja membina sebuah rumah.

Mempunyai berbagai kebolehan dalam melaksanakan tugas menjadi pemain yang berketerampilan walaupun ia tidak ada kemahiran yang khusus. Kerja yang mudah pada mata memandang tidak semudah jika dilakukan sendiri. Sebagai contoh memotong sebatang bambu dengan menggunakan sebilah parang tidak semudah berbanding dengan orang yang mahir menggunakan alat tersebut. Orang yang tidak ada kemahiran mengenai teknik memotong bambu mendapati sukar hendak diputuskan tanpa bambu itu pecah.

“Alah bisa tagal biasa”. Konotasi demikian lebih kurang ada persamaan makna dengan kata-kata, “Jack of all trades master of none.” Mempunyai kebolehan dalam melaksanakan berbagai bidang kerja ada kemanfaatannya walaupun tidak mempunyai kepakaran pada satu-satu agenda tersebut. Kemahiran seseorang itu pada kerja-kerja tertentu dapat melakanakan dengan lebih baik berbanding dengan orang yang kurang biasa dengan kerja berkenaan.

Sesuatu kerja yang mudah pada pandangan mata tidak semudahnya apabila dibuat sendiri tanpa mempunyai pengalaman dengan kerja berkenaan. Sebagai contoh seorang pelajar tingkatan enam memikirkan menanam padi itu mudah dilaksanakan. Petani melaksanakannya dengan cepat, lurus dan jarak antara pokok padi adalah semuanya lebih kurang sama. Maka pelajar berkenaan turun ke sawah dan melakukan tugas menanam padi.

Mereka yang biasa dengan kerja menanam padi boleh melaksanakannya dengan cepat dan teratur seperti mana cara anak padi itu ditanam. Tetapi lainlah kepada pelajar tingkatan enam tersebut. Walaupun ia menanam padi dengan cukup berhati-hati, hasil dari kerja yang dibuat jauh dari tatacara yang betul untuk menanam padi. Anak padi yang ditanam ada yang timbul dan ada yang condong tidak tentu arah dan jarak antara pokok padi tidak sama rata. Ada yang rapat ada yang jauh jaraknya dan yang amat parah sekali ialah barisan padi seperti gaya ular dipukul.

Pelajar yang sama mencoba menolong bapanya membaiki pagar kebunnya yang telah jatuh dawai durinya. Ada yang putus dan ada tiang pagarnya sudah rebah. Perkakas untuk membaiki pagar berkenaan disediakan seperti paku bermacam ukuran atau size, batang tukul, segulung kecil dawai duri dan sebelah parang. Bapanya meninggalkan budak itu seorang melakasanakan tugas membaiki pagar.

Setelah empat puluh minit berlalu bapanya kembali melihat anaknya bagaimana kemajuannya membaiki pagar. Ayahnya mendapati anaknya belum pun siap membaiki pagar yang jatuh. Budak itu mandi peluh merasa kerja yang mudah itu amat rumit baginya untuk menyelesaikan. Ia melihat bapanya dengan menggelingkan kepalanya yang menunjukan ia menyerah diri!

Si bapa amat terperanjat melihat dawai duri yang dipasang semula pada tiang pagar, anaknya menggunakan paku lima inci untuk melantak dawai duri pada  tiang berkenaan. Paku yang disediakan ada berbagai ukuran atau size. Ada 2 ½ inci, ada dua inci, dan ada lima inci. Paku yang sesuai untuk melantak dawai duri pada tiang pagar ialah size 2 ½  inci. Kerana tidak biasa kerja serupa itu, pelajar tingkatan enam itu ‘alah bisa tagal biasa’.

Kata-kata hikmah tersebut mengajar kita, ‘pengalaman adalah guru yang paling bijaksana’. Walau pun budak itu menuntut ilmu sudah sampai ke tingkatan enam atau pra-univesiti tidak semua ibadah dalam hidup ini diketahuinya. Dengan demikian adalah lebih bermanfaat jika kita hidup sehaluan pendapat dengan ‘Jack of all trades master of none’.

Dalam rumah kediaman anda beberapa kerja teknik yang memerlukan kepakaran diri dalam membaikinya seperti kerosakan-kerosakan kecil seperti paip bocor dalam singki; saluran air yang sumbat; tandas yang sumbat; lampu yang rosak pada pemegang mentolnya dan sebagainya. Kerja-kerja serupa ini tidak perlu memanggil plumber atau tukang paip dan pakar dalam eletrik untuk datang ke rumah anda membaiki masalah tersebut. Kerosakan kecil serupa ini boleh dilakukan sendiri tanpa memanggil pakar dalam bidang berkenaan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Muhammad, pernah mengadakan seminar mengenai kemahiran mengurus diri di satu tempat jauh dari Bandar Raya Kuala Lumpur. Seminar tersebut diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri di mana beliau juga terlibat penuh dalam seminar berkenaan. Seminar memberi penekaan kepada kepekaan mengurus diri tanpa meminta bantuan orang lain seperti memasak; menyuci dan mengosok kainbaju ; mengurus kelengkapan yang dibawa ke pejabat dan sebagainya.

Seminar berkenaan dikhaskan kepada Ketua-ketua pemimpin termasuklah Dr. Mahathir Muhammad sebagai Perdana Menteri Malaysia; semua Ketua Menteri dan Menteri Besar seluruh negara yang memakan masa selama seminggu. Oleh kerana ada pemimpin yang tidak pernah melakukan tugas-tugas tersebut kerana mengharapkan pembantu khas semata maka ada di antara mereka tidak bertahan lama. Mereka hanya bertahan selama dua hari sahaja dan pada hari ketiga mereka terbang balik ke negerinya!

Seminar berkenaan menguji kepekaan individu sama ada mereka lulus menjadi ‘Jack of all trades master of none’. Perdana Menteri sendiri dengan rakan-rakan yang lain bertahan selama seminggu tidak pulang, lulus menjadi ‘Jack of all trades’. Kemungkinan ada di antara pemimpin mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu yang dimuatkan dalam seminar berkenaan.

Pelajar didedahkan kepada berbagai matapelajaran di sekolah dengan tujuan hendak melihat kesesuaian kekuatan mentalnya pada mata pelajaran tertentu. Maka itu pelajar wajar mengetahui apa bidang yang sesuai dengan kebolehan yang Allah S.W.T. telah peruntukan kepadanya. Dalam erti kata lain, sekolahlah yang akan menentukan landasan hidup anda sebagai pemain dalam pembanguan tamadun.

No comments:

Post a Comment